*

Thursday, 22 August 2013

Makan di seoul garden

Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. 
Salam aidilfitri..
Jemu dah dengan menu hariraya..Anas n Nora bawa kami ke Setia Alam untuk bertukar selera..
Seoul Garden di Setia City Mall menjadi pilihan kami. Selepas menjamu selera dgn menu yg berlemak dan berminyak di hariyaya..kami tukar selere dgn masakan celup2 n rebus..
Boleh tahan juga harganya kalau nak bandingkan dengan di sini dan di sini..
yang specialnya cuma ada makanan yang boleh di rebus dan dipanggang/ bbq. Ada daging dan isi ayam yang di perap dengan kopi, seafood dan sama seperti restoran steamboat lain.


Untuk warga emas seperti kami diberi harga diskaun. Untungkan?
untung lagi kalau setiap minggu ada orang belanja makan. Seminggu seorang anak belanja..empat orang anak,  penuh jadual kami sebulan dgn aktiviti nakan2..hehe..









2 comments :

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..