28.12.13

ke KK lagi..

Assalaamualaikum..
 Bulan November dan December ada lah bulan cuti cuti sekeluarga. Sempena bulan cuti cuti ini akk nak storylah sikit masa akk bercuti ke KK pada 9th November lepas.ini kali ketiga akk berkunjung kesini..dan di sini..
Semuanya di uruskan olih Nadia..dari hal tiket hingga ke hotel penginapan semuanya ditanggung beres. Harga hotel pulak Nadia dapat diskaun separuh harga..maklumlah kakitangan kerajaan.Itulah yang seronoknya kan..ada kelebihan di situ. Jadi gunakanlah dan menfaatkan kelebihan itu sebaik mungkin..jangan sampai terlepas peluang.Bersyukurlah dengan apa yang kita ada..

 naik flight tambang murah..tapi sebenarnya tidaklah murah..

hotel  penginapan kami..

 soo sweet..we're really love both of you dear..

 Kebetulan cuaca di KK dah sampai musim hujan. kami sampai pun dah hampir senja. lepas mandi dan solat kami keluar untuk menjamu selera. Susah juga nak cari kedai makan melayu kat sini. Selepas pusing2 sekitar KK dalam keadaan hujan dan sejuk..kami tak jumpa pun kedai makan yang kami cari. Jadi kami singgah kat satu kedai makan yang tertera perkataan "Halal" walau pun nama menu dan iklan penuh dengan tulisan cina..hehe. Dah macam kat Beijing pulak..hahah

 pekerjanya pun melayu Islam..

 kalau kat KL..harus tak masuk kedai ni kalau tulisan menunya begini.
perasaan kita kan..kalau bab makan makan ni..mengangap apa yang tersurat itulah yang tersirat..hehe


 menanti hidangan dengan penuh perasaan dan kelaparan..heheh

 menu penuh..

 2 ekor lobster untuk 3 orang makan.. sorang lagi tak makan udang..

 sayur apa ntah..yang sangat ranggup dan sedap..

 kerapu segar. kerapu segar harga lebih mahal dari kerapu beku..huhu

 sotong telor masin..yummmy..

 inilah menu menu yang di pesan..makan bersama nasi putih..

 akk nampak di KK ni.. banyak sangat makanan kering berasaskan isi buah durian.
salah satunya isi durian yang telah di kering dan di paketkan.
tapi rasanya tak sama dengan makan durian yang masih fresh..
 Tetiba fikiran teringat nak makan durian..dalam masa yang sama fikiran terfikir.. oh! kesihatanku! tak mengizinkan..huhu


jalan2 depan pasar besar KK..


 gamat kering..
 rumpai laut..dah jadi pandangan biasa..
tak selera tengok rumpai ni yang di anggap sesetengah pihak boleh menjadikan awet muda..hehe
 
 tengah berbincang2 nak melawat 3 buah pulau..



sempat juga dua beranak ni berposing..


 bukan akk yang mengandung..hahahha


kami sewa sebuah boat dengan harga rm250 sehari untuk melawat 3 buah pulau. pulau sapi..pulau memutih dan pulau gaya. Persinggahan pertama ke pulau memutih. apa yang akk boleh kata..bolehlah! snorkeling? bolehlah! makan? mahallah!




 percaya tak budak cilik ini ialah pembantu pemandu boat kami..








 ke pulau sapi. lebih cantik dan bersih. barulah seronok  dema mandi manda..











 sebelah malam kami singgah makan di gerai pasar malam..
pilih..pilih..bayar, pastu makan..hehe






3 comments:

  1. amboi kak yon .. kali ke dua eh. kakchik jeles nih. lain kali kena ajak kakchik tauu .. baru habis sume jeles tu. hehehe.

    ReplyDelete
  2. Kenapa zana tak tau kakrose datang ek?

    ReplyDelete

lihat yang lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...