*

Sunday, 8 December 2013

angan angan

As salam..
Hidup ini tidaklah sesibuk mana kalau kita pandai membahagikan masa. Masa tu kita yg tentukan dan apa niat yang kita mahukan.. 

Tahun ini akk dah menjadualkan masa akk semula. Selama 5 taun kebelakangan ini akk bnyk menghabiskan masa akk dgn urusan keluarga. alhamdhulillah..bila selesai semuanya..inilah masa untuk akk n en.papa bersantai2 dan mencari sebanyak mana bekalan dan memindahkan serba sedikit harta didunia buat bekalan kehidupan di akhirat kelak.. Takde maknanya jika segala penat lelah yang kita lakukan selama ini hanya untuk kita gunakan didunia yang sementara saja..sedangkan di akhirat kehidupan kita yang kekal abadi. jadi bawalah bersama harta yang kita ada dengan pelbagai cara yang telah di tentukan di dalam al Quran. 

Setiap pagi isnin hingga khamis hari pilihan akk utuk melakukan aktiviti dan menghadiri majlis kegemaran akk. Sebelah petang akk bnyk bersantai dengan hobi akk..termasuklah berblog nie..hehe 

Sebelah malam ikut keadaan. Hujung minggu..selalunya hari yang ditunggu. Kalau xde aktiviti jemputan marhaban, kenduri kawen atau sebagainya.. atau anak anak tak datang, kehidupan jadi sunyi. Inilah masanya kami membawa diri ikut kata hati dan gerak kereta..hehe

Takkan nak selalu anak anak balik rumah kita..mereka pun ada kehidupan sendiri dan ada keluarga sendiri yang mesti di utamakan. Jadi pandai pandai lah mengisi masa tu.. Jadual boleh bertukar bila anak anak balik. 

Malam tadi..bila papa keluar dengan aktivitinya..akk duduklah sesorang mengadap tv sambil berinternet. Terasa sunyi nya duduk sesorang camni. Terlintas dalam fikiran akk, kalaulah ada sesorang yang sudi memberi akk seorang anak..alangkah gembiranya akk. Tapi itu tak mungkin berlaku. Seorang anak bukannya barang yang semudah itu untuk di agihkan.perlukan syarat dan peraturan yang harus di patuhi..huhu 

Tengah berangan pasal nak ambil anak angkat.. tetiba Anas call..ajak keluar makan.terbantut angan angan akk. Kalau tak, ntah sampai kemana fikiran akk merewang.baru sampai hal masuk sekolah..akk dah rasa pening..belum lagi masuk alam remaja dan nak kawen..aduhhh! takde pasal cari pasal..last takde hasil..hehe




first time Anas/Nora ajak makan kat sini.menu pun sedap.isi ikan besar tu elok masaknya sampai kedalam.akk jarang makan ikan besar sbb selalu tukang masak tak masak dgn sempurna..selalu dapat isi ikan yang masih mentah..walaupun kat luar nmpk masak..

2 comments :

  1. Sedap makan tu. Akak boleh juga nak ambil anak angkat untuk menghilangkan kesepian dalam keluarga.

    ReplyDelete
  2. kena ada persetujuan 3 pihak cik manggis..bila salah sorang tak mengizinkan.terpaksa lupakan niat..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..