*

Monday, 5 May 2014

Bunga Kesidang

Assalaamualaikum..
pagi tadi se masa akak berkemas dihalaman rumah..akak nampak pokok Bunga Kesidang ataupun ada orang panggil pokok Bunga Kerak Nasi yang akak tanam 2 tahun lepas dah mula berbunga lebat. 
akak tanam di tepi pagola dan kononnya nak biarkan ia menjalar melilit memenuhi ruang pergola dengan harapan ia akan merimbun dan menjadi pokok teduhan..
nampaknya pokok ini tak sesuai  untuk dijadikan pokok teduhan..kerana setiap pucuk yg tumbuh akan menjalar ke puncak dan ia tidak mahu melilit sendiri kecuali kita yang melilitkannya..
beberapa bulan lalu akak ada terfikir nak tebang saja pokok bunga ini sbb taknak berbunga. Puas dah akak bubuh berbagsi jenis baja bunga tapi tak keluar bunga juga. Sambil2 tu akak cantas pucuk2 yang menjalar kepuncak langit..lepas beberapa minggu dan masa itu juga ia keluar pucuk baru dan mengeluarkan bunga..

Pertamakali ia berbunga..dan akak dapat merasa betapa wanginya bau bunga kesidang ini seperti wanginya bau daun pandan..

 Bila musim berbunga ni..keraplah akak lalu lalang kat bawah sini..sambil menghidu keharuman wangian bunga kesidang
* abaikan pokok pisang tu..jiran punya..




Selalu kalau buang sampah akak lalu jer pintu depan, skrang rajin nak lalu pintu tepi rumah..sbb ada haruman di laluan ini...;)))

14 comments :

  1. dulu opah sy suka petik pastu letak kt bwh bantal..wangiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo..ye ke. orang dulu2 mana ada minyak wangi kan..jadi mereka guna haruman dari halaman sendiri. nenek akak pun guna bunga tanjung dan cempaka untuk menghasilkan haruman minyak rambut yg di buat dari minyak kelapa

      Delete
  2. wangi kan kak! kat rumah saya pun tengah lebat berbunga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sukakan Azzah baunya. kalu ia berbunga sepanjang masa lagi best..:)

      Delete
  3. bunga ni mmg wangi kan. ada kwn tanam kat rumahnya, mmg berseri sgt warna putihnya. nasib dia berbunga cantik sebelum ditebang ye. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok akak ni mabuk daun kut ros.bunganya kurang. tulah ros kan..dia paham akak marah..terus berbunga..hehe

      Delete
  4. Kalau tak salah pokok bunga ni ada macam2 warna kan... jiran bunda pernah tanam...dia cakap bunga dia wangi...bunda tak sempat tengok bunganya lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pastilah pulak ada warna lain. memang wangi baunya bunda..

      Delete
  5. berbau tu yg best . teringat pokok mangga kat kg . my kakak dah niat nak tebang sebab dah bertahun n dah tua pun pokok tu tapi masih x berbuah . tetiba berbunga dan berbuah lebat . sampaikan org kg berhenti n ambil mcm harta sendiri ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan pokok ni...dia seolah faham apa yang kita cakapkan.ramai yg dah kata kalau pokok taknak berbuah atau berbunga..kena cakap2 dgn dia..

      Delete
  6. salam kunjung balas...bunga kesidang ni mmg wangi sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih paridah. Haah..suka sangat baunya..

      Delete
  7. Nostalgia kecik dulu suka kutip bunga ni kat rumah jiran..berebut rebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seonok bila teringat zaman kanak2 kan sud@is..

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..