*

Tuesday, 13 May 2014

Perasaan Cemburu

Assalaamualaikum..

Perasaan cemburu memang ada dalam naluri setiap manusia yang kadang kala sukar untuk di kawal. Ramai juga yang beranggapan bahawa orang perempuanlah yang kuat cemburu..kerana sifat pergantungan yang kuat terhadap pasangan mereka. Orang lelaki pun ramai juga yang kuat perasaan cemburu nya. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki ataupun perempuan, bergantung pada sifat semulajadi sesesorang itu dan juga pengaroh dalam pergaulan sesebuah keluarga. Mereka merasa ada kekurangan dalam diri mereka berbanding pasangan mereka. Mereka kurang keyakinan diri dan perlukan perhatian lebih dari pasangan mereka. Apabila mereka tahu yang diri mereka itu seorang yang kuat cemburu, mereka perlulah bijak dalam mengawal perasaan cemburunya itu, kerana sifat cemburu itu boleh merimaskan orang di keliling, terutama pasangan mereka. Jadi.. binalah keyakinan diri supaya terhapus perasaan cemburu ..
 pinjam cikgoogle punya



Tanda-tanda sifat Cemburu

  •     Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu lambat menjawab panggilan.. 
  •    Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan  mendesak untuk bercakap dengan kamu.
  •       Dia menuduh kamu sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
  • Dia selalu mengintip atau meminta kamu membawa anak/teman kalau kamu pergi kemana mana dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.
  •   Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.
  •   Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan sepejabat lelaki/wanita.

  •   Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.
  •    Dia akan menyoal siasat seperti seorang polis ke mana kamu pergi dan dengan siapa.
  • dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa atau balik lambat.
  •   Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.





Cara mengatasinya

  •     Hormatilah perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk bersendiri dan berkawan dengan siapa yang dia suka
  •    Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kamu memang seorang yang kuat cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.
  •    Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.
  •    Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu boleh menyusahkan pasangan kamu? Adakah adil kamu menyisihkan pasangan kamu daripada orang lain? Bukankah sesuatu yang teruk apabila kamu memaksa pasangan kamu supaya tidak boleh tersenyum atau berbual dengan orang lain?
  •      Bina keyakinan diri. Kamu mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada pasangan kamu jadi luaskan persahabatan dengan orang lain.

 selamat mencuba untuk berubah!!

6 comments :

  1. kalu terlalu cemburu..tggl kan je ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. keputusan terbaikkk! hahah

      Delete
  2. Cemburu yg negetif sebaiknya buang
    yg positif tak apa demi utk kebaikan diri yg kurang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya cemburu ni dikaitkan dgn yg negetif je kan. yg positif jarang di perkatakan..

      Delete
    2. Alamak! Sy x de pon sifat tanda2 cemburu tu, x cemburu la sy ni ek hihi
      Sesekali kena cemburu kot kak, itu kan tanda syg :)

      Delete
    3. Eloklah tu...tentu bahagia org keliling dak-eiza..

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..