*

Tuesday, 20 May 2014

Halia Boleh Menurunkan Kolestrol

Assalaamualaikum..
Beberapa hari dah En.Papa bagitau yang perutnya rasa senak dan kembong. Mungkin adalah makanan yang En.Papa makan tak hadam dan berangin. Hari ini En.Papa mengadu lagi..jadi akak rasa tak sedap hati pulak nak diam dan biarkan aje. Selalunya akak suruh aje En.Papa minum eno halia, tapi stock eno halia kat rumah dah habis pulak. Senang cerita akak rebuskan air halia dan bagi En.Papa minum. Mudahan kembung angin En.Papa akan cepat hilang..
Bila akak tengok halia muda yang akak kupas...tetiba teringat sambal ikan bilis halia tumbuk, yang selalunya orang dalam pantang selepas bersalin makan..



Senang jer nak buat sambal ikan bilis halia tumbuk. Cuma perlukan 2 - 3 inci halia muda bersihkan dan potong kecil. Segenggam ikan bilis digoreng garing. Tumbuk semua bahan dan bubuh garam secukup rasa. Dah boleh makan dengan nasi panas2..

halia juga ada khasiat lain..Walaupun halia terkenal kerana membantu dalam penghadaman , ia juga mempunyai ciri-ciri mencairkan darah . Seperti herba dan rempah lain yang meningkatkan peredaran darah, ia membantu untuk mengangkut nutrien ke seluruh badan dengan lebih cekap.Halia juga boleh membantu untuk menurunkan kolesterol LDL 'buruk' , sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung. Bagi wanita mengalami kitaran haid mereka , halia boleh sangat memberi manfaat , kerana ia mempunyai sifat-sifat mencairkan  darah dan boleh membantu untuk mengurangkan kekejangan abdomen.


8 comments :

  1. salam kunjung balas...kata sorang ustaz halia i nilainya spt emas bagi yg tau khasiatya.

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Setiap tumbuhan memberi menfaat kpd manusia..cuma kita yg tak tahu nilainya..

    ReplyDelete
  3. salah satu rawatan kg masa inginkn zuriat dulu ,kena makan tunas halia setiap bulan...bulan ulam je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..yeker. pertama kali dengar. banyak betul khasiat halia rupanya..

      Delete
  4. suka halia muda ...mkn gitu2 jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat ulam pun sedap kan Knor..

      Delete
  5. FIL suka minum air hali KY..... kalau bulan puasa lagilah...rebus dengan gula merah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo..ada orang kata air serbat..sedap ti..

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..