*

Monday, 19 May 2014

Cara Baharu Bersedekah

Assalamualaikum..

Berbagai cara di lakukan bila sesorang ingin melakukan sesuatu yang boleh membawa kebaikkan kepada semua orang..

Di arab Saudi..seorang lelaki memperkenalkan cara terbaru untuk orang ramai bersedekah. beliau menempatkan sebuah peti sejuk khas untuk golongan yang kurang bernasib baik di sebuah jalan raya di bandar Hail.
lelaki tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, peti sejuk itu berfungsi apabila penduduk disana boleh meletakkan makanan yang berlebihan di dalam peti sejuk itu untuk diambil oleh golongan kurang bernasib baik.


kalau buat kat tempat kita kan ke bagus. letakkan saja peti sejuk tu di masjid masjid supaya makanan berlebihan dari kenduri kendara, lebihan makanan jualan pasar malam, lebihan jualan makanan pasar tani ke..boleh letak di situ.
secara tak langsung mendekatkan lagi mereka  untuk datang keMasjid.
wallahuaklam

14 comments :

  1. Bagus tu... boleh elak daripada membazir jugak... dalam masa yang sama boleh bersedekah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya jutawan muslim yang ramai kat M'sia bolehlah mulakan. kita yg golongan marhain ni bolehlah menyalurkan serba sedikit bantuan makanan..

      Delete
  2. alangkah bagusnya jika ada di tempat kita .....

    ReplyDelete
  3. Bagus juga buat macam ni, mendatangkan manfaat kepada dua-dua belah pihak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalaah gelandangan pasti berkurangkan..

      Delete
  4. Betullah KakYon. Tapi tempat kita yg membimbangkan ada golongan yg tak sepatutnya yg mengerjakan. Sedangakan tabung berkunci pun mereka kopak. Sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu lagi masaalah..klo ada orang yg tak sepatutnya menderma..meletakkan mknan yg di ragui statusnya..

      Delete
  5. oooh bagusnya..mulia sungguh budi pekerti org tu..
    hanya Allah dpt membalasnya..

    dekat rumah nor..ada..tapi di masjid..di sediakan satu almari..boleh bg apa2 saja..dr makan kering baju dan sbginya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok klo semua masjid buat perkara yg samakan knor..

      Delete
  6. Bunda setuju dengan KZ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ambil masa untuk mendidik masyarakat yg bertanggungjawab..

      Delete
  7. Yelah...bagus jugak idea nikan KY...kalau bukan sekarang mungkin satu hari nanti adalah tu....peti ais kat masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya begitulah..supaya masyarakat lebih mesra bersedekah..

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..