*

Friday, 22 November 2013

khatam dulu baru khatan


Majlis khatam quran cucu akk Muhammad Hariz Dhani telah berlangsung pada sabtu 16 Nov lepas. kami buat majlis secara kecilan sahaja, bersekali dengan majlis harijadi Aydin Naufal Ryiz. Jemputan anggaran dalam 100 orang terdiri dari saudara terdekat dan kawan2 rapat Anas dan Nora dan kawan rapat akk dan en.papa.
Alhamdhulillah..sampai juga hajat akk melihat  cucu sulong akk berkhatam. Muhammad Hariz Dhani seorang yang pendiam, lemah lembut tapi tegas orangnya. Kalau ada apa2 yang dimahukannya..dia berusaha sedaya upaya mendapatkannya. di sekolah dia selalu cemerlang dalam apa2 aktiviti yang di sertainya..


Rasa puas hati akk dapat buatkan pelamin untuk Dhani. Semua barang memang dah sedia ada semasa majlis pertunangan dan perkahwinan Oya dulu. cuma di olah semula dan Nora menambah sedikit lagi kain dan sepasang bunga telor.Tak sangka pulak akk dan Nora pun berbakat mendeko pelamin..hehe






 

 bersama Ustaz Imam Rahmat guru Quran Dhani. Selesai majlis berkhatam..esoknya Dhani berkhatan pulak. itulah yang sebaiknya..sebelum berkhatan..berkhatamlah dulu..

3 comments :

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..