*

Saturday, 8 March 2014

sahabat lama

Assalaam..
Hari sabtu yang lesu..
Duk melepak konon nak baca buku ..pastu nak melipat kain baju.. buka tab konon nak mendengar dan menghafal surah...godek2, tertekan juga ikon FB..huhu
Saja saja mengintai FB sahabat baik lama..Puan Ramlah Musa. walaupun duduk dekat tapi kami jarang dapat berjumpa. persahabatan terhenti bila kami sama2 berpindah rumah. Beliau berpindah ke Bandung mengikut arwah suami yang di tugaskan disana. Apa yang boleh akk katakan beliau ialah seorang sahabat yang sangat memahami dan suka berterus terang.tegas dan telus. Beliau boleh mengkritik apa sahaja secara semuka..bukan jenis sahabat yang sentiasa memuji2 dan mengadu domba. berbalahlah pendapat apa saja topik.. beliau tidak akan ambil hati. at the end kami berbaik kembali. akk betul2 rindukan seorang sahabat yang sebegini, yang boleh membuka dan mengubah corak pemikiran keluar dari yang biasa2. Tapi semuanya dah tinggal kenanagan..jadi sejarah dah!!

kebetulan kat wall beliau ada kisah sejarah..jadi akk copy paste jer!


SEJARAH : SERANGAN MALAYSIA KEATAS LONDON

Tun M memang antara pemimpin negara yang terbaik diantara yang terbaik di Malaysia malah beliau juga boleh dikatakan dipandang tinggi dimata dunia. Budi & jasa beliau amat tinggi dan terpuji. Patutlah beliau di sanjung & menjadi ikon, rupanya insan bernama Mahathir Bin Mohamad ini seorang yang bijaksana dalam mentadbir negara.

Siapa kenal dia ? Nama beliau ialah Margaret Thatcher. Sepanjang karier beliau, beliau dikejutkan dengan rancangan genius oleh mantan PM kita yang tercinta, Tun Dr Mahathir.
Peristiwa ini masih diingati oleh dunia dan dikenali dengan nama, "Serangan Subuh." Pada september 1981, Tun Dr Mahathir telah menghantar empat orang anak Melayu antaranya ialah Ku Li dan Ghaffar Baba.
Tun Dr Mahathir telah mengarahkan kajian yang begitu teliti dijalankan ke atas undang-undang pelaburan British. Rancangan Tun Dr Mahathir ialah untuk mendapat kembali tiga buah syarikat yang dahulunya milik Malaysia, tetapi telah dirampas oleh British.
Guthrie, Sime Darby dann Golden Hope telah berjaya kembali kepada tangan anak Malaysia, dengan pembelian secara senyap oleh Malaysia ke atas saham British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa.
Apa yang menariknya, kejayaan Tun membawa kembali 3 syarikat ini ke tangan anak Malaysia telah membawa pulangan 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie.
Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut.
Tapi akhirnya Tun dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.
Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.
— with Rudy Owg Besut and 30 others.

4 comments :

  1. kak yon, kawan kak yon tu terus tinggal di bandung ke selepas suami dia dah meninggal? mmg bagus kan sahabat yg macam tu. susah nak cari.

    ReplyDelete
  2. bgs nyer ada sahabat mcm tu..

    ReplyDelete
  3. tak selalu kita dapat sahabat yg mcm ni kan anies..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..