*

Friday, 18 April 2014

pokok bunga di halaman

Assalaamualaikum..
salam pagi jumaat yang penuh barokah..
cuaca mendung jer..semendung hati akak ni. sedih melihat pokok bunga di halaman rumah akak yang sudah lama terbiar tiada berkemsempatan untuk di urus. banyak lagi perkara dan urusan lain yang lebih penting untuk di urus..
hari ini rasa lebih sihat dan adalah hati sedikit untuk membelek2 pokok bunga di halaman yang sudah mulai menceriakan dirinya. 

rose prosperty *maaf kalau salah ejaan* sangat cantik bila dia mula mengebukan dirinya. bergumpal2 bak gumpalan awan di langit..


rose sweet of freedom..pandai membawa diri. di biar, terbiar..sedar2 akarnya sudah memasak bumi..

 cik siti zubaidah..

Rose fairy pink..bila over bloom jadi putih..



..dan nama2 yang hampir di lupakan..tapi tak mengecewakan..

bilakah kamu hendak melilit seluruh ruang yang kosong itu?

ku campakkan kamu di situ..subur pulak tu..

tumbuhan renek di perdu rose magenta

Akak panggil bunga ni ..bunga selamber. sbbnya..tak payah nak tanam beriya iya..sekali tanam jer dgn selambernya dia tumbuh merata rata..

baru di beli seminggu lalu..nama belum tahu..

alahai rose othello sayang..bertunaslah banyak ye..biar meriah halaman ini..dengan warna pu yang memikat hati..

kudup rose angela. hey! tak sabarnya nak melihat kamu berkembanglaa!
tunggu beberapa hari lagi..meriahlah semula bunga di halaman rumah ini..

10 comments :

  1. subhanaallah!!!!!cantik2nye. mcm kat oversea je suburnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdhulillah..habis musim kemarau hujsn pulak tu yg subur..

      Delete
  2. Cantik semua bunga-bunga ini akak.

    ReplyDelete
  3. cantik2 semuanya, tapi tangan tak menjadi dengan rose.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun memula tak berapa nk jadi, pelan2 belajar..baru ok sikit. Ni pun masih belajar cara nk jaga jgn smpai mati..

      Delete
  4. Cantiknya bunga2 ni.. tapi makchaq tak pernah tanam bungan.. tanam benda boleh makan ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halaman rmh kecik la makchak..sesuai tnm bunga jer. takat pkk kari, pandan ,limau purut, serai, pucuk manis adalah. Baru jer tanam pkk belimbing buluh..

      Delete
  5. subur suburnya semua... akak pakai baja apa? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pakai bja campur2.kekadang taik ayam, kambing, khusus utk ros, baja kopi..organik ke kimia ke semua akk pakai..

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..