*

Friday, 16 May 2014

Tazkirah Jumaat



Assalaamualaikum..

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”(al-Bukhari)

Huraian
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya?


Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang.

Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya.

Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

* sedaya upaya mendidik hati ini jangan ada rasa kedekut untuk memberi..walaupun sekadar senyuman..

copy cik google punya

8 comments :

  1. N3 yg penuh dgn pengertian dan panduan buat kita sebagai manusia yg kerdil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga ilmu yang ditulis penulis asal ini dpt kita menfaatkan bersama demi kesejahteraan umat islam..

      Delete
  2. kaya ilmu akan dapat menambah , menjaga serta membelanjakan harta ke arah yang lebih bermanfaat bukan saja utk diri sendir malah orang lain juga .

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyintai harta akan ditinggalkan selamanya..menycintai ilmu akan dibawa bersama hingga ke liang kubur..

      Delete
  3. kasih sayang penerat hubungan antara suami , isteri , anak2 serta org sekeliling .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu QV. kadang2 kesedaran itu datang agak terlewat. namun tidak mengapa..asal kesedaran itu sudah ada..

      Delete
  4. Terima kasih kerana mengingatkan KY.....
    Dalam zaman sekarang ni memang kedua duanya pun perlu!

    ReplyDelete
  5. sama2 hainom..
    ingat mengingati paling di galakan. supaya hidup ada hala dan tujuan :)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..