*

Thursday, 26 September 2013

belajar marhaban dan berzanji melalui CD

Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..
masa akk pergi ke Komplek PKNS Shah Alam, akk lalu tepi kedai menjual buku ugama di tingkat dua. sambil lalu akk terdengar alunan berzanji yang di mainkan melalui CD di kedai tersebut. aduh! terpana akk sekejap, merdunya alunan suara si penyampai dengan lagu yang mendayu
akk terus beli sekeping..

...dan sejak kebelakangan ini akk suka dengar alunan  marhaban dan berzanji dari CD ini. nak ikut bulat2 cara melagukannya belum pandai lagi. kalau sipi2 tu bolehlah..
banyak cara lagu berzanji ini boleh dilagukan. ada bacaan cara sikah, bayati, nahwand,rast dan raqbi. *bukan bola rakbi ye*..hehe
 selama ini akk hanya melagukannya cara sikah saja. pasni bolehlah pelan2 kayuh tukar lagu plak..


yang berminat nak belajar marhaban dan berzanji bolehlah cari CD ini..kalu tak silap harganya tak sampai pun 20 rm..

1 comment :

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..