*

Friday, 25 October 2013

sedekah n hadiah

Assalaamualaikum..
Salam jumaat penghulu segala hari..
selalunya bila papa bawak balik ole2 atau buah tangan pemberian kawannya..akk tak pernah pertikai atau banyak tanya.
kali ini akk kena banyak songeh sikit. bukannya apa saja nak cari pasal..hehe
bila papa bawak balik kain pelikat lain dari yang biasa..akk banyak bertanya..

dari siapa? orang tu siapa? kenapa baik sangat sampai bagi 2 helai * selalu orang kalau bagi selai jer* dan macam2 lagi akk tanya sampai puas hati..

- papa kata..budak bangla yang kerja dibengkel tu bagi * bengkel tu tempat   kami selalu repair kenderaan kompeni kami *

- akk kata..aik! baik hati sangat budak bangla tu bagi awak sampai 2 helai.dia kawan baik awak ke?heheh

- papa kata..entahlah, dah dia nak bagi..papa ambik ajelah..dia kata nak "bersedekah" 

- akk kata..aik! patutnya awak yang sedekah kat dia..bukannya dia yang sedekah kat awak! *akk tak bermaksud yang bangla tu tak layak nak bersedekah dan papa pulak tak layak menerima sedekah*

- papa kata..alah! orang nak "bersedekah" bukan kira siapa nak bagi siapa. ada niat nak bersedekah..buat sajelah. soal siapa yang dapat "sedekah" tu..itu bergantung pada rezeki yang Allah dah tentukan..
- akk kata.....yeke???????


 selalu kalau orang bagi kain pelikat masih dalam balutan plastik.tapi yang ni dah terbuka. kalau di nilai dari qualitynya..harganya mungkin boleh tahan!


corak dan quality kain sangat cantik.kain 100%cotton, macam kain pelikat orang dulu2. lepas di basuh harus di jahit dengan tangan, sayang nak jahit dengan mesin. *style orang dulu2, semua kain pelikat dan kain batik di jahit dengan tangan supaya sambungan kain nampak cantik*. akk memang berkenan. tapi masaalahnya macamana dia tu tahu corak dan warna pilihan akk/papa. ehem..ehem...papa!!!
kebetulanke??????????
huhuuhuuh. 


frame gambar ni pemberian kawan kami Mr.Goh. Semenjak Mrs.Goh meninggal, Mr.Goh kerap pergi melancong keluar negara. katanya..dulu takde peluang..sibuk besarkan anak2 dan bila anak dah kawen kurang sikit tanggungjawab. tambah pulak bila mrs. dah takde..bertambahlah sunyinya dia..
ehem..ehem..biasalah lelaki kan..cepat jer mencari pengantinya..huhu
 

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..