*

Thursday, 22 May 2014

Ikea, jam dinding dan bateri yang murah

Assalaamualaikum..
Semalam jalan jalan ke Ikea..cadangannya nak membeli frame gambar..
Akak nak menggantikan frame gambar lama tulisan Allah dan Muhammad kepada frame baru..
Rupanya frame gambar yang akak suka  sudah tiada dalam stok. Nampaknya kenalah akak tunggu sehingga stock baru sampai..itu pun kalau ada lagi..huhu 
Sekarang ni Ikea tengah buat pengubahsuaian premes secara besar besaran. Susah dah nak cari barang sebab dah bertukar tempat. selalu kalau nak beli sesuatu..terus jer tuju kat tempat tu..cepat sikit kan. kalau tak berjalanlah berjam2 walaupun nak beli satu barang jer.
last2..bila penat mencari barang tak jumpa..akak rembat jer mug gambar cupkek dgn bateri  yang murah. bukannya takde mug kat rumah..melambak dapat dari rumah orang kawen. tapi saja jer gatal tangankan..
 inilah yang dikatakan berbelanja tak berhemah..berbelanja tak mengikut keperluan..heheh

nak tunjuk gambar mug..tapi tertunjuk pulak hadiah sempena hari ibu sekali..hihi

kenapa pulak akak nak beli bateri yang murah?
kisahnya..jam dinding kat rumah akak ni selalu mati..maklumlah beli jam yang made in china jer. puas dah mengganti bateri.. dari harga sederhana sampailah yang harga mahal. macam2 jenama..dari yang terkenal sampai yang akak pun tak kenal jenama apa..tapi tak sampai berapa bulan jam dinding buat hal, tercepatlah jadi lambatlah..kiraaya jam dinding tu tak b0leh pakailah..cuma buat perhiasan aje..

 minggu lepas akak bincang2 dengan En.Papa nak mengantikan jam dinding lama yang kuat meragam tu dengan jam yang baru yang ada kualiti sikit.
selepas buat bayaran..cikmuda tuan kedai tu kata...

* makcik nak bateri tak? 
 takpelah dik..rumah makcik banyak bateri!
 * oklah kalau macamtu makcik! tapi makcik kena guna bateri yang murah2 jer tau!
hah! kenapa pulak? 
* jam yang made in china tak boleh guna bateri yang ada kat pasaran M'sia.. kena guna bateri yang murah dari sana juga!!!
* kalau tak ..nanti jam tu cepat mati.. tak pun banyak masaalah!!!!
 haah sudah! dalam hati akak kata menyesal akak tukar jam baru. itu rupanya rahsia dia..huhu

Bateri ni kategeri murah juga..cuma RM5.90 untuk 10pcs. Tapi bukan made China. Agak agak boleh tahan tak jam dinding baru akak kalau guna bateri yang ini..hihi

22 comments :

  1. Betul! Saya pun baru tau dari sorang penjual jam. Saya tanya dia knapa jam saya selalu mati? Bateri beli yg bagus dah. Dia pun ckp la...mmg jangan guna bateri bagus2 sgt pun. Lorrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ingat yg mahal tu baguskan Ujie..rupanya kena sekufu jugak..hihhi

      Delete
  2. salam..

    info yg bagus. kat rumah saya beli jam kt MyDin jek. pakai bateri pon beli kt kedai RM2..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oklah tu sukaxplo..
      Ooo..kedai RM2 ada jual bateri? info menari juga..lenkali beli kat situ je..hehe

      Delete
  3. Ohh... kalau macam itu baik beli batteri yg murah.
    Kita ingatkan yg mahal lagi lasting ye KakYon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tanggapan kita selama nie kan.yg mahal diangap bagus..

      Delete
  4. Mmm..satu info yang cukup2 bagus..

    ReplyDelete
  5. oh begitu ceritanya, selama ni dok ingat barang mahai tu lah yang baik...
    tq kongsi disini

    ReplyDelete
  6. tengok jam dinding kakyon teringat jam antik arwah bapa yang dibeli tahun 1969 masih lagi elok ,takguna bateri pun ...guna kunci yang kena putar2 bila jarum jam mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jam dulu2 camtu kan..termasuk jam tangan. setiap hari kena putar kuncinya..jimat kos takyah beli bateri.
      jam arwah bapa saniah dah antik tu susah nak cari..klo ada pun harganya dah mahal..

      Delete
  7. Salam Kak Yon..mug sama ngan Alin...gambar cupcake...
    ooo...baru tau..produk cina kena guna yg murah jugak...hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumslm Alin..
      dia nak kena dgn regu dia juga..hehe

      Delete
  8. baru tau...kena regu dia juga..haha..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tektik perniagaan dia lar tu..

      Delete
  9. Boleh percaya ke petua dia tu kak yon? Tapi ada masuk akal jugak sbb kot2 derang ada komponen rahsi sendir yg derang buat pada brg2 keluaran derang, sbb tu hanya boleh matching sesama sendiri je kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya betul.
      Sama juga dgn mentul lampu..;))

      Delete
  10. salam ziarah kak yon ..
    jangan2 tktik jurujual tu kot ..
    menakutkan pengguna strategi depa utk melakukan jualan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih membalas kunjungan..
      mungkin betul juga strategi perniagaan nk melakukan jualan mereka

      Delete
  11. Betul KY...pernah dengar pasal tu...diaorg kata jam dinding ke jam alarm tak boleh pakai heavy duty....yelah tu kot ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga ada betulnya. lpas ni pergi jer kedai RM2 beli bateri jam..

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..