*

Sunday, 15 September 2013

catatan harian akak @ bandung

Salaam 'alaik..
Hari ini terajin pulak nak mencatitkan kejadian yang berlaku dalam kehidupan seharian akk..hehe
apa yang terlintas di kepala sekarang ni akk catit dulu. memula teringat masa akak pergi Bandung beberapa bulan dulu, aktiviti hari raya lepas, bercuti ke Vetnam minggu lepas dan aktiviti marhaban..
ooopppsss !!.. ada lagi beberapa kejadian lain..kalau terlebih rajin lagi akk akan catit lagi..

teringat masa ke bandung  bulan Jun lepas..
tak banyak gambar yang sempat akk tangkap, ada baby yang perlu di beri perhatian lebih sikit..
Kami berlima..akk, en.papa, Nazry n Oya..rasa teruja sangat nak bawak baby cicom si Aydeen ni naik kapal terbang. Biasalah kan bila ada baby..semuanya kita nak buat yang best2 buat dia..
pengalaman pertama Aideen naik flight..kebetulan pulak tu time tido dia.bila dia rasa tak selesa mulalah dia meragam..huhu. puas di dukong didodoi, di bawa berjalan2 ke depan kebelakang olih dadynya..tak mahu juga dia tidor n berhenti menangis. Cik2 peramugari AirAsia tu mengagah2 dia pun buat bolayan aje. Hampir dari separuh masa perjalanan dalam flight tu.. penumpang2 di hiburkan olih suara nyaring si Aydeen..hihhi
last2 tertidur juga dia selepas cik peramugari berikan dia tempat di kabin yang bertutup langsir di bahagian belakang..
baru nampak lega muka2 penumpang yang lain termasuklah kami. sebenarnya kami pun tak berani nak angkat muka..hehe

Kami tinggal di
Amaris Hotel Cihampelas Bandung dan menyewa sebuah van bersama pemandu nya sekali untuk membawa kami berjalan2..

biliknya agak selesa dan ada kemudahan wifi dan kolam renang untuk kanak2.Aydeen tak masuk pun. mana sempatnya.. mami nya dah tak saba2 nak menyopping..huih
harga bilik tak pasti ..sebab semuanya di tanggung bereh..hehe
*pinjam cik google punya..




 bila berjalan2 makanan yang paling utama hendak di utamakan. bukan senang nak cari makanan yang sesuai dengan selera kita..huh
walau nampak paras rupa dan budaya seakan sama..tapi selera berbeza. entak kenapa susah sangat nak terima masakan di sana. selama 3 hari disana cuma satu kedai saja yang kami boleh terima, itu pun masa dalam perjalan nak balik ke Airport..pemandu tu bawak kami makan di satu kedai masakan minang..dah lupa nama tempatnya..



 hari kedua di sana, walaupun bertimbun makanan, agak sukar mereka nak memilih yang betul2 sesuai dengan selera mereka..


 inilah pilihan kami..sotong masin, ayam kampung goreng, tempe goreng, sambal ikan n dlm daun tu lupa dah masakan apa..kali tak silap pais ke hape ker..
ulam2 pasti ada.last2 terbuka selera dgn ulam terong pipit n sambal belacan..

masa nie Aydeen belum boleh makan nasik lagi. Aydeen tengok saja kami makan yek.. 
" Wan geyamlaa tengok budak ni! tengok tangan tu berketui2 cam poppye dah " heheh..

 sebenarnya..inilah punca kami tersentap nak makan..huk
cer teka apa nie? dah boleh agak kan!
belut goreng!!! ada sesiapa pernah makan? akk belum sampai hati lagi nak makan!! erkkk!!
dalam daging sekor belut cukup mengandungi segala zat untuk keperluan badan tak mengira umur. antara kandungannya ialah omega-3 dan omega-6. yang lain2 tu google lah ye..:)

posing2 kat outlet..

sayangnya cucu atok!

tumpuan utama kedai kasutlaa..


kedai kain cotton..n banyak lagi outlets yang menawarkan barangan yang harga mampu milik n quality pun tidaklah mengecewakan sangat..hiyey..

"Pasar Pekan Baru" ini lah tempat sorga membeli belah di Bandung. masuk sini gelap mata kejap..tak tau nak beli apa. tarik nafas dalam2..hembus pelan2...pastu fokus. baru start menyopping. kalau tak fokus, semua nak di bawak balik, sedo2 kang dompet nya kosong pak!!!
akk amik gambo ni tujuannya untuk ingat pintu mana kami masuk, takut2 nanti bila tersasar fokus,dah tak nampak jalan pulang..hahaha


yang besnya..tak susah nak cari tempat solat. memang di sediakan tempat solat di setiap tingkat. cuma tak besnya ianya terbuka..sesiapa yang lalu lalang boleh lihat ibuk..



dalam perjalanan balik sempat juga singgah dikedai kek paling pemes.. Kartika Sari


makan malam hari kedua buat kami berdua..Nazry n Oya tapaukan KFC, sbb kami penat sangat malas nak keluar. menunya..nasi sekepal n 2 ketul ayam..hehe.
 akk terus teringat masa kecik dulu..bila mak akk bekalkan akk nasi kesekolah..dia bungkuskan dgn daun pisang, pastu ikat dgn tali pokok pisang. sampai sekolah bila akk bukak nasi tu jadi keras sekepal macam inilah rupanya..hihi


kalau dah terjumpa barangan english deco ni..makcik wajib ler membelinya..hehe
jumpa lagi di lain n3..



No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..