*

Thursday, 26 September 2013

merawat kanser dengan doa

6 comments :
salam alaik..

Doa-doa Untuk Memusnahkan Sel-Sel Kanser:

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1 - Istighfar 10x.
2 - Salawat Nabi 10x.
3 - Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1 - Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2 - Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3 - Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4 - Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5 - Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6 - Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7 - Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8 - Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada sahabat sekalin, tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

  Insya Allah..

Ketawalah sesuka hati..hahaha

No comments :
Salam alaik
Anda tergolong dlm kategori mana? PILIH LAH
1. Orang TIDAK JUJUR :
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.
2. Orang BINGUNG :
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
3. Orang BERWAWASAN 2020 :
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.
4. Orang SENGSARA :
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
5. Orang MISTERIUS :
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
6. Orang GUGUP :
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.
7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI :
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang
8. Orang SADIS :
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.
9. Orang PEMALU :
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’
10. Orang yang STRATEGIK :
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.
11. Orang BODOH :
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.
12. Orang PELIK :
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh
13. Orang SOMBONG :
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.
14. Orang RAMAH :
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.
15. Orang yang tidak senang BERGAUL :
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.
16. Orang AKUATIK :
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air
17. Orang ATLETIK :
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
18. Orang JUJUR :
Orang yang mengaku kalau habis kentut
19. Orang PINTAR :
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.
20. Orang KELAKAR :
Orang yang bila ketawa sambil kentut
21. Orang yang ROMANTIK :
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating
22. Orang yang TIDAK SIHAT :
Orang yang bila batuk dia akan terkentut
23. Orang yang PANAS BARAN :
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri
24. Orang yang PELUPA :
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut.
Anda  yang mana??

belajar marhaban dan berzanji melalui CD

1 comment :
Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..
masa akk pergi ke Komplek PKNS Shah Alam, akk lalu tepi kedai menjual buku ugama di tingkat dua. sambil lalu akk terdengar alunan berzanji yang di mainkan melalui CD di kedai tersebut. aduh! terpana akk sekejap, merdunya alunan suara si penyampai dengan lagu yang mendayu
akk terus beli sekeping..

...dan sejak kebelakangan ini akk suka dengar alunan  marhaban dan berzanji dari CD ini. nak ikut bulat2 cara melagukannya belum pandai lagi. kalau sipi2 tu bolehlah..
banyak cara lagu berzanji ini boleh dilagukan. ada bacaan cara sikah, bayati, nahwand,rast dan raqbi. *bukan bola rakbi ye*..hehe
 selama ini akk hanya melagukannya cara sikah saja. pasni bolehlah pelan2 kayuh tukar lagu plak..


yang berminat nak belajar marhaban dan berzanji bolehlah cari CD ini..kalu tak silap harganya tak sampai pun 20 rm..

Tazkirah

2 comments :
Salam alaik
share tazkirah dari laman fb...
mendidik hati kita supaya redga dengan ketentuan Allah swt..

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

Pinjam 1 minit, baca ayat ni..

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

🌿🌿 sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W 🌿🌿

Wednesday, 25 September 2013

apa kaitan emas dan alzheimer

9 comments :
Salam alaik..


emas cik google punya

jom kita share Informasi sikit.. Sharing is caringkann..

Zarah yg wujud dlm emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori2 dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandung atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas).

Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yg tidak di buang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer.

Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal,tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah charles bronson, ralph waldo emerson,ronald reagan dan sugar ray robinson.

Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas ?

Jawapannya adalah..

"Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi." itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas.

itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas,ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains.

Dlm satu hadis nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yg kecil.

Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya. (HR. Bukhori & Muslim) Wallahua'lam.

Salam info..

* nampaknya ada alasan kenapa tak pakai barang kemas dari emas lagi dah. pertama takutkan kena ragut..kedua takutkan info ini..huhu

Friday, 20 September 2013

Ustaz Don Daniyal : Kaedah mendidik anak.

6 comments :

Salam alaik..




Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!

4 comments :
 Salaam alaik rakan bloggers yang di kasihi..
salam hari jumaat
Akk nak share artikel ini dari wall rakan FB. Akk drafkan lama dah..baru ini nak publishkan. Lupa dah akk share dari rakan yang mana..huhu

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

Thursday, 19 September 2013

kenalan maya

4 comments :
Salaam alaik..
 rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..
petang tadi akk terima satu pesanan ringkas..
datangnya dari seseorang kenalan dialam maya.mungkin juga pernah menjadi pelanggan akk suatu waktu dulu..
pernah beberapa kali bersms..bertanya khabar dan bersembang beberapa tahun dulu. apa yang menariknya beliau masih ingatkan akk. padahal akk pun dah hilangkan no telefonnya..huhu
* very sorry ya Pathma. akk dah hilangkan no phone you..tapi tidak bermakna akk sudah lupakan you..
terimakasih masih ingatkan blog akk. walau dah takde bahan yg nak di jual di blog akk tu.. mungkin boleh jadi inspirasi untuk mendeko di rumah you..




majlis cukur rambut

6 comments :
salaam alaik..rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..

banyak aktiviti marhaban tidak sempat akk catatkan kat blog nie. ikut suka akk jer nak update ker idok. kekadang tak sempat nak update aktiviti lain pulak berlaku..tanguh2 nak update..last2 terlupa. minta maaflah kalau ada tuan rumah yang pernah mengundang kami terbaca blog akk ni..takde pun akk buatkan n3 untuk mereka..hehe.macamlah mereka kisah sangat pun! atau akk aje yg perasan sendiri..hikhik.
minggu lepas dapat jemputan ke majlis cukur rambut cucunda Puan Zabedah dari Perumahan Pegawai2 Kastam Kelang.
majlisnya sederhana tapi meriah.tema kaler merah. tentu pembaca blog akk perasan kenapa kumpulan marhaban akk selalu sangat pakai baju kaler pink? itulahkan..nak buat macamana..dah kebanyakkan tuan rumah guna tema kaler pink..terpaksalah kami ikut tema!
sebenarnya kami ada beberapa pasang uniform lagi. selain kaler pink ada biru, hijau, coklat, kuning dan pepel.cuma merah jer yang tiada, itu sbb bila tema majlis kaler merah kami pakai pink juga..heheh
biasanya masa yang kami ambil dalam majlis tersebut lebih kurang satu hingga satu jam setengah sahaja. bergantung pada tuan rumah juga. kalau suka mendengar alunan lagu2 kami lebih lama..kami sedia berkhidmat.hikhik





Wednesday, 18 September 2013

kunjungan raya akk 3

2 comments :
Salam alaik..
kunjungan balas ke rumah jiran @ belakang rumah akk saja. bersantai pada petang jumaat. mereka semua berkerjaya..hanya kami berdua..akk n Puan Tina  suri sepenuh masa..



selesai menikmati hidangan yang berat..kami di jamu kueh2 raya yang manis semuanya..
 kebijakan Puan Tina telah menghidangkan kami dengan minuman teh panas tanpa gula.
sesuai sangatlah..selepas makan kuih yang manis..di sulam dengan minuman  yang tawar. dah pasti jadi satu hidangan yang sihat kann..


kunjungan raya akk 2

2 comments :
Salam alaik..

Kunjungan raya kami pada sebelah petangnya ke taman rimba templer.. rumah anak buah en.papa *Ina joe * cukup menyeronokkan. di rumah inilah biasanya adik beradik en.papa berkumpul. open house ini untuk members FMN sahaja..




 atok2 sibuk melayan cucu, berangan n bz dengan Ipad..hehe


 mak2 pulak sibuk di dapur menyediakan juadah..



 bapak2 pulak sibuk memasang khemah. pakat2 membawa berkat..




 sampai waktunya tanggungjawab wajib di tunaikan..






comelnya anak cucu akk.. berebut makanan. hidangan terbaik dari maklang n co.
sebenarnya kami nak balik cepat..sebab ada lagi satu jemputan sebelah malamnya. sementara besiap nak balik tu..sempat lagi mereka menjamu kambing bakar..

Tuesday, 17 September 2013

kunjungan raya akak

4 comments :
Salam alaik..
kunjungan raya akk n anak2 tahun ini yang sempat dirakam.. buat kenangan sepanjang zaman..hik
kujungan raya, merangkap jemputan kawen anak sahabat kami di Raub Pahang.

  

akk bangga n happy dengan tiga generasi..jawa melayu mamak..heheh
Aideen minat sangat dengan bunyi bunyian sampai leka memerhati n mendengar bunyi paluan kompang..



persembahan silat pengantin..memeriahkan majlis.amat jarang sekarang ni nak tengok silat pengantin di mana2 majlis kawen. agaknya orang melayu kita dah mula melupakan kebudayaan sendiri.bukankah budaya itu melambangkan bangsa. janganlah jadi melayu yang mudah lupa. tahniah kepada tuan rumah En.Raduan dan Puan Rohana..berjaya menghidupkan semula kebudayaan seni silat pengantin..
lupa pulak akk nak amik no fon mereka..kalau tak boleh akk highlight kat sini. klau ada sesiapa berminat boleh contact kann..
]

 
dalam perjalanan balik kami singgah kat satu gerai jual buahan. ada perminntaan nak makan durian musang king. lepaklah kami anak beranak melapah si musang..heheh
  
 

catatan harian akak..geder raya 4

4 comments :
Salam Alaik..
kunjungan adik beradik en.papa memang selalu di nanti2 kan. seronok bersama mereka melayan keletah anak buah kami, termasuk emak2nya sekali. kalau dah berjumpa ada saja gurau senda mereka. kata orang gusi tak pernah keringlah..hehe, riuh setaman jadinya..ada saja bahan untuk di guraukan.happy..happy sesangat bila berkumpul bersama mereka. menantu2 akk pun serasi bersama merek..