*

Wednesday, 31 December 2014

Ulasan Pakar Penganalisa Ekonomi Prof Dr Hoo Ke Ping

31 comments :
 Assalaamualaikum..
Berkongsi lagi berita dari group Whats App.
Orang melayu..cukup2lah dengan hal-hal yang berbentuk  keseronokan dan hiburan. Ingatlah masa depan kamu dan anak-anak kamu yang masih jauh lagi..
 Biarlah bersusah payah hari ini..dikemudian harinya kamu senang dan tenang..yang penting kehidupan kamu bebas dari hutang!!
fikir-fikirkanlah!!!!

gambar hanya hiasan.pokok duit-duit di halaman rumah KY..

inilah berita menarik untuk di kongsi..

 “Ulasan tentang ekonomi oleh Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisa Ekonomi) dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (27/12/14). 

Negara kita semakin menhampiri krisis kegawatan ekonomi. Ekoran harga minyak dunia yg semakin menurun, ringgit malaysia semakin tenat. Nasihat beliau kepada semua rakyat Malaysia terutamanya muda mudi :-

1. Berjimat cermat. Berbelanja bila perlu sahaja. Berhati hati dengan YES (YEAR END SALE) kerana pembaziran boleh berlaku dlm suasana SALE ini.

2. Elakkan BERHUTANG kerana di masa akan datang interest dr pihak bank akan naik. Kelak kita akan MATI utk cuba membayar interest. ***
-
3. JANGAN BELI PROPERTY dlm masa 2-3 tahun ini kerana harga rumah pasti akan turun spt mana yg sudah berlaku di Singapura dan UK dek kerana ‘OVERSUPPLY’. Tambah beliau di sekitar lebuh raya Kesas shaja, sejumlah 20ribu unit property yg sudah mendapat CF namun hanya 20-30% shja yg terisi. Oleh itu rancanglah utk memiliki sebuah property apabila hrga rumah turun dan EKONOMI kita semakin pulih. 

4. Lakukan investment jangka masa panjang utk mengembangkan wang kita. Pelbagai investment yg ada spt insurans, tabung haji, public mutual, saham, dll. Jangan hanya menabung di dlm bank. 

Selamat Menempuh tahun 2015 yang penuh mencabar ini.


PSST :- Cabaran sebenarnya adalah.. MELAWAN HAWA NAFSU UNTUK CUBA HIDUP MEWAH ATAU BERPURA-PURA HIDUP MEWAH!!



Tuesday, 30 December 2014

Sawi jeruk Asin

9 comments :
Assalaamualaikum..
  Dulu-dulu sekitar tahun 80an..KY  suka sangat masak asam pedas ikan parang di campurkan dengan sawi asin. tokey jual ikan kat tempat KY tahu sangat dah.. kalau dia bawak ikan parang mesti dia bawak sawi asin sekali. Dia dah tahu pasti KY akan membelinya...hehe
Tapi selepas tahu hukum makan makanan buatan orang asing * walaupun makanan tu dikatakan halal * selera  nafsu  makan dah tertutup rapat..huh
tadi terbaca dalam group FB..rakan group FB KY posting cara nak buat sawi jeruk asin.Sukanya KY nak share dalam blog nie..mana tahu satu hari nanti KY teringin nak buat pulak. kawan blogger yang nak cuba buat pun boleh jer ambil resepinya di sini..

kredit untuk Asmira Suhadis
KY copypaste jer..

Sawi Jeruk asin
Sebelum saya mengunndur diri, saya ingin kongsikan satu lagi makanan kegemaran saya , yang kita risau untuk membelinya di pasar kerana kebanyaklannya di buat oleh bangsa lain yang kita takut halal haramnya.- Untuk membuatnya sebenarnya sangat mudah, sawi jerok anda memerlukan
1, sawi pahit cina ( ada berbagai bentuk) cuci bersih dan toskan kering
2..ikut suka mahu diceraikan dari batang atau di belah bagitu sahaja
3. bubuh garam pada setiap kelopaknya
4. tuangkan air basuhan beras hingga menutupi semuanya
5. tekan-tekan supaya padat
6. tutup rapat dan ketepikan selama seminggu.
7. keluarkan- warnanya sudah berubah menjadi kuning- basuh bersih
8. masukkan di dalam balang lain yang di bubuh air masak sejuk dan sedikit garam.

anda juga boleh menjadikannya kering dengan hanya mencampur garam tanpa air dan masukkan kedalam bekas kedap udara- ianya tahan berbulan...
anda sudah boleh menggunakannya untuk memasak sama ada asam pedas, masak lemak cili api dengan ikan..atau apa-apa sahaja..

selamat mencuba resepinya..

Monday, 29 December 2014

bersahabat dengan alam sekitar

14 comments :
Assalamualaikum..
Setuju sangat dengan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V supaya kita menjadi sahabat baik kepada alam sekitar..
Bukan di Kelantan sahaja..tapi di seluroh negara..
KHUSUS nya...


Nak updet trips ke Bali..tapi tanggohkan dulu lah...cam tak bes pulak nak stori citer happy2..sedangkan ada insan lain yang sedang bersedih dengan nasib mereka..

Friday, 26 December 2014

membantu mangsa banjir

14 comments :
Assalamualaikum..
 mood sejuk sebagaimana cuaca di luar..
tiada hati untuk bercerita tentang keseronokan..
teringat insan2 yang dilanda musibah banjir..
mereka mungkin kesejukan dan kelaparan..
tidak berdaya memberi bantuan..
yang mampu hanyalah berdoa..semuga segalanya cepatlah berakhir..
dan kerja2 membantu akan di permudahkan..Amin

KY share dari whatsapp group.
marilah kita sesama  bantu membantu untuk meringankan bebanan yang di tanggung olih mereka yang terlibat.

Sesiapa ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di pantai timur spt 
1.pakaian
2.selimut 
3.lampin & susu bayi
4.makanan spt beras & gula
5.air mineral
Boleh hantar terus ke SK Seksyen 13, Jalan Bola Sepak 13/11, Shah Alam bermula esok 25.12.14 hingga 27.12.14 dari pukul 9pagi hingga 6ptg...sila hubungi Cikgu Ashraf 012.394.9295 & Cikgu Kamarul 012.234.8442 utk pertanyaan...tolong foward ke geng2 lain
Tolong sebarkan yg dekat2 👍
kita share yang berkaitan seangkatan dengannya..
semuga hari ini ada sedikit kecerian 

halaman rumah KY pun tidak seceria selalu lantaran akur dengan hukum alam yang mahukan mereka bertokmaninah. mereka pun sama turut bersedih lantas merunduk tanda hormat dan akur dengan yang maha berkuasa..















Monday, 22 December 2014

dividen ASB 2014

20 comments :
 
Assalamualaikum..
Nak kata happy pun tidak dan juga tak happy pun tidak..
perasaan biasa-biasa saja. bersyukur sahaja dengan apa yang Allah dah tentukan untuk kita.
 Pagi isnin ni biasalah mood nak berehat lebih banyak. maklum hari sabtu dan ahad kan hari paling sibuk..sibuk dengan kenduri kendara, jadi hari isnin ni ambil masa bersantai sambil berehat.. bolehlah bercelotih depan laptop ni haa.
pengumuman dividen ASB dah keluar beberapa hari lalu. nampaknya ada sedikit penurunan dari tahun lepas dan tahun sebelumnya.
:-I
Kadar Dividen ASB 2014 & Bonus ASB 2014. Pembayaran ASB 2 Januari 2015 : Seperti biasa menjelang hujung tahun, Permodalan nasional berhad (PNB) akan melaksanakan tugas mereka untuk menyampaikan pengumumankan kadar dividen ASB 2014 dan juga bonus ASB 2014.

Berbanding kadar dividen ASB 2013 untuk tahun sebelum ini, kadar dividen ASB 2014 kurang 0.2 apabila agihan pendapatan kepada pelabur ASB seperti anda untuk SKIM Amanah Saham Bumiputera adalah 7.50 seunit manakala bonus ASB 2014 adalah 1.00 sen seunit bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2014 ini.

carta dividen dan bonus ASB pada tahun sebelumnya..
  • Tahun 2014 : 7.50 + 1.00
  • Tahun 2013 : 7.70 + 1.00
  • Tahun 2012 : 7.75 + 1.15
  • Tahun 2011 : 7.65 + 1.15
  • Tahun 2010 : 7.50 + 1.25
  • Tahun 2009 : 7.30 + 1.25
  • Tahun 2008 : 7.00 + 1.75
  • Tahun 2007 : 8.00 + 1.00
  • Tahun 2006 : 7.30 + 1.25
  • Tahun 2005 : 7.25 + 1.75
  • Tahun 2004 : 7.25 + 2.00
  • Tahun 2003 : 7.25 + 2.00
  • Tahun 2002 : 7.00 + 2.00
  • Tahun 2001 : 7.00 + 3.00
  • Tahun 2000 : 9.75 + 2.00
  • Tahun 1999 : 8.50 + 1.50
  • Tahun 1998 : 8.00 + 2.50
  • Tahun 1997 : 10.25 + 1.25
  • Tahun 1996 : 10.25 + 3.00
  • Tahun 1995 : 10.0 + 3.00
  • Tahun 1994 : 9.50 + 4.50
  • Tahun 1993 : 9.00 + 450
  • Tahun 1992 : 7.50 + 5.00
  • Tahun 1991 : 8.50 + 4.00
  • Tahun 1990 : 8.00 + 6.00

p/s: KY C&P sumber dari berita semasa

Thursday, 18 December 2014

Perkongsian motivasi diri

22 comments :


Assalaamualaikum..

Sekadar perkongsian motivasi diri sendiri yg dikongsi oleh kawan2....

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan & Personaliti Diri..

1.    Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.

2.   Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini.

3. Jangan berlebihan, tetapkan had.

4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius.

5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’.

6. Bermimpilah ketika anda berjaga.

7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan.

8.   Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang.

9.   Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini.

11.   Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri.

12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat.

13. Lebihkan senyum dan ketawa.

14.   Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju.

Komuniti

15. Kerap menelefon ahli keluarga.

16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain.

17.   Maafkan semua orang untuk segala galanya.

18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun.

19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari.

20.   Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda.

21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka

Kehidupan

22.   Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan.

23.   Allah akan mengubati segala galanya.

24. Buat perkara yang betul.

25.   Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah.

26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia.

27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba.

28.   Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan.

29.   Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah.

30.   Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah.

Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas,
kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.
Semoga diberkati dgn perkongsian ini..
Amin...

Tuesday, 16 December 2014

mata yang serakah..pokok dan tumbuhan

33 comments :
Assalaamualaikum..
 Kekadang hairan dengan perangai manusia yg suka sangat sesuatu yg buruk dan di kongsi untuk dijadikan tontonan ramai. Niat memang dah baik minta di doakan untuk kebaikan pesakit..tapi janganlah sampai apa yang di kongsi itu boleh memalukan diri pesakit dan ahli keluarganya. Banyak lagi bahagian tubuh badan yang sakit boleh di tunjukkan secara sopan, tapi kenapa bahagian yang sepatutnya di selindungi di dedahkan?
kesian pesakit menjadi mangsa kerakusan mata mata yang serakah..

cantik tak pokok ini :)
pokok ini KY nampak  dirumah kawan KY. tertarik dengan kecantikannya lalu KY snap gambar untuk  ditunjukkan pada rakan-rakan blogger pencinta pokok dan tumbuhan . tahu tak kawan-kawan pokok apakah ini ?
My Green Eye's, sudais, suka suka dan kawan yang lain mungkin tahu  dan sharelah apa namanya..senang nak cari kt nursery nanti..

Friday, 12 December 2014

sambungan entry ikan cekik leher

31 comments :
Assalamualaikum..
Tak sangka pulak ramai yang tak tahu apa itu 'ikan cekek leher'..hehehe
KY tak tahu nama lain selain nama itu..kerana itulah nama ikan panggilan orang kampung KY.
Sebenarnya ikan cekik leher *baru betul ejaannya*..hihihi..ini asalnya ialah ikan selar kuning. bila dah di keringkan dan jadi ikan masin..boleh pulak ia bertukar nama..
agaknya rupa ikan itu yang genting di lehernya seolah tercekik..menyebabkan ia di panggil ikan cekik leher..
wallahuaklam :)

 

gambar pinjam cik google punya..

Masa mengoogle tadi, terjumpa Dapur Tanpa Sempadan pun masak ikan cekik leher ni..

jadi kawan-kawan yang tulis komen kata tak pernah tengok/tahu ikan cekik leher tu..sekarang dah tahu kan..

Thursday, 11 December 2014

nostalgia ikan kering cekek leher

19 comments :
Assalamualaikum..

 Semasa pergi kepasar raya Segi tempohari..waktu memilih ikan bilis, KY terpandang ikan kering cekek leher yang masih fresh lagi. lalu KY terkenang zaman kanak-kanak KY..inilah lauk ikan paling femes waktu itu..
Masih teringat lagi..ikan kering cekek leher inilah juga bahan makanan utama bantuan dari Kerajaan Perikatan kepada penduduk kampung KY, selain beras dan sardin, sewaktu kampung KY di landa tengelam/banjir berbulan lamanya.
Berlaukkan ikan kering cekik leher dan sambal tumis kosong sudah cukup nikmat rasanya..tambahan pula waktu hujan, cuaca pun sejuk, dengan perut yang sentiasa menuntut akan haknya..
Apa yang terhidang di depan mata.. sudah cukup sempurna rasanya..waima ubi terendam yang di rebus pun sudah cukup lazat dan nikmat untuk dimakan bersama ikan kering cekek leher...

Sambil mengenang nostalgia lama..nostalgia ikan kering cekek leher, tanpa sedar KY memilih beberapa ekor ikan..tanpa memikir apa nak di buat dgn ikan tersebut. Kalau setakat di goreng..paling tidak pun KY sorang jer yang makan. anak-anak memang tak makan ikan kering ni. last2 tergolek kat tong. nak bagi kucing pun belum tentu dia nak makan. maklum..kucing sekarang pun pandai memilih makanan..huhu
makanya..pagi tadi sewaktu membuka peti ais...bila KY terpandang aje ikan itu..langsung terasa ingin untuk memasaknya..
Hah..ini dia!
masak lemak cili api ikan kering cekek leher!
  nak resepi ada di sini..


Nuffnang dan Paypall

15 comments :
Assalamualaikum..

Lama tak stori mori pasal buah hati KY En. Nuffnang. buah hati KY di alam maya ini tak putus-putus memberikan hadiah dan buah tangan. ada saja buah tangan yang di bawanya setiap kali balik meeting ;)
alhamdhulillah..rezeki berganda..berkat kesabaran KY berkasih dengan EN.Nufnang.. ;)
baru sekejap tadi KY bukak peti surat..ada nampak banyak buah tangan untuk KY..
inilah buah tangannya :)

Education NZ
 Marigold UHT Milk (PC
Rakuten September Super S...
Marigold UH
Lactacyd: Malay Millenniu
Old Town White Coffee - W
Mi Sedaap Cup Noodles Dig..
Mah Sing - Avenue Street ...
Altel Digital Campaign
INTI 2015 Cycle 1 Degree

Terimakasih En.Nuffnang yang sungguh baik hati dan menerima KY seadanya. KY redha jer..kiranya En. Nuffnang  masih sayangkan KY..kerana KY sedar KY ni biasa-biasa saja..tiada apa yang istemewa pun. Kalau bersembang pun sembang-sembang kosong jer, nak bagi ilmu pun..KY tidak berijazah, lebih suka bersantai tak perlu nak pecahkan otak yang dah berkarat dan memang dah lama berdebu..itu kata OKje ;).. tidak juga secantik dan sekaya Ameerah Al-Taweel dari Arab Saudi tu..hihihi
apapun tetap bersyukur..kena berbalik kepada semua nikmat Allah yang beri..


bukak pulak peti surat lagi satu..nampak mcm dah penuh jer.bolehlah KY cashoutkan duit dalam akaun paypall..

Wednesday, 10 December 2014

jom minum kopi..

33 comments :
Assalamualaikum..
Salam pagi khamis yang manis :)
Tersalah hari..rupanya baru rabu..huhu
Mungkin KY pernah terbaca dalam mana-mana artikal yang mengatakan  'minum kopi pahit diawal pagi boleh menjaga kesihatan jantung'. Tapi KY tak perihatin sangat tentang perkara itu..
 
 
kredit website nestle 

sehinggalah baru-baru ini..semasa melawat premis  kopi luwak di Bali, KY mendengar penerangan tersebut..lalu KY amalkan.
Minum kopi pahit tanpa gula dan krimer ye..
Baru 3 hari KY amalkan..apa yang dirasakan..diawal pagi itu juga KY banyak berpeluh.
Buat kerja rumah sikit-sikit pun dah berpeluh. Rasanya lebih cergas dan bertenaga..


Jom minum kopi!

Friday, 5 December 2014

jangan durhaka

20 comments :
  Assalamualaikum..
Salam Jumaat



Baru nak warm up mencatat entry blog..rasanya baru jer isnin..rupanya dah jumaat..dah nak bertukar minggu ..
cepatnya masa berlalu..
so..pagi ni bila mencari idea nak mencatat.. tetiba rasa hiba pula, tak semene-mena rasa nak menitis airmata tanpa sebab musabab tertentu..

Bila terbaca  hadis ini..
bertambah sebak rasa dada..

hadits riwayat An Nasai, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ثَلَاثَةٌ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ وَالْمَرْأَةُ الْمُتَرَجِّلَةُ وَالدَّيُّوثُ

“Tiga orang yang tidak akan dilihat oleh Allah ‘azza wa jalla pada hari kiamat yaitu:
(1) orang yang durhaka pada orang tua,
(2) wanita yang menyerupai laki-laki,
(3) ad dayyuts.

YaAllah..jauhkanlah anak -anakku dan keturunanku dari kalangan ketiga-tiga gulongan orang ini.. Ameen.

Thursday, 4 December 2014

Kata Orang Rezeki..

17 comments :
Assalamualaikum..
Kata orang tua-tua.. rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari..
kata orang.. tak rugi berkawan dengan ramai orang..
 yang ruginya bila tak suka berkawan..hehe
Jemputan jamuan makan malam bersama PM di PWTC. Senang ke nak dapat  makan malam bersama PM? bukan makan semeja pun dengan PM ..tapi nampaklah PM lalu depan meja  makan kitaorang..
menu apa yang PM makan malam tu..sama ke menunya dengan yang apa yang kita makan?
tak sempat nak intai menu di mejanya..
apa..takde gambar PM?
alaa.. KY malas lah nak bergambar bagai. amik gambar darling KY lagi  sesuai..hihi
bergambar kenangan bersama Dato' Datin yang belanja kami.. 

dapat rezeki..ole-ole dari Singapura..

 rezeki.. dapat voucher AEON lagi. Murah rezeki orang yang memberi.
kata orang..banyak kita memberi, semangkin banyak kita menerima..

yang ini KY claim point sendiri. last kopek.. kata orang..



Tuesday, 2 December 2014

Apa khabar jutawan LBJ?

29 comments :
Assalamualaikum..
 Apa khabar jutawan LBJ agaknya? 
dengan duit sebanyak 1.5 - 2juta..jutawan LBJ boleh beli macam-macam. buat rumah banglow..beli kereta mewah..melancong anak beranak..

duit 2 juta  ini ..boleh buat  apa ye..

Friday, 28 November 2014

berkongsi rezeki dan sedekah subuh

26 comments :


Assalamualaikum dan salam jumaat..

 Berkongsi rezeki yang Allah bagi pada KY.. bersama mahluk lain..
Saja KY malas nak spry apa-apa ubat serangga..biarlah di makannya..dah jadi rezeki dia. nanti adalah rezeki untuk kita lagi :)


KY nak share sesuatu dari group whatsapp..

Sharing msg ....
As  salam good to  practice...
SEDEKAH SUBUH...
sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ... ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps
sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group  laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.
saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.
oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.
oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.
sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.
tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.
seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...
seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap .... memanggil namanya IBU ...  setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.
seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya ... tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.
CARANYA?...mudah sekali
pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL .... iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK ..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.
setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...
seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...

Wednesday, 26 November 2014

Melancong ke Turkey part10

30 comments :
Assalamualaikum..
Selepas melawat Masjid Biru kami terus ke pelabuhan * yeke pelabuhan * selat/sungai Bosphorus..
Bosphorus adalah sebuah selat sempit yang memisahkan antara dua benua Asia dan Eropah, menghubungkan antara laut hitam dengan laut Marmara dan laut  Mediterranean.Lawatan menaiki cruise mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Inilah lawatan paling seronok untuk di sertai.  Menghayati panorama terindah sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman dan warnanya yang membiru bersama kicauan burung yang berterbangan sambil menyambar ikan di air dan menghayati lanskap semulajadi ciptaan Ilahi, berlatar belakangkan bangunanan yang di bina indah disepanjang selat diantara dua benua. Meneroka perbezaan di antara seni bina kedua-dua pihak antara Asia dan Eropah. Inilah pemandangan paling indah yang KY pernah lawati. Jika di beri peluang sekali lagi, harus KY inginkan lawatan atas cruise ini disebelah malam pula..menikmati makan malam bersama orang tersayang sambil menikmati limpahan cahaya lampu di sepanjang selat antara dua benua ini..
* tetiba makcik berangan..hehe




pemandangan pelabuhan Bosporus dari jauh..

rupa cruise yang kami naiki..



pemandangan disebelah Asia dari cruise..




pemandangan disebelah Eropah ..


Semasa hampir sampai ke pelabuhan untuk pulang..KY di sapa sesorang. kami berkenalan. Cik Puan ini asalnya dari Damansara..kini menetap di Oman kerana mengikut suaminya bertugas di sana.Perkenalan singkat dan mesra, terasa seperti kenal sudah lama. tapi apakan daya KY terputus hubungan kerana no handpon hilang dari simpanan atau mungkin terlupa nak save. apapun terimakasih Cik Puan kerana sudi menjemput kami datang ke Oman bila ada kelapangan. Beliau sudi menerima kami sebagai tetamu nya..
selesai lawatan kami terus ke airport untuk balik ke KL. rindu sangat dah kat tilam busyuk n sambal belacan..hehe

lunch di airport..10 Lira..
sebenarnya banyak lagi gambar menarik yang tidak dapat di kongsi bersama..berat pulak nak loading blog nanti..
sekian..jumpa lagi di lain trips nanti..daaaa..



Tuesday, 25 November 2014

Melancong keTurkey part 9

28 comments :
Assalamualaikum..
dua hari terakhir kami di Turkey.
dari Canakkale kami ke Istanbul semula. selepas makan tengahari di sini..
Inilah part paling best sekali. kami di benarkan bershopping sakan selama 4 jam di Grand Bazaar. Ini pun atas permintaan majoriti ahli. kami terpaksa batalkan satu tempat lawatan di Taksim Sqare..kerana masa yang ada akan di habiskan di Grand Bazaar..
kami berpecah mengikut langkah memasing dan berjanji berjumpa di pintu masuk.
memula teruja nak masuk, bila dah masuk tak tahu nak beli apa. dah rambang mata makcik nie..hihi
didharap.. dichongak, ermmmmm.. harga tersangat lah mahal bila di convert. beli sajalah apa yang perlu buat ole-ole anak dan cucu. Nasib baik kami banyak menukar duit lira berbanding euro/usd. masa tu nilai pertukaran RM ke Lira ialah 1lira = RM1.80.
Disini pengunaan kad kredit pun terhad kepada kedai yang besar saja. kedai ditepi- tepi jalan lebih suka menerima Lira berbanding usd. Jenuh mencari duit tukar..

pintu masuk tempat kami menunggu ahli kumpulan..

suasana dalam bazaar..


makcik mana boleh tahan tengok benda-benda cengini..harus singgah dan menyembang panjang-panjang..hahah


 setelah selesai sesi mengosongkan wallet,
sementara menunggu mereka berkumpul, KY ambil peluang melawat kedai buku-buku  agama di satu sudut khas. 
 masa yang diperuntukan selama 4 jam nampak gayanya tidak mencukupi..makanya berlanjutan lah hingga ke 5 jam..huhu
 selesai sesi shopping moping..terus checkin  hotel.
kami menginap dan makan malam di Grand S Hotel.
selepas makan malam..kami berkemas kerana seawal esok pagi kami nak checkout dan terus ke Masjid Biru. Ingat tak posting hari pertama, kami tak dapat masuk kerana kesesakan, terlampau ramai orang dan kami tidak mahu membuang masa di situ.

hari kelapan..

Seawal jam 8 pagi kami sudah terpacak diperkarangan masjid biru. kami disarankan untuk mengambil wuduk di hotel, tapi maklumlah perjalanan dalam bas lebih kurang setengah jam dari hotel ke Masjid Biru tu macam-macam boleh berlaku..huhu

Pagi ni nampak seperti tidak ramai pengunjung. adalah beberapa kumpulan kecil dari China/Taiwan,Jepun dan Korea.
Cantik dan manis mereka-mereka ni bila bertutup aurat.Syarat untuk masuk ke Masjid Biru..di wajibkan menutup AURAT..





Selesai solat kami turun ke halaman Masjid. bergambar kenangan..
 

 

laluan keluar dari Masjid Biru..memukau pandangan. deretan kedai yang menjual barangan hiasan rumah.rug-rug yang sangat cantik designnya. ada yang di buat dengan tangan dan berharga ratusan ringgit..huhu
nampak pulak itik comel nie..rasa tenang jer..





Ada pulak galeri atas nama cucu KY..Aydin..


 lebihan kain yang di sambung..nampak macam senang nak jahit..nampak cantik dan unik.
harganya pun..mmmmm..
agak-agak boleh buat sendiri tak?