*

Thursday, 5 June 2014

Akak ke Sungai Petani Kedah

Assalaamualaikum..
Baru2 ni akak dapat undangan menghantar pengantin ke Sungai Petani Kedah. Jemputan datangnya dari bekas ' somebody ' di Perodua. Beliau adalah family friends kami.
kami menginap disana semalam saja dan semuanya di tanggung beres olih pihak pengantin..

 tempat penginapan kami di Cinta Sayang Resort Sungai Petani..

 sebenarnya akak malu nak ambil gambar, jadi ambillah gambar secara curi curi, lagipun akak tidak mahu perbuatan akak nanti akan mengundang rasa tidak enak/selesa dipihak mereka..maklum dalam masjidkan..

 majlis pernikahan di adakan di masjid kalau tak silap akak..masjid Kampung Keladi pada sebelah pagi. apa yang akak perasan, di kampung ini ramai remaja yang hadir meraikan/menyaksikan pasangan yang hendak bernikah. tak tahulah  pulak, adakah mereka ini saudara mara pengantin perempuan?
kalau di KL, jangan haraplah remaja hendak menyaksikan majlis pernikahan di masjid atau surau. yang hadir cuma pakcik2 dan makcik2 saja..


majlis bersanding makan beradap di adakan sebelah tengahhari. majlis yang simple saja..tapi makanan semuanya enak2 belaka. pertama kali akak makan gulai daging batang pisang, terlampau sedap sampai lupa nak ambil gambarnya..hehe
satu lagi, uniknya tapai pulut di balut daun getah dan di bungkus pula dengan plastik..
kreatif kan?


19 comments :

  1. Wah..memang kreatif tapai dibalut macam tu. Baru tak mudah keluar air manisnya. Wah..sedapnya.

    Tahniah buat pasangan pengantin tu. Moga panjang jodoh. Kot remaja yang hadir tu saudara atau kenalan diorang juga, tapi betul kata akak, biasanya jarang yang muda nak ke majlis akad nikah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya tapai balut daun pisang jer kan. tak pun masuk dlm bekas plasti..

      Delete
  2. ialah kakyon lain tempat lain adat dan makanan nya ....sya pun belum pernah lagi makan gulai daging batang pisang tu....teringin sangat rasanya ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. gulai tu rasanya sama mcm gulai kawah..

      Delete
  3. kepada pengantin selamt pengantin baru
    pada kakyon, mkanan dihari kenduri dengan makan beramai-rmai waktu tngah laparmemang lah sedap kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang ada makanan kenduri yg tak sedapkan? betullah tu..tengah lapar semuanya sedap.

      Delete
  4. Saya selalu makan tapai pulut daun getah, tapi tak la pula dibungkus dengan plastik. Bagus kan. terjaga kebersihannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi bungkus dlm daun pisang lagi sedapkan..

      Delete
  5. alaaa x nmpk la muka pengantin

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..kena sensor dulu anies..hihi

      Delete
  6. Yon, Kat tempat kak ni pun sekarang memang remaja ikut masuk masjid. Kebanyakkan kawan2 pengantin. Memang betul dulu2 tak ada kan, sebab waktu tu kita melakukannya dengan beradat. Maksud, cuma orang2 tua, saudara terdekat dan yang mana patut saja akan hadir pada waktu upacara. Remaja selalunya tidak digalakkan. Tapi sekarang satu bas turun ke masjid. Saya tidak tahu nak komen macamana. Lain orang lain rasa lain pandangan. Tapi alangkah manisnya jika yang hadir memakai pakaian yang sopan dan kena pada hari tersebut ( saya refer pada situasi di tempat saya )

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tempat akak pun sama. remaja kurang kemasjid untuk meraikan majlis akad nikah. tempat akk pergi ni..mungkin remaja kenalan sekampung pengantin perempuan atau saudara mereka. tapi orang sekarang dah berapa ikut adat dah, kekadang lelaki perempuan dewasa pun kemajlis kenduri kawen pakai jean n tshit jer..

      Delete
  7. Mesti sedapa sdt gulai batang pisang tu kan..kalau KL ni nak cari pun di pasar mlm tu pun semangkuk plastik tu dlm RM5 kot kalau x salah..nanti masuk bulan ramadhan ramai yg jual gulai tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah akak nmpk ada jual di KL JM

      Delete
  8. Saya pun suka gulai batang pisang...tpi berangin satu badan...sekali sekala jumpa pulun jgk la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tau dia berangin ye. Patutlah lpas mkn sakit kepala n perut memulas..

      Delete
  9. Salam sis, dgr gulai batang pisang tu buat sy teringin nk rasa. Selalu dgr org sana cerita menu tu tp belum sempat nk rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun pernah dengar..kebetulan dapat pulak merasa. sedap rasanya

      Delete
  10. Sedapnya makan masakan kampung

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..