*

Thursday, 26 December 2013

Adab berjiran


 As-salam..
Artikal ini akk cedok bulat bulat dari surat khabar Utusan Malaysia. Buat panduan kita sebagai seorang jiran. Terutama pasangan muda yang baru nak berpindah dari rumah keluarga kerumah sendiri. Bila berjauhan dari keluarga..jiranlah pengganti saudara terdekat kita. jadi berbuat baiklah terhadap jiran tetanga kita. berbuat baik pun ada batasannya..jgnlah sampai menjaga tepi kainnya dan jangan biarkan jiran menjaga tepi kain kita juga..


 ............

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa mereka yang membuatkan jiran tetangga berasa tidak selesa dengannya sebagai orang yang tidak sempurna imannya. Rasulullah SAW bersabda: Demi Allah, tidak beriman. Demi Allah tidak sempurna imannya. Demi Allah tidak sempurna imannya. Beliau ditanya siapakah ya Rasulullah? Baginda menjawab: Orang yang mana jiran tetangganya tidak merasa aman kerana gangguannya. ( riwayat Muslim no.46 ) 

Sebahagian umat Islam zaman kini mengabaikan hak-hak jiran tetangga sehingga menimbulkan rasa kurang selesa jiran tetangga.

 Contohnya tidak menjaga kebersihan sehingga menyebabkan jiran terganggu dengan bau busuk atau terlalu bising di rumah sehingga menganggu ketenteraman jiran terdekat. 

Perkara sebegini wajib dielakkan bukan sekadar menunjukkan tanda keimanan bahkan supaya hubungan silaturrahim dengan jiran dapat dipelihara sebaiknya.
 Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasullullah yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasullullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka janganlah dia menyakiti jiran tetangganya. ( riwayat Al-Bukhari no. 6136 )

 Menyakiti jiran bukan hanya bermaksud mencederakan tubuh badan mereka sebaliknya ia juga bermaksud menimbulkan rasa tidak selesa, tidak tenteram dan kurang senang dengan sikap kita yang berjiran dengannya. Semoga kita semua sentiasa menjaga adab-adab berjiran yang ditekankan oleh Islam sebaik-baiknya. Wallahu a'lam. -- Sent from Fast notepad

5 comments :

  1. sgt2 setuju kak! sy ckp geram dgn bdk2 muda kt umah sy ni..mlm2 dok bising smbl betulkan motor...hangin jer dibuatnya

    ReplyDelete
  2. berjiran dgn budak bujang memang kena banyakkan bersabor anies.akk pun pernah alami..bila di tegor makin menjadi. last2 lantak kan ker..berdoa bnyk bio mereka pindah cepat..hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah jiran-jiran kakak semuanya baik-baik dan sopan walau majoritinya non-muslim Kak Yon. Harap-harap biarlah berpanjangan. Kakak rasa kalau kita baik dgn mereka, mereka pun baik dgn kita..

    ReplyDelete
  4. Betul tu akak. Jiran jadi macam ahli keluarga kita juga. Sebab mereka lagi dekat degan kita. jadi kena jaga adab kejiranan.

    ReplyDelete
  5. Jiran ni ada pelbagai ragam..yg bujang cara bujang,yg dh berkeluarga cara bekerluarga..baik buruk depa kita kena hadap..klu semua jiran pandai menjaga adab berjiran mmg aman la hidup..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..