*

Sunday, 28 April 2013

blog decor di harian metro

14 comments :
Assalaam rakan bloggers yang di kasihi..
 semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..
lamanya tak mengemas kini catitan di blog ini. seakan hampir terlupa akan kewujudan blog ini.
baru2 ini akk dapat panggilan talipon dari harian metro..mengatakan mereka berminat hendak menemu ramah akk berkaitan dengan blog jualan barangan dekor yang akk usahakan.


akk pun sebenarnya malu dengan blog yang dah berapa lama tidak berupdate dan aktiviti jualan pun sudah terhenti. cuma sekali sekala sahaja ada permintaan dari pelanggan yang dah biasa berurusan dgn akk. 
memandangkan trend sekarang ramai peniaga beralih ke Fb yg lebih cepat dan pantas mendapat respond dan memerlukan kita sentiasa lekat dengan gaget di tangan, akk membuat keputusan menghentikan aktiviti jualan secara online di blog. tidak mampu untuk akk sentiasa bermain dengan gajet di tangan. banyak lagi urusan lain yang memerlukan akk dari sentiasa beronline..huhu
telah akk terangkan semuanya kepada penemuramah..tapi dia hendak datang juga menemu ramah akk. apakah mampu untuk akk menolaknya? oh tidak! peluang hanya datang sekali saja. jadi akk layankan sajalah..
tidak pulak di beritahu bila akan diterbitkannya. akk pula  tidak bertanya..rasa segan pun ada..takut pula di kata..macam ye ye aje..hehe
tarikh temuramah pada 17 april lepas. tak sempat pulak akk nak merakam gambar bila dah gabrah dan tak tentu arah..hahaha
kalau ada tersiar nanti..alhamdhulillah..

Friday, 12 April 2013

percutian atas kapal part4

16 comments :
Assalaam..
 rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..
sambung cerita jalan2 naik cruise..
hari ketiga kapal kami berlaboh di Krabi pulak. ramai yang turun kepantai.  kami ambil keputusan nak berehat atas kapal saja kerana budget kami tidak lah sampai hendak kesana. lagipun mengikut itenery yang di sediakan..tempat2 yang hendak di lawati ialah tempat2 yang kami dah pernah pergi. tak payah lah buang duit dan berpenat ketempat yang sudah tahu keadaanya..kata en.papa..
jadi aktiviti seharian kami.. makan tidor..makan tidor..huhuh 

sebelah malam pula..kami di raikan dengan hidangan makan malam yg special. makan malam bersama kapten dan krew super star libra..
dalam ramai2 tu ternampak seorang retis..* rasa2nyalah *.. bersama rakan dan pasangan memasing. ala retis yg dah tak glamor lagi..hihi

 
  

 



 

 dari menu pembuka selera hingga lah ke dessert semuanya sedap belaka. papa yang tak berapa suka makan speggeti pun makan sampai licin.kalau nak ikutkan kuantiti makanan yang di hidangkan tidaklah sebanyak mana pun..tapi sudah cukup buat kami kekenyangan sepanjang malam.
  selepas makan malam.. diadakan pula majlis farewell party. bersantai sambil makan2 dan minum2..huh. bila dah kenyang mata pun mengantuk..kami abaikan saja majlis tu..biarlah majlis tu buat orang2 yang suka gitu..gitu..
lebih baik berkemas beg pakaian..esok kami dah nak balik!! 
 hehehe..rindu dah kat tilam dan bantal busyuk ku!! huhuhu




Thursday, 11 April 2013

Appeton collagen plus

7 comments :
Assalaam..
Buat pertama kalinya akk mencuba minuman bercollagen ini. Setelah apa yang di hebohkan tentang kebaikan collagen dihalaman maya..secara tak langsung sedikit sebanyak akk pun teruja ingin nak mencuba. 

Teringin hendak membeli yang asli..maksudnya yang belum di proses yang banyak di jual dipasaran maya..tapi akk ragu2 akan kebersihannya dan cara memakannya dan juga kesan sampingan yang mungkin ada..huhu




Jalan paling selamat..akk ke farmasi dan minta khidmat nasihat sekali. Banyak jenama yang di syorkan..tapi akk lebih percaya kpd jenama ini. Siapa tak kenal jenama makanan kesihatan APPETON kan. dulu2 kalau anak tak berselera makan.. mesti belikan syirup APPETON.

 Harga lebih kurang sama dengan jenama lain..rm150 untuk 15 sachet. akk dapat less 10% sebab  jadi member farmasi tu.
 nah!.. amik kaw! rasanya berbaloi tak?  harganya lebih mahal..berganda2 mahalnya dari harga  yang pure!!..huhu

*_*


tapi..apa pulak kata yang nie.akk c&p bulat2 dari FB..ngeeeee..

Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut...fakta yg sahih.!!

Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.

Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar.

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat.

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah. Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan.

Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

Ingat Cantik, ingat vitamin C.

Wednesday, 10 April 2013

pemandangan biasa..

10 comments :
Assalaam..
 rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..

dimana2 dapat di lihat situasi begini.dah jadi trend..:/

maaf abang..kakak..akk copet gamabr mu..


Monday, 8 April 2013

rezeki lagi..

8 comments :
Assalaam..
 rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..
kalau ianya sudah menjadi rezeki kita..mana mampu untuk kita menolaknyakan..
mulanya akk kekaunter servis AEON sebab nak renew kad ahli AEON akk yang dekat nak tamat tempoh. bila sampai sana adik yg jaga kaunter tu kata "akk tak nak claim point ke..banyak dah nie?
hah! baru akk claimed bulan lepas RM90..ada lagi ke?
ada lagi 26,000 lebih point kak..kalau akk claim dapat RM200. kalau nak simpan pun boleh..tahan sampai 2014 !
buat apa simpan dik..baik akk ambik..boleh akk belanjakan!!..yuhoooo!!!

 
 jumlah point yang terkumpul ni sejak bila..akk pun tak pasti. point ni terkumpul hasil dari pengunaan kad kredit AEON akk.

point juga terkumpul hasil dari pengunaan kad ahli semasa bershopping dimana2 cawangan AEON..

 voucher RM200 ni kalau beli barangan keperluan dapur tak habis nie!
kan best kalau dapat tunai..boleh akk belikan baja..tanah..pasu untuk pokok2 rose akk..hehe
 jumpa lagi..:))))





Thursday, 4 April 2013

percutian atas kapal part3

7 comments :
Assalaam..
 rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..

 Sehari semalam belayar.. kami berlaboh di Phuket. lepas sarapan pagi kami bersiap2 nak kePhuket dengan menaiki feri kecil. charge tambahan sebanyak rm90++ seorang termasuk tambang bas, lawatan ikut mana bas tu bawak dan makan malam. masa lawaatan selama 10 jam.

 patong beach yg kena tsunami dulu. ramainya umat manusia bergolek2 macam singa laut dalam cerita documentry kat TV..hihhi


 kat sebelah sini tak ramai orang.tempat jeti feri berlaboh..

 ternampak pulak van kaler pink. berkenan akk..hahah
akk cakap pada papa..kalau semua van kilang kita cat kaler ni.. okey tak?
hahaha..kelass mak nanti nyah!!!

 ini bukan mat salleh ye..tapi Haji Saleh..:)

kesian pakcik duduk sengsorang dalam bas. sementara yang lain pergi melawat tempat ibadat mereka..daripada duduk diam baik tidur..kruuuihh

dalam aturcara lawatan kami dibawa melawat kilang memproses biji buah gajus, kilang mutiara, kilang memproses keropok dan banyak lagi..lupa dah!




 sempat pulak makcik nie memukul gendang perang..hihi


 kedai menjual kemeja tee buatan jabatan penjara malaysia.dikatakan harganya jauh lebih murah dari tempat lain dan kualitinya pun baik.tapi akk tak beli sehelai pun.
akk nampak pelancung lain beli berbondong2.betul2 murah dan berkualitilah tuu!

bila masuk waktu solat kami dah jadi susah hati.awal2 memang dah pasang niat kalau takde tempat untuk solat..kami akan cari kesempatan dimana2 asal ada ruang untuk kami melakukan kewajipan. dalam hati sentiasa berdoa "adalah hendaknya ruang untuk aku bersolat"
selesai melawat semua tempat..waktu tu dah hampir petang.. kami di bawa ke sebuah pusat membeli belah. akk kata pada papa..inilah masanya untuk kita  mencari tempat solat.akk teringat dulu akk pernah datang kesini..tapi akk tak pernah tahu pulak kat sini ada tempat solat ke tidak.kalau kedai makanan halal akk tahulah.terpikir pulak akk..kalau ada orang muslim berkerja disini..mesti ada tempat solat..
spontan aje akk tanya pemandu pelancung kami..ada tak tempat solat untuk muslim. bersusah payah beliau mencari dan bertanya perkerja2 di shopping komplek disitu. dan akhirnya...dapatlah kami membersihkan diri dan bersolat dengan selesa sekali.
Alhamdhulillah..Allah maha mendengar doa dan bisikan hati kecil kami..
 semasa kami sampai..ada beberapa pekerja shopping komplek baru habis solat dan beberapa orang lagi sedang solat.

 tenang rasanya bila masuk kesini..rasa selesa dan selamat. selepas seharian kami menjadi minoriti.

 entah apa makna tulisan kat papan tanda tu..

 selesai acara shopping menyopping kami di bawa ke sebuah restoran untuk makan malam *dikatakan makanannya halal.tapi kami was was*
jenohlah pemandu pelancung kami mengxplan..yg ni boleh makan, yang ni tak boleh makan..bla..bla..bla..
last2 kami keluar cepat2..huhuhu



main2 tangkap gambo lagi best kan papa..hehe
sampai bilik dah dekat jam 11 mlm. restoran pun dah tutup. ada restoran mamak muslim kat tingkat atas..tapi malaslah pulak sbb dah kepenatan. nasib baik ada bawak biskut kering dan air minerel.kalau tidak..tidorlah kami dalam kebuluran.huhu

Tuesday, 2 April 2013

percutian atas kapal part2

9 comments :
Assalaam..
 rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..
Sebelum kami mulakan pelayaran kami dimaklumkan olih agensi kami mengatakan dalam kapal ada dua restoran. satu non halal dan satu lagi free fork. ramai juga dikalangan muslim yang rasa curiga dan tertanya2. selepas di beri penerangan olih chef barulah kami rasa yakin dan berpuas hati. barulah kami berselera menjamah makanan yang di hidangkan.
kapal yang mempunyai 687 kabin dan boleh memuatkan 1374 penumpang ini mempunyai bilik2 vip, bilik kelab ahli, bilik berjudi, gym,klinik dan macam2 bilik ada..heheh.
purata penumpangnya dari kaum cina..adalah melayu dalam 10%..india 10%.. sedikit foregner..
semasa dalam kapal kami buat aktiviti sendiri. akk nampak ramai nyonya2 main mahjong di tempat terbuka. apek2 dah tentulah main judi..
kami yang muslim ni..duduklah terperap dalam kabin..kalau rajin duduklah atas deck melihat pemandangan dan menikmati hembusan angin laut..
ada juga kawan2 yang tanya..tak mabuk ke? pada akk oklah tak pernah pulak mabuk. cuma pada mula akk rasa sikit seriau sbb akk ni penakut naik kapal. tapi bila dah duduk atas kapal tu..tak rasa bergoyang atau bergegar sedikit pun..rasa seronok pulak.
bila cakap pasal mabuk..kawan akk yang sama2 pergi bawak pil mabuk sebeban..haha
sudahnya tak makan satu pun..hihi
**ini ada petua kalau taknak mabuk bila naik kenderaan.tak kiralah naik bas ke.. naik kapal terbangke..naik kapal ke. sebelum naik kenderaan tu tampal aje koyok pada seluruh pusat..insyaallah berkesan. ramai yg dah cuba..:))


 kerabu/salad seafood.akk memang amik asing2.tak suka campurkan sekali. masa makan hari tu rasa nak buat bila balik rumah nanti..tapi sampai kesudah tak buat lagi..malaihnya aku nak masak sekarang nie..huhu
kerabu suun tu sedapnya..masyaallah..

 set kambing panggang..





menikmati hidangan makan malam sambil bersantai menghirup udara segar di tengah lautan.

merenung sejenak..

4 comments :
Assalaam..
 rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..

entah kenapa tetiba akk rasa sedih mengenangkan perkara2 yang tidak sepatutnya akk fikirkan sangat. sebagai maknusia biasa akk pun ada perasaan geram dan sedih dengan apa yang berlaku ..
yang sudah tu sudahlah. tak bolehke salah seorang beralah..
kitakan bagai adik beradik..sebangsa..seagama..
kata pepatah cubit peha kanan ..peha kiri sakit juga..
seperti meludah kelangit..
tepuk air di dulang..
bila gajah dengan gajah bertempur..
jadilah padang jarak padang tekukur..
yang menang jadi arang..
yang kalah jadi abu..
 
rasanya malu kat bangsa lain..huhu
rasanya semua dah jadi bijak pandai..
rasanya..tentu semuanya akan bijak menilai..
cubalah buka hati dan beri sedikit ruang untuk bertenang dan berfikir dengan dada yang lapang..
dengan sedikit kekurangan yang di terima..
menafikan kebaikan yang telah banyak dirasa..

akk pun tak perasan sejak bila pulak lirik lagu ini berubah..
 
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara


Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


akk lebih sukakan lirik lama..lebih menusuk ke jiwa dan berkobar semangat..

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta Benda
Akibat sengkita sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lama-nya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang

Kini kita hanya tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara (3X)