*

Saturday, 12 October 2013

pinjaman ASB akan hapus?

Assalaamualaikum..
15 tahun lepas , semasa berkira2 nak membeli aset, akk risau sangat, kut2 tak termampu nak bayar balik pinjaman bank. 
Alhamdhulillah..semuanya berjalan lancar dan semalam  selesai semua hutang dibank. Aset tersebut menjadi milik akk sepenuhnya. syukur alhamdhulillah..

Semasa berurusan dengan pihak bank, bank ada menawarkan pada akk skim pinjaman ASB. Katanya..kemungkinan skim pinjaman ASB akan di hapuskan pada tahun depan.kalau nak memohon skim pinjaman ASB bolehlah mohon sekarang, masih sempat lagi, ada masa sebulan  lagi untuk memohon dan menikmati dividen tahun 2013.
Kalaulah benar apa yang di katakan oleh pengurusan bank, adake skim lain yang kerajaan akan bagi untuk kaum bumiputra?
apa lagi keistimewaan yang kita ada? 
Terkilan juga masa muda dulu tak nak mohon banyak2. "Asik dok berjimba2 tak hingat duniaa "..hahaha
kalau tidak, dah tentu makcik dah jadi kayo...hoho

Kalau ada yang berminat tu..cepat2 lah mohon ye.. Kalau tak minat tu..elok bonarla duit tuu buat berjimba2..ahaks!
Lepas ni..moh ler kita kira sama rata sama rasa yer...
salam 1 malaysia!!

4 comments :

  1. Kalau betullah Kak Yon nampak gayanya tak ada keistimewaan lah org kita ni lagi... kalau ada mesti tak sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 tak jadi. menurut kata pengurus bank mereka yg bertanggung jawab sedang berbincang jadi ke tak nak hapuskan..

      Delete
  2. patutlah kakitangan bank promosi sakan loan ASB sekarang ni, da nak tutup rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya gitulah En. Nazry. sementara ada peluang tak teringin nak applyke?

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..