*

Saturday, 12 April 2014

gajet dapur baru akak..

Assalaamualaikum..
Pagi pagi lagi En. Papa dah keluar rumah.." papa nak kepasar tani tau.." katanya..
Telahan akak..kebiasanya kalau en.papa kepasar tani..mesti dia nak beli tulang selangka lembu..
tujuan pergi pepagi tu supaya tidak berebut tulang selangka dengan mak indon. Papa kata..kalau pergi lewat..mesti dah habis tulang selangka di borong dek mak indon. Pernah beberapa kali papa pergi lewat..melepas..tinggal lemak lembu saja..hehe
penjual tu pesan kalu Haji nak..datang awal pagi sikit.
Jadi betul telahan akak. Papa bawa balik tulang selangka..
Inilah masanya peluang akak nak meneray gajet dapur baru akak yang akak baru beli..Nak kata baru.. tak baru juga..ada lah sebulan dua. Baru akk menerai merebus kacang kuda 2 kali. Hihihi
Ternyata kerja2 merebus untuk mengempokkan makanan yang keras amat mudah sekali..
Maka tersedialah masakkan sup tulang ini.. ia mengambil masa lebih kurang
30 minit saja..



 Inilah gajet dapur baru akak * auto electronic * mengantikan gajet lama akak yang dah berusia 20 tahun lebih. Walaupun dah antik..masih boleh di guna..dan dalam keadaan elok. Demi keselamatan yang lebih terjamin..elok lah akak tukar dari yang manual kepada yang auto saja..insya Allah...

* barangan keluaran cosway *
~Abaikan meja dapur basah akk  yg nmpk berminyak tu ye~~

5 comments :

  1. macam sedap je sup tu... hujan hujan nie teringin nak makan pulak... adoiyaiiii

    ReplyDelete
  2. Tentulah sedap..akak yg masak! wakaka

    ReplyDelete
  3. Assalam kakyon..yang gambar bawah tu acik tak pernah guna..takut.
    acik baru je berani2kan diri guna noxxa..terasa pulak senangnya nak masak lomak cili api tulang.kot tak tu setengahari acik dok mrrebus

    ReplyDelete
  4. aritu budak opis bw terkial2 sy nk buka

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..