*

Saturday, 23 November 2013

khasiat makan kacang


Satu kajian perubatan mendapati * akk baca dalam peper * kekerapan memakan kacang boleh mengurangkan risiko kematian akibat penyakit kanser atau sakit jantung
cik google punya..



Kajian yang di jalankan selama 30 tahun  oleh Universiti Harvard dengan kerjasama Hospital Wanita dan Bringham di Boston menunjukkan, individu yang makan kacang setiap hari dapat mengurangkan tahap risiko kematian sebanyak 20 peratus berbanding mereka yang tidak pernah makan kacang.

Seorang pakar, Dr. Ying Bao berkata, risiko kematian akibat penyakit jantung boleh di kurangkan sebanyak 29 peratus, manakala risiko akibat kanser dapat di kurangkan sebanyak 11 peratus bagi mereka yang makan kacang setiap hari.

Bao berkata, manfaat itu boleh di perolehi dengan makan kacang jenis PISTASIO, BADAM, WALNUT dan kacang lain tanpa mengira bagaimana kacang tersebut di masak.

" Kebiasaan orang ramai akan memberi persepsi bahawa kacang boleh mengakibatkan kegemukan. Namun, kajian yang kami jalankan menunjukan individu yang gemar makan kacang akan kekal kurus, selain risiko kematian akibat kanser dan sakit jantung dapat dikurangkan " katanya

Namun, kajian berkenaan masih tidak dapat mengenal pasti khasiat sebenar yang terdapat pada kacang sehingga boleh membawa kebaikan tersebut.

Menurut Bao, mungkin disebabkan kandungan kacang yang tidak temu asid lemak, mineril dan beberapa elemen nutrien rendah kolestrol boleh mengurangkan risiko penyakit berbahaya.

4 comments :

  1. Kak rose, zana paling suka mkn kacang tapi org kata kacang ni angin, ntahlah. Zana mmg suka kacang apa saja, kacang cap tgn ler paling suka tp dah lama tak beli. Lepas tu kalau mkn kacang zana selalu sakit kat kaki, tu yg kurangkan tapi bedal juga tak kira. Tolak tepi sakit tu mungkin sb lain.

    ReplyDelete
  2. kacang memang feveet kami. orang cakap mkn kacang boleh jadi gaut.tapi abang tak jadi gaut pulak sbb dia memang suka sangat makan jenis kekacang.terutama bubur kacang..
    jadi angin tu ntak pasti, tapi memang kuat buang angin lepas makan..hehe

    ReplyDelete
  3. kacang cerdik kan ni kak yon...selalu tggu org balik mekah bawak...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak di jual di kedai arab lah alin..

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..