*

Friday, 25 October 2013

sedekah n hadiah

No comments :
Assalaamualaikum..
Salam jumaat penghulu segala hari..
selalunya bila papa bawak balik ole2 atau buah tangan pemberian kawannya..akk tak pernah pertikai atau banyak tanya.
kali ini akk kena banyak songeh sikit. bukannya apa saja nak cari pasal..hehe
bila papa bawak balik kain pelikat lain dari yang biasa..akk banyak bertanya..

dari siapa? orang tu siapa? kenapa baik sangat sampai bagi 2 helai * selalu orang kalau bagi selai jer* dan macam2 lagi akk tanya sampai puas hati..

- papa kata..budak bangla yang kerja dibengkel tu bagi * bengkel tu tempat   kami selalu repair kenderaan kompeni kami *

- akk kata..aik! baik hati sangat budak bangla tu bagi awak sampai 2 helai.dia kawan baik awak ke?heheh

- papa kata..entahlah, dah dia nak bagi..papa ambik ajelah..dia kata nak "bersedekah" 

- akk kata..aik! patutnya awak yang sedekah kat dia..bukannya dia yang sedekah kat awak! *akk tak bermaksud yang bangla tu tak layak nak bersedekah dan papa pulak tak layak menerima sedekah*

- papa kata..alah! orang nak "bersedekah" bukan kira siapa nak bagi siapa. ada niat nak bersedekah..buat sajelah. soal siapa yang dapat "sedekah" tu..itu bergantung pada rezeki yang Allah dah tentukan..
- akk kata.....yeke???????


 selalu kalau orang bagi kain pelikat masih dalam balutan plastik.tapi yang ni dah terbuka. kalau di nilai dari qualitynya..harganya mungkin boleh tahan!


corak dan quality kain sangat cantik.kain 100%cotton, macam kain pelikat orang dulu2. lepas di basuh harus di jahit dengan tangan, sayang nak jahit dengan mesin. *style orang dulu2, semua kain pelikat dan kain batik di jahit dengan tangan supaya sambungan kain nampak cantik*. akk memang berkenan. tapi masaalahnya macamana dia tu tahu corak dan warna pilihan akk/papa. ehem..ehem...papa!!!
kebetulanke??????????
huhuuhuuh. 


frame gambar ni pemberian kawan kami Mr.Goh. Semenjak Mrs.Goh meninggal, Mr.Goh kerap pergi melancong keluar negara. katanya..dulu takde peluang..sibuk besarkan anak2 dan bila anak dah kawen kurang sikit tanggungjawab. tambah pulak bila mrs. dah takde..bertambahlah sunyinya dia..
ehem..ehem..biasalah lelaki kan..cepat jer mencari pengantinya..huhu
 

Thursday, 24 October 2013

apa kata anda..

3 comments :

Assalaam..

~ Subhanallaah..walhamdhulillaah..walaaillaahaillah..Allahuakbar ~
 

Friday, 18 October 2013

share cerita

2 comments :
Assalaamualaikum..
Salam hari jumaat
akk nak share cerita dari  blog sini jer. 


Saturday, 12 October 2013

pinjaman ASB akan hapus?

4 comments :
Assalaamualaikum..
15 tahun lepas , semasa berkira2 nak membeli aset, akk risau sangat, kut2 tak termampu nak bayar balik pinjaman bank. 
Alhamdhulillah..semuanya berjalan lancar dan semalam  selesai semua hutang dibank. Aset tersebut menjadi milik akk sepenuhnya. syukur alhamdhulillah..

Semasa berurusan dengan pihak bank, bank ada menawarkan pada akk skim pinjaman ASB. Katanya..kemungkinan skim pinjaman ASB akan di hapuskan pada tahun depan.kalau nak memohon skim pinjaman ASB bolehlah mohon sekarang, masih sempat lagi, ada masa sebulan  lagi untuk memohon dan menikmati dividen tahun 2013.
Kalaulah benar apa yang di katakan oleh pengurusan bank, adake skim lain yang kerajaan akan bagi untuk kaum bumiputra?
apa lagi keistimewaan yang kita ada? 
Terkilan juga masa muda dulu tak nak mohon banyak2. "Asik dok berjimba2 tak hingat duniaa "..hahaha
kalau tidak, dah tentu makcik dah jadi kayo...hoho

Kalau ada yang berminat tu..cepat2 lah mohon ye.. Kalau tak minat tu..elok bonarla duit tuu buat berjimba2..ahaks!
Lepas ni..moh ler kita kira sama rata sama rasa yer...
salam 1 malaysia!!

Wednesday, 9 October 2013

Aroma terapi

6 comments :

Salam..

Saturday, 5 October 2013

khasiat buah pisang

4 comments :
Assalaamualaikum..
hari khamis petang jiran akk bagi akk sesisir pisang hasil tanaman beliau kat tepi belakang rumah. sangat subur pokonya dapatlah juga akk menumpang hawa sejuk dari  rimbunan pokok tersebut dan dapat juga akk merasa buahnya. Alhamdhulillah..adat berjirankan hulur menghulur jadi amalan kalau ada rezeki berlebih disamping boleh merapatkan lagi hubungan sillaturohim..

inilah pisang yang jiran akk bagi. punya lah beso..makan sebijik pun dah kenyang..


akk pun nak share info tentang khasiat pisang ni...


 Pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Selain itu, pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan seharian.
Tekanan atau stres
Buah pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan seseorang berasa tenang, mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa gembira.


Neutralkan paras glukosa

Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan perasaan hati.


Anemia

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.


Tekanan Darah Tinggi

Pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.


Penghadaman

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian yang membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.


Keletihan

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula.


Panas Jantung

Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan. Oleh itu, sekiranya menghadapi rasa panas pada jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.


Demam Pagi

Jadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi mengelakkan demam pagi.


Gigitan Nyamuk

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.


Saraf

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf.


Ulser

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut.


Seasonal Affective Disorder (SAD)

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih perasaan hati kita.


Penyakit Kulit:

Untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa ataupun plaster bedah.


AWAS: Walaupun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%). - Buletin Pengguna

Thursday, 3 October 2013

Cerita seram

8 comments :
Assaalaammualaikum..

Baru2 ni akk ada iklankan churp2 di fb akk. Iklan berkaitan dengan tip atau petua mengelakkan ganguan semasa menginap dihotel..

Salah satu tip atau petuanya.. jangan menempah bilik hotel last minit, maksudnya jangan main terjah aje..kemungkinan waktu tu semua bilik penuh dan kita dapat bilik yang jarang di huni orang atau ada masaalah tertentu yang hanya  pengurusan hotel saja yang tahu..

Akk teringat kisah seram yang akk pernah lalui semasa menginap kat satu hotel di Johor Baharu suatu masa dulu..
Biasanya kalau kami ada urusan di JB..kami jarang sangat nak menginap disana. Kami akan balik hari aje. Entah macamana hari itu..en.papa kata dia rasa letih untuk memandu balik ke Shah Alam, jadi kami menempah bilik hotel..tak ingat dah nama hotel tu..
Semasa akk membuka pintu bilik * selalunya akk yg suka pegang kunci * akk ada rasa kelainan kat dalam bilik tu..rasa sunyi dan suram. Lampu pulak malap. Bilik yang akk duduk ni jenis apa ye nak panggil..lupa plak. Ala..jenis yg dlm bilik ada bilik tu..

Tapi akk buang rasa kelainan tu dengan bacaan ayat2 yg biasa kita baca..sembang kuat2 dengan en. papa. Kebetulan  waktu asar dah nak penghujung..en. papa mandi dulu dan terus solat kat ruang tamu. Akk kata..nak tunggu papa selesai solat dulu baru akk nak mandi dan solat. Akk rasa takut dan seram sikit dan  minta papa temankan akk mandi..
Sementara itu akk duduk dulu di tepi katil sambil memandang peti tv. Akk rasa seolah dlm  tv tu ada orang pandang akk. Akk ambil remute control dan on tv. Ada cerita tamil, akk tukar channel lain pun citer tamil, dalam hati akk kata..mungkin ada orang tamil yg duduk bilik ini sebelum akk. Akk tukar2 sampai dapat channel lain. Sementara tunggu papa selesai solat..akk bersiap2 untuk mandi. Akk macam terbayang dalam fikiran yang bilik ini ada satu keluarga yang pernah menginap di sini sebelum akk. emak, bapak dan seorang anak..

Akk terdengar en. Papa sudah memberi salam. Akk terus berteriak..." papaa..nanti datang sini ye..temankan..kita nak mandi !..tapi en.papa tak menyahut pun. Akk fikir tentu en. Papa  tengah berdoa. Akk terus masuk bilik mandi dan mencuci muka. Akk rasa semacam aje dan rasa takut nak memandang cermin seolah ada orang memerhati akk. Dalam takut2 tu akk kuatkan juga semangat sambil berdoa. Mungkin cuma mainan perasaan akk aje. Dalam hati akk kata..lambat sangat papa ni nak datang. Baru aje akk masuk dalam bath tab nak buka air shower sambil berdiri..akk perasan ada orang menjulurkan kepala di muka pintu tapi tak nampak badan seolah nak menyergah akk. Maksudnya..macam kita main chak2 dengan anaklah..
Akk terkejut..ingatkan papa nak main chak2 dgn akk dan akk nak marah dia kerana terkejutkan akk. Bila akk toleh takde pun papa kat situ. Akk menjerit sekuat hati.. dan merasa seram. Papa datang dan tanya kenapa menjerit. Sebenarnya dia baru selesai salam dan tak sempat nak berdoa pun.. katanya..

Akk cepat2 mandi, solat, bersiap2 dan terus keluar..

Ikan pasir penambang

12 comments :
Assalaam..
Seperti biasa sebelah pagi dan petang Oya akan singgah rumah akk dulu sebelum bergerak ke ofis dan balik kerumah..
Pagi tadi dia singgah bawak ole2 dari ofis ..sbb petang semalam dia tak sempat singgah, ada meeting..katanya..
 
ikan ikan segar ni datangnya dari pasir penan
mbang kuala selangor. Pandai pulak dia membeli ikan..sedangkan selama dia tinggal bersama akk, tak pernah sekalipun dia kepasar atau kepasaraya semata2 nak beli ikan.jenis2 ikan pun dia tak tahu..huhu
nampaknya..Alhamdhulillah..sejak ada anak dia dah banyak berubah , baik dari segi penampilan, sikap dan tanggungjawabnya..
sudah mahu belajar memasak..walau pun sebelumnya hanya pandai goreng telur..hihi

kita selalu merasa rugi dan bersusah hati bila kita kehilangan sesuatu.tapi bila kita redha..Allah akan menambah dan memberi yang terbaik buat kita..

Wednesday, 2 October 2013

Mencari keberkatan

7 comments :
Assalaamualaikum..

Semakin kita menjadi insan bertakwa, semakin banyak keberkatan akan berlimpah dalam hidup..
 Firman Allah SWT: jika sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah kami akan limpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi ( al-A'raf:96 )

Sebaliknya, maksiat dan penentangan syariat Allah akan menafikan berkat.Semakin sering seseorang melakukan maksiat, semakin hilang keberkatan daripada hidupnya.
Juga, tidak ada keberkatan dalam hidup, selagi mana makanan kita bersumber daripada perkara haram dan subahat. Makanan seperti ini akan menghalang manusia untuk mengunakan waktunya dengan berkesan. Akibatnya, timbul fenomena malas beribadah, mengantuk ketika belajar ataupun lalai dalam bekerja.
Tidak ada keberkatan dalam hidup kita selama riba bercampur dalam rezeki kita..
Sebab Allah berjanji: Allah akan memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah.
 ( al-Baqarah:276 )


gambar dan artikel dalam utusan..

Imam Fakhruddin al-Razi berkata, " ketahuilah bahawa Allah memusnahkan riba akan berlaku didunia juga di akhirat. Adapun di dunia, akan terjadi dengan berbagai-bagai cara. antaranya, orang yang mengambil riba akan jatuh miskin pada akhir hayatnya atau hilang keberkatan dalam hartanya."
Tiada keberkatan dalam hidup selagi mana khianat, pecah amanah dan rasuah sering menjadi kebiasaan. Seikh Afdhaluddin berkata: " khianat menghapuskan berkat sebagaimana haram menghapuskan halal.Sesiapa berkhianat dalam satu dirham, iblis akan mengheretnya untuk berkhianat dalam 1000 dirham "

Semuga Allah mengembalikan keberkatan dalam hidup kita agar kita berjaya di dunia dan di akhirat. Amin ya rabbal 'alamin.
 

dah rabu..

2 comments :


Assalaam



Tuesday, 1 October 2013

tidur

4 comments :
Salam alaik..

Dalam beberapa minggu ini akk selalu saja rasa letih dan mengantuk. apa sangatlah kerja yang akk buat sampai rasa macamtu. tahap kesihatan semuanya baik, baru saja buat pemereksaan kesihatan bulan lepas.
 terlampau banyak berehat ke? rasanya macam tak cukup masa nak buat semua benda. banyak berfikir ke? takde apa yang nak di fikirkan, lagi pun akk ni jenis malas nak fikir benda yang remeh temeh dan bukan berkaitan dengan akk..
banyak tidur atau kurang tidur ? entahlah..rasanya tidur siang takde dalam aktiviti harian akk.
tidur malam ? mungkin terganggu sedikit dengan cuasa yang panas sangat sekarang ni. bukak airkon paling sejuk pun tak rasa sejuk..
kurang bersenam???
yerlah kut..huhuhu


tq cik google..comel betul gaya tidurnya..

dah sebut pasal tidurkan..akk nak share kisah "tidur". seorang lelaki bertanya kepada Rasullah saw..

TIDUR Temannya MAUT
Ada seseorang laki - laki menghadap Rasulullah Saw kemudian dia bertanya; " Wahai Rasulullah ,Tidur adalah sebagian nikmat Allah di dunia, Apakah kelak kita juga kan tidur di Syurga ? Jawab Rasulullah; TIDAK" ,Kerana tidur adalah temannya MAUT, sedangkan di syurga tak ada kematian, Bagaimana istirahat ahli syurga ? tanya lelaki itu lagi, Rasul pun menjawab; Di Syurga tak ada rasa lelah, semuanya serba menyenangkan." (HR. Baihaqi , ibn Abi Hatim )

Allah Ta'ala berfirman;

"Yang dengan KurniaNya menempatkan kami dalam tempat yg kekal/Syurga, didalamnya tidak merasa lelah dan tidak merasa Lesu. (QS. Fathir 35)

SUBHANALLAH...

Sungguh besar nikmat Allah yg diberikan kepada hambaNYA , yang Taat kepada-NYA.

Semoga ALLAH senantiasa bimbing kita dalam meraih kemenangan-Nya, dan mudah-mudahan kita termasuk salah satu hamba-Nya sebagai penghuni - penghuni Syurga Nya kelak Aamiin..
*akk C&P dari FB Azlina HJ Hashim