*

Thursday, 3 October 2013

Cerita seram

Assaalaammualaikum..

Baru2 ni akk ada iklankan churp2 di fb akk. Iklan berkaitan dengan tip atau petua mengelakkan ganguan semasa menginap dihotel..

Salah satu tip atau petuanya.. jangan menempah bilik hotel last minit, maksudnya jangan main terjah aje..kemungkinan waktu tu semua bilik penuh dan kita dapat bilik yang jarang di huni orang atau ada masaalah tertentu yang hanya  pengurusan hotel saja yang tahu..

Akk teringat kisah seram yang akk pernah lalui semasa menginap kat satu hotel di Johor Baharu suatu masa dulu..
Biasanya kalau kami ada urusan di JB..kami jarang sangat nak menginap disana. Kami akan balik hari aje. Entah macamana hari itu..en.papa kata dia rasa letih untuk memandu balik ke Shah Alam, jadi kami menempah bilik hotel..tak ingat dah nama hotel tu..
Semasa akk membuka pintu bilik * selalunya akk yg suka pegang kunci * akk ada rasa kelainan kat dalam bilik tu..rasa sunyi dan suram. Lampu pulak malap. Bilik yang akk duduk ni jenis apa ye nak panggil..lupa plak. Ala..jenis yg dlm bilik ada bilik tu..

Tapi akk buang rasa kelainan tu dengan bacaan ayat2 yg biasa kita baca..sembang kuat2 dengan en. papa. Kebetulan  waktu asar dah nak penghujung..en. papa mandi dulu dan terus solat kat ruang tamu. Akk kata..nak tunggu papa selesai solat dulu baru akk nak mandi dan solat. Akk rasa takut dan seram sikit dan  minta papa temankan akk mandi..
Sementara itu akk duduk dulu di tepi katil sambil memandang peti tv. Akk rasa seolah dlm  tv tu ada orang pandang akk. Akk ambil remute control dan on tv. Ada cerita tamil, akk tukar channel lain pun citer tamil, dalam hati akk kata..mungkin ada orang tamil yg duduk bilik ini sebelum akk. Akk tukar2 sampai dapat channel lain. Sementara tunggu papa selesai solat..akk bersiap2 untuk mandi. Akk macam terbayang dalam fikiran yang bilik ini ada satu keluarga yang pernah menginap di sini sebelum akk. emak, bapak dan seorang anak..

Akk terdengar en. Papa sudah memberi salam. Akk terus berteriak..." papaa..nanti datang sini ye..temankan..kita nak mandi !..tapi en.papa tak menyahut pun. Akk fikir tentu en. Papa  tengah berdoa. Akk terus masuk bilik mandi dan mencuci muka. Akk rasa semacam aje dan rasa takut nak memandang cermin seolah ada orang memerhati akk. Dalam takut2 tu akk kuatkan juga semangat sambil berdoa. Mungkin cuma mainan perasaan akk aje. Dalam hati akk kata..lambat sangat papa ni nak datang. Baru aje akk masuk dalam bath tab nak buka air shower sambil berdiri..akk perasan ada orang menjulurkan kepala di muka pintu tapi tak nampak badan seolah nak menyergah akk. Maksudnya..macam kita main chak2 dengan anaklah..
Akk terkejut..ingatkan papa nak main chak2 dgn akk dan akk nak marah dia kerana terkejutkan akk. Bila akk toleh takde pun papa kat situ. Akk menjerit sekuat hati.. dan merasa seram. Papa datang dan tanya kenapa menjerit. Sebenarnya dia baru selesai salam dan tak sempat nak berdoa pun.. katanya..

Akk cepat2 mandi, solat, bersiap2 dan terus keluar..

8 comments :

  1. hehehehehe....alin jugak penah rasakan masa tinggal di bandung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. serik rasanya nak sewa bilik hotel last minit..

      Delete
  2. Kalau Kak Yon nak tahu memang betul benda ini boleh terjadi. Kakak dulu kerja di Golf Resort memang ada satu bilik tu kita tak boleh sewakan sebab setiap malam ada suara meminta tolong dan menangis.. Ada satu hari tu ada tournament jadi ramai golfers yg nak sewa. Mulanya kawan kakak memang kata dah fully booked tapi tetap dia nak juga sebab tak nak sewa banyak hotel lain yg dekat dgn tempat kami. Jadi duduklah dia dgn anak lelaki dia. Malam itu dia langsung tak boleh tidur menyusahkan kawan kakak. Apa taknya dia baru terlelap tiba-tiba terjaga kena alih tidur di lorong tempat pejalan nak masuk bilik-bilik. Nasib baik anak dia sedar... dah cuba panggil org tolong tapi tak menjadi.. Buat kerja kawan kakak tu rerpaksa panggil staff maintenance bersihkan tilamlah bagi dia tidur store tempat simpan barang-barang selimut/bantal bagai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 seram cerita zakie..
      sebelum kita masuk bilik selalunya kita akan perasan kalo ada sesuatu benda yg tak kena. kekadang terfikir manalah tahu kut2 bilik tu ada org pernah bunuh diri ke..huhu

      Delete
  3. eee menakutkan jer.. setakat ni xpernah pula kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak2lah jangan terkena..
      akk fobia nak tidor kat hotel..

      Delete
  4. Replies
    1. apa yag lawaknya..bayangkan yg lain eh..hehe

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..