*

Wednesday, 2 October 2013

Mencari keberkatan

Assalaamualaikum..

Semakin kita menjadi insan bertakwa, semakin banyak keberkatan akan berlimpah dalam hidup..
 Firman Allah SWT: jika sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah kami akan limpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi ( al-A'raf:96 )

Sebaliknya, maksiat dan penentangan syariat Allah akan menafikan berkat.Semakin sering seseorang melakukan maksiat, semakin hilang keberkatan daripada hidupnya.
Juga, tidak ada keberkatan dalam hidup, selagi mana makanan kita bersumber daripada perkara haram dan subahat. Makanan seperti ini akan menghalang manusia untuk mengunakan waktunya dengan berkesan. Akibatnya, timbul fenomena malas beribadah, mengantuk ketika belajar ataupun lalai dalam bekerja.
Tidak ada keberkatan dalam hidup kita selama riba bercampur dalam rezeki kita..
Sebab Allah berjanji: Allah akan memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah.
 ( al-Baqarah:276 )


gambar dan artikel dalam utusan..

Imam Fakhruddin al-Razi berkata, " ketahuilah bahawa Allah memusnahkan riba akan berlaku didunia juga di akhirat. Adapun di dunia, akan terjadi dengan berbagai-bagai cara. antaranya, orang yang mengambil riba akan jatuh miskin pada akhir hayatnya atau hilang keberkatan dalam hartanya."
Tiada keberkatan dalam hidup selagi mana khianat, pecah amanah dan rasuah sering menjadi kebiasaan. Seikh Afdhaluddin berkata: " khianat menghapuskan berkat sebagaimana haram menghapuskan halal.Sesiapa berkhianat dalam satu dirham, iblis akan mengheretnya untuk berkhianat dalam 1000 dirham "

Semuga Allah mengembalikan keberkatan dalam hidup kita agar kita berjaya di dunia dan di akhirat. Amin ya rabbal 'alamin.
 

7 comments :

  1. Aminn.. moga hidup kita sama-sama diberkati :)

    ReplyDelete
  2. Di dalam hidup kita ni yang penting adalah BERKAT.
    kita kena Dktkan diri kpd Allah .meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu.muga kita taat pada suruhan Allah dan mohon mendapat keberkatan dalam hidup..

      Delete
  3. InsyaAllah kakrose, sama2 kita ingat mengingati...nnti zana whatsapp nak kain cotton eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye zana, akk pun mengingatkan diri akk sendiri..
      bnyk kain cotton akk beli masa gi vietnam ari tu. tapi habis dah jual offline. ada juga baki sikit..

      Delete
  4. walaupun x bercampur riba, hati ttp bimbang kalu2 ada unsur2 yg tidak halal yg dilakukan tanpa d sedari

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..