*

Tuesday, 25 March 2014

MH370 berakhir di Lautan Hindi

Assalaam..
Sedih sangat bila mendengar pengumuman PM Najib pada sidang akhbar semalam bahawa pesawat MH 370 yang hilang dari radar pada 8 mac lalu telah berakhir di Selatan Lautan Hindi. Pencarian selama 17 hari telah terjawab dengan terjumpanya beberapa bukti yang kukuh.



CNN melaporkan..Pakar Satelit juga mengesahkan penerbangan Pesawat MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi. Dilaporkan juga bahawa tiada seorang pun penumpang yang terselamat
 Terfikir bagaimana lah keadaan semua penumpang ketika kapal terbang tu menjunam ke laut. Bagaimana juga perasaan juru terbang, pembantu juru terbang dan semua krew? Mereka pergi dalam keadaan sedang menjalankan tanggung jawabnya terhadap negara dan keluarga. Apa pun yang berlaku disana.. tak seorang pun yang tahu. Jasad mereka pula berada di dasar lautan. Semuga Allah menempatkan mereka bersama orang yang solleh dan beriman.
 Ya Allah...itu janjimu kepada hamba hambamu ya Allah..

10 comments :

  1. Begitulah yg telah tertulis di Loh Mahfuz. Namun hakikat sebenar hanya Allah yg tahu kan Kak Yon. Kalau benar bersama kita doakan mereka yg terkorban moga tenang di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah takdirnya yang telah tertulis.moga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan dan meneruskan kehidupan seperti biasa..

      Delete
  2. semuanya sudah ditakdirkan...semoga allah memeberikan ketabahan buat semua keluarga mangsa..memang tiada pun saudara mara kita yang terlibat tetapi yang beragama islam dalam pesawat tu tetap saudara kita sesama islam...takziah ..innalillah....

    * SA singgah disini sambil menabung Nuffnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillah..tapi dalam hati berdoa kalaulah boleh berlaku keajaiban dengan kuasa Allah juga. Rasa sedih yg teramat sangat mengenangkan salah seorang mangsa tu anak kawan lama keluarga kami..alfatihah..amin.

      Delete
  3. Hanya salam takziah yang mampu di ucapkan buat semua ahli keluarga mangsa TragediMH370..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita hanya mampu merasa simpati..tapi ahli keluarga yang merasai deritanya menanti kepulangan orang yang di kasihi..

      Delete
  4. amin..amin..ya robbal 'alamin..

    ReplyDelete
  5. Begitulah perancanganNYA untuk hamba-hambanya
    semoga roh yang beragama Islam dirahmati..
    pada yang non muslim salam takziah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah adalah sebaik2 perancang..moga ada hikmah di sebalik kejadian tersebut..

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..