*

Sunday, 27 January 2013

aktiviti

16 comments :
Assalaamualaikum wbt..
 rakan blogger yang di kasihi.. semoga rakan semua sihat wal'afiat hendaknya..

cuti2 ni banyak pulak program yang sedang menanti. bermula dengan jemputan majlis cukur rambut, marhaban, melawat kawasan..kawasan kebun bunga rose sg buloh.. hihih..mesyuarat dll.

hari ahad pulak.. marhaban dan khatam quran, jemputan kenduri kawin ada 2 tempat, melawat kawasan lagi dan ada jemputan makan malam. puih! penuh jadual hari cuti akk..huhu
Isnin.. rasanya macam  nak berehat dan berkemas. boleh lah akk mendeko ruang dalam rumah akk..hehe
sebelah malam pulak ada mesyuarat lagi..dan lagi..sampai bulan mac..huhu
woitt..mengalahkan PM pulak! hahha..


hari selasa..dah masuk office balik..heheheh
rasa rindu pulak pada boss dan tak sabar nak masuk office jumpa boss kecik akk..hahaha
 
 

Friday, 25 January 2013

senyuman rose

12 comments :
Assalaam rakan blogger yang di kasihi.. 
semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..

aktiviti akk hari ini di sini ..
  jom layan kuntuman bunga2 rose akk yang menanti untuk berkembang..
senyuman rose









suka tak? siapa yang tak sukakan bunga rose kan!

khasiat tembakau

10 comments :
Assalaam.. rakan blogger yang di kasihi.. 
semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..

sejak akk bercucuk tanam , membela pokok rose..akk lebih banyak tahu kegunaan bahan terbuang yang ada di rumah. kalau dulu semua bahan yang tak habis di guna atau sisa buangan makanan akk buang begitu sahaja, kini akk dah tahu nak menfaatkannya..
kulit udang, kulit kerang, kulit ketam, kulit bawang, kulit pisang, kulit telor semuanya berguna..menjadi makanan pokok rose.bukan takde jual baja khas untuk pokok rose..tapi akk lebih suka mengunakan bahan semula jadi yang ada didalam rumah dan yang organik.
akk hanya sekali sekala mengunakan racun kimia untuk menghalang pokok dari serangan serangga dan penyakit.
terkini akk dapat tahu yang tembakau pun boleh dijadikan sebagai bahan menghalang pokok dari serangan penyakit dan serangga.

diresepikan * akk belum guna lagi * caranya dengan merebus tembakau untuk mengeluarkan rasa pahitnya dan 1/2 cawan air rebusan tersebut di campurkan bersama 1 liter air. semburkan pada keseluruhan pokok rose.
yang nak berjinak2 menanam rose bolehlah mencuba kaedah ini..

teringat jaman dulu2..orang kampung akk merokok guna tembakau yang dibalut dengan kertas suratkhabar semasa menoreh getah..semata2 nak menghalau nyamuk/agas yang berkerumun dimuka dan kepala..hihihi
jangan mencuba!



Thursday, 24 January 2013

ubat ulser mulut

11 comments :
Assalaam rakan blogger yang di kasihi..
 semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..

akk blogwalking tadi..jumpa blog ''dairy hidupku" umi alya. dalam entrynya beliau bertanya ubat ulser mulut...
 sakitnya kalau kena ulser mulut..bukan saja tak boleh nak makan..nak minum air kosong pun rasa pedih dan sakit. kesian kalau budak2 yang terkena ulser mulut..paham2 ajelah siapa yang pernah terkena..

sagon kelapa

6 comments :
Assalaam rakan blogger yang di kasihi.. 
semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..

selamat menyambut Maulidurrosul..
sama samalah kita selawat dan salam ke atas Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W..  

******

lepas makan kat satu restoran akk nampak ada sagon kelapa kat atas meja casher. rasa teringin pulak nak makan. kalau dulu2 time raya  memang emak akk buat banyak sampai puas makan. lar ni takde siapa nak buat..
akk pun tak berapa reti nak buat. lagi pun kalau buat bukan ada siapa nak makan. akk pun tak pasti cucu-cucu akk makan ke tidak? yang pasti anak akk pun tak berapa suka..sebab emak dia tak pernah buat dan tak pernak ajar dia makan..heheh

akk yang dah biasa makan..bila dah lama tak makan rasa teringin..


sebungkus sagon kelapa harganya RM1.20...agak2 mahal tak?
kalau nak bandingkan harga kelapa dulu2 RM0.20 jer sebijik. sekarang berapa dah..*akk pun tak tahu sekarang harganya berapa sebijik. last yang akk tahu..masa tu masih beli kelapa parut harganya RM1.20 sebijik. sekarang pakai santan kotak aje..kalau nak masak rendang beli santan siap timbang pakai kilo..senang aje kan!!

kalau dulu2 dibungkus dalam kertas suratkhabar yang di bentukkan kon. selepas zaman itu.. dibungkus pulak dalam kertas berwarna warni yang di hias dengan ropol2 diatasnya. lar ni masukkan aje dalam plastik aiskrim malaysia..pastu lebelkan..
jom makan!!

Sunday, 20 January 2013

ibu susuan

10 comments :

Assalaam rakan bloggers yang di sayangi..
moga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..

beberapa hari lepas akk ada baca harian metro. curi2 masa sambil jaga cucu..akk dah drafkan nak buat entry. sementara cucu akk tidor bolehlah akk mengupdate blog. takut kalau tunggu lama2 nanti cerita hilang dari ingatan..kalau masih ingat pun dah hilang mood nak menaip..hehe

kisahnya seorang wanita, Nurul Uyun Mazlan mampu pam air susu badannya sebanyak lapan botol sehari. beliau memberikan susunya kepada beberapa orang anak susuan yang mana ibu2 mereka tidak mampu untuk menyusukan mereka di sebabkan menghidap penyakit dan ada baby yang  alahan dengan susu formula. beliau menjadi ibu susuan kepada dua orang baby dan seorang lagi baby yang bakal lahir.
Subhanaallah..murninya hati Nurul Uyun Mazlan.Tidak ramai ibu2 yang sanggup menjadi ibu susuan  kepada anak orang lain..melainkan di kalangan ahli keluarga sendiri.  

******

  Dari segi hukum agama..nak tahu jugakan hukum hakam salasilah keluarga susuan ni..

 di sini akk salin salin info.. 
bahawa haram kahwin bayi susuan..
  • wanita yang menyusukannya
  • anak wanita yang menyusukannya sama ada anak kandungnya atau anak suaminya yang terdahulu
  • cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak lelaki atau anak perempuannya
  • bayi sesusuan,sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi itu menjadi saudara susuan antara mereka
  • ibu kepada wanita yang menyusukan
  • nenek kepada wanita yang menyusukan dan keatas
  • adik beradik wanita yang menyusukannya, tetapi anak kepada adik beradik wanita itu tidak diharamkan berkahwin dengannya
  • wanita yang menyusukan diharamkan berkahwin dengan anak kepada bayi yang di susukan dan kebawah..
********

stock susu ibu untuk cucu akk.susu dari ibunya sendiri. senang sangat menjaga baby yang menyusu susu ibu. tak mudah kena demam atau selsema.



 

Matching..

12 comments :
Assalaam..
Hahaha..akk gelak dulu..
Tak sangka pulak en. Papa dah pandai komplen pasal akk...
Kisahnya..kami hendak pergi jalan bercuti. Selalunya akk yg berkemas segala keperluan yg hendak dibawa. Kali ini akk minta en.papa sediakan keperluannya sendiri kerana akk tak sempat. Bila en. papa kemas pakaian yg nak di bawa dia siap tanya.. " mama! matching tak baju ni dengan baju awak?
* Apa? Tak kisahlah papa.. baju apa pun..asal cukup untuk bekalan 2 hari!
" nanti tak matching pulak..awak juga yang komplen..abah tak kisah!
* apa apa ajelah papa janji cukup semuanya..


Bila nak balik akk pakai aje baju yg akk bawa. Tak perasan yg akk bawa tu baju kaler lain..tudung kaler lain. Masa packing tak tengok nak matcning2 pun..main ambik aje. Kalau sebelum ni akk memang cerewet bab bab mematchingkan pakaian akk dgn papa..kali ini dah tak kisah..main pakai aje..hehe

Masa bersiap2 nak balik, akk tengok papa pakai baju yg sesuai dan senang di mata akk. Akk pakai aje baju yg akk bawak.tetiba papa kata.." kenapa awak pakai baju tak matching dengan tudung tu?
Hahaha..tergelak akk..
Wahhhhhhhh! Papa dah pandai komplen akk ekk!

Moral of the story..
- bila kita dah selalu amalkan sesuatu perkara akan jadi sebati dalam diri
- bila selalu berpesan2..akan lekat di fikiran
- bila usia meningkat..apa yang selalu kita buat dah tak jadi minat.
- lelaki ni..semangkin dia berusia hati semangkin muda. Sukakan yang selesa dan cantik..huhu. Itu sebab..orang tua2 kata..kalaumencari jodoh..biarlah usia calon siisteri lebih muda dari calon suami. Jarak usia yg terbaik antara 5 - 10 tahun..
- perempuan pulak..bila dah berusia jadi malas semua. Malas nak berias dan berdandan. Alasan..takut di kata dah tua2 masih nak bergaya. Lagipun kalau bergaya serba tak kena. Tak bermakeup dikata pucat..bermakeup kang lain pulak jadinya...hihi. Tapi demi sang suami..berkorban juga apa yg terdaya.. ibarat dalam delima...
Krisis identiti..sama macam zaman remaja umur 13 - 16 tahun. Susah nak menyesuaikan diri..nak masuk group kanak2 ke..nak masuk group dewasa...hehe.
- rupanya orang lelaki ni bila dah berusia..nakkan perhatian. nampak macam biasa jer takde apa. kekadang mengada juga. mengalahkan cucu cucundanya..hehe



Wednesday, 16 January 2013

baby Anmum

10 comments :
Assalaam..
Kuat betul pengaruh susu formula Anmum ni kan!
Bila Aideen lahir aje..apa yang terbayang di fikiran akk masa tu ialah  susu apa yang sesuai untuk di berikan padanya?
selain susu ibu..susu fomula Anmum yang terbayang dulu..
kuat betul pengaruhnya kerana semua cucu cucu membesar dengan Anmum!

 

Aideen pandai dah menonton TV..cerita feveret dia drama korea dan cerita indon..heheh
leka dan senyap  kalau ada adegan nangis2..heheh

dah pandai posing bila di panggil bergambar..

Aideen tengah leka menonton drama..


Aideen dah pandai bersembang..macam2 bunyi perkataan keluar..cuma wan n atok belum paham apa yang Aideen sembangkan..hehe

mawarku

3 comments :
Assalaam..
nampak sama...tapi tak serupa...







Saturday, 12 January 2013

adat orang kita

8 comments :
Assalaam..
lama dah akk tak buat majlis makan2 atau pun kenduri kendara di rumah. Ahli keluarga akk pun dah semangkin membesar dan cucu2 pun dah mangkin besar, jadi anak2 akak pun sibuk dengan urusan keluarga masing masing. Jadi kami sudah jarang dapat berkumpul beramai2 seperti dulu..
InsyaAllah february nanti akk nak buat majlis cukur rambut cucu akk. biasalah adat orang kita, setiap kali ada  baby baru lahir akan di buatkan majlis cukur rambut dan aqikah. akk buat majlis kecil2an sahaja. mengumpul anak2 dan cucu yang sudah jarang dapat bertemu. tiada majlis aqiqah kerana besan akk telah melaksanakan tanggungjawabnya semasa baby baru lepas pantang.
walaupun majlis lambat lagi..akk dah mula membeli serba sedikit keperluan untuk majlis tersebut. akk ni biasa dah suka buat persiapan awal. tak reti nak buat kerja last2 minit..

kalau dulu semasa majlis anak akk kawin..semua bunga akk buat dan gubah sendiri. sekarang ni dah malas nak hasilkan/tunjukan kreativiti sendiri. beli yang dah siap lagi senang. nak dikatakan murah tidak juga..yang penting jimat masa dan tenaga..

akk memang suka bunga telor yang di buat dari  kertas berwarna.ia nampak lembut dan ada gaya kedesaan inggeris di situ.


sebatang bunga telor harganya RM1.80.kalau buat sendiri kos taklah sebanyak itu.ikut pengalaman akk yang dah pernah buat, untuk menghasilkan 100 pcs bunga memerlukan 2 gulung reben yang harganya lebih kurang RM20. gedebuk gedebak campur bahan2 lain tak sampai RM50. kalau di fikirkan memang menguntungkan berniaga barang2 majlis perkahwinan. tapi tiada pula orang melayu yang hendak mengusahakan perniagaan ini. sedangkan kebanyakan pelanggan adalah orang2 melayu ..huhu
kalau ke Nilai 3, cuba perhatikan..rata2 pembelinya adalah orang melayu. bagaikan pesta membeli belah.. orang lain pulak berpesta menambah wang simpanan. apa nak buatkan! dah dikatakan orang melayu ni..biar mati anak asalkan jangan mati adat.tapi adat kita orang lain yang uruskan..
 camne tu!!

dah adat orang kita kan..kena ikutkan juga..hukhukhuk

Friday, 11 January 2013

samsung galaxy camera

8 comments :
Assalaam..
Kononnya berangan dan berkira2 dapat bonus ASB nanti nak beli camera " Samsung Galaxy Camera" yang tengah hangat di pasaran. Beberapa hari lepas akk pergi kepasaraya Giant Kelana Jaya..akk singgah dikedai Samsung.. mai aii! ramainya orang sampai tak cukup kakitangan nak layan pelanggan..
dek kerana kesuntukan masa dan tak dapat layanan yang sepatutnya..akk batalkan niat nak membelek2 sebelum memilikinya..hehhe
 takpe..ada banyak masa lagi. kat kedai lain pun ada.
akk pun dah dapat green light dari papa untuk memiliki camera tersebut..:))))
papa kata..kita kan suka jalan2 dan melancung. masa inilah amik gambar cantik2 buat kenangan!
eheh!.. macamlah selama ini amik gambar guna camera fon tak cantik!
camera fon pun..i guna samsung galaxy note 2 tau! hehehe


nampak macam best aje kalau guna camera ni untuk ambil gambar bunga2 rose akk..ekekekeh



duniaku kini

6 comments :
Assalaam..
kalau boleh akk nak selalu  happy2 sahaja..*luaran nampak happykan.. tapi apakan daya tak mampu akk menolaknya.. bila kesedihan juga yang selalu bertandang di jiwa akk nie..huhuh
 semuanya kerja Allah. Mungkin ada hikmah buat akk di sebalik semua kejadianNya..

happy2kan diri jaga baby dan membelai pokok rose..
ini koleksi pokok rose terbaharu yang akk beli 2 minggu lepas. IDnya generous gardener. pokok  jenis climber dan sangat wangi. akk tanam dalam pasu yang sederhana dan letakkan dia di arc supaya dia akan melilit naik atas arc  *dengan bantuan akk, pokok rose tak boleh melilit sendiri * dan membentuk sebagai pintu gerbang.nak tunggu berapa tahun boleh jadi begitu ekk!
sama2lah kita tunggu ~~~~




tengok! manisnya senyumannya..
macam2 memek muka di buatnya..




pelajaran hari ini..dia dah pandai menyembur air liur..
buurrrrr..kata orang tua2..habis gugur rambut emaknya.
ada kaitan ke..


Aideen ngences ye? adalah benda yang Aideen teringin nak makan tak dapatkan!

ginilah aktiviti seharian akk buat masa sebulan dua nie..huhu
rasa duniaku kini  gelap tapi terang..macam katak duduk bawah gelas..hahaha





Tuesday, 8 January 2013

cucuku

8 comments :
Assalaam..
sesekali jadi fulltime nenek seronoknya bukan main..hehe
melayan kerenah cucu..yang suka berborak..entah apa2 yang di borakkannya..
macam2 bunyi keluar dari mulutnya..
awwwaa..eerk eeerk..huuuu..huuh..
last2..uweeeeeeekkkk..uwekk...
baru umur 3 bulan dah serupa budak umur 6 bulan..
perkataan pertama yang di ajar moomynya..
Allah! 
mengikut juga dia..:))))

Aideen tengah happy tu..tengok berseri2 mukanya..

geramnya nengok budak ni..wan rasa nak geget dagu dia tu...

 rasa nak tarik2 pipi dia yang babam tu..




 dah penat mengagah..mintak kopek..






bestnya jadi baby kan. suka hati lah nak posing camne pun..tetap comel..