*

Saturday, 28 December 2013

birthday Aydin

As salam..
Baru berkesempatan nak update majlis hari lahir Yb Aydin Naufal Ryiz pada 16 Nov lepas, bersekali dengan majlis khatam Quran cucu sulong akk.. Muhammad Hariz Dhani.
Sekejap saje sudah setahun usia Aydin. Rasanya macam baru lagi dan masih teringat yang akk dok mandikan dia yang masih lembek lagi, barutkan dia dan bedungkan dia. Pastu rasa sekejap jer dia dah berlari pulak.. dan sudah boleh bercakap cakap dengan kita. budak budak sekarang memang cepat membesar.
Majlis hari lahir Aydin kami sambut secara kecil kecilan saja. tetamu pun kanak kanak di kalangan sepupu dan jiran dekat dekat aje..
semoga Aydin membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh..Aameen.













Post a Comment