*

Friday, 27 December 2013

selamat datang tahun 2014

Assalaamualaikum..
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2013. maka akan muncullah tahun baru 2014. selamat tinggal kepada kenangan/sejarah lama dan bermulalah sejarah baru dalam kehidupan di tahun baru. Semuga tahun baru ini lebih aman dan tenteram dalam kehidupan dan mendapat lebih keberkatan dari tahun lepas...
Azam dah tinggal azam. takde nak berazam yang hebat2 dah. cuma berazam nak tingkatkan bekalan dan harta yang akan di bawa kelak..insya Allah..
yang ini tak perlulah nak di war warkan ye tak?
manusia tak boleh nak menilai..hanya Allah sahaja yang akan menilainya..
minggu terakhir tahun ini penuh dengan jemputan kenduri kawen. ingatkan nak pergi cuti2 Malaysia anak beranak. nampaknya tak menjadi lagi..

 sebahagian kad undangan yg di terima

Mangkin lama semangkin payah nak berkumpul ramai ramai. Niat nak ber cuti-cuti Malaysia ramai ramai selalu tergendala. banyak perkara kena fikir. Jadual kerja dan cuti masing masing tak sama. jadual aktiviti anak anak sekolah pun tak sama. semuanya kena ambil kira. jadi nampak gayanya terpaksalah melupakan niat nak bercuti sama sama..

 dua2 pun comel..

pandai dah abang jaga adik2..



pon!..pon!..pon! jom gi skool...

 Cuti krismas baru ini..spontan aje akk tanya Oya n Nora..nak tak kita pergi jalan jalan ke Mid Velly Mega Mall. Tapi niat nak kesana terbatal.. kerana kesesakan yang teramat sangat. untuk sampai dan masuk parking belum tentu dapat. Dari membazir masa begitu saja..kami berpatah balik dan singgah ke Empire subang ..jalan jalan..pandang pandang..sembang sembang..window shopping..makan makan * nora belanja *..pastu balik..:)

kami bertiga telah terberkenan pulak kat kasut ni.apa lagi.. memboreakan diri lah gayanya..heheh

4 comments :

  1. comel je kasut tu...

    kan kak...cpt je 2013 nk meninggalkan kita

    ReplyDelete
  2. hujung tahun mmg sinonim dengan majlis kawen.comel kasut,serobok bley berboria.hehe

    ReplyDelete
  3. `selamat tahun baru buat kak rose`..cantik kasut borea tu..he2..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..