*

Sunday, 25 August 2013

khasiat buah buahan..

Assalaam rakan bloggers yang di kasihi..
 salam aidilfitri
dah masuk minggu ketiga syawal..semangat berhari raya masih berkobar2..berterusanlah sampai masuk bulan dzul kaedah nanati. banyak jemputan rumah terbuka dan undangan majlis perkahwinan akan di hadiri tak kiralah jauh dan dekat. masa inilah peluang untuk berziarah saudara mara dan rakan taulan.
 masa bulan puasa ari tu dapatlah menurunkan sikit beratbadan..bila raya aje..berat badan pun naik mendadak berkilo..perut pun sebu semacam  jer..huhu.
jom..kita rehat dan sejukkan perut dengan makan banyak buah buahan segar.
buah buahan ini akk beli beberapa bulan lalu..gambar ini sebagai hiasan aje..



1. buah nangka
 Nangka adalah buah berdaging serat yang memiliki bau dan rasa yang khas. Buah ini umumnya dikonsumsi di beberapa negara Asia seperti Indonesia, Sri Lanka, dan Bangladesh. Daging buah nangka mempunyai zat tepung dan buah ini juga dikenal bermanfaat bagi kesehatan. Nangka merupakan sumber makanan yang kaya vitamin A, C, thiamin, kalium, kalsium, riboflavin, zat besi, niasin, dan seng. Buah ini juga mempunyai serat yang rendah kalori sehingga baik untuk pasien penyakit jantung.
* sumber dari merdeka .com


 2. buahlimau manis
Vitamin C terdapat pada pati buah, isi dan kulit. Sebanyak ¼ bahagian daripada kandungan keseluruhan vitamin C pada buah limau terdapat di dalam pati buahnya. Provitamin A (beta karoten) yang membentuk Vitamin A banyak terdapat di dalam kulit dan pati buah limau.

Vitamin C berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organic (zat besi dan makanan bukan dari sumber haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia.

Vitamin C juga memilih kemampuan sebagai antioksidan, yang dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat daripada aktiviti molekul radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas ini diketahui memberi impak yang buruk pada kesihatan seperti kanser, kardiovaskular dan katarak.

Hasil kajian terbaru menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi dari makanan, termasuk daripada buah limau dapat mencegah kenaikan kadar LDL di dalam darah. Kandungan LDL yang tinggi di dalam darah menjadi faktor utama berkembangnya penyakit jantung.

Beberapa kajian epideminologi telah pun menunjukkan hubungan antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular. Vitamin C di dalam buah-buahan termasuk buah limau, secara ilmiah telah terbukti mampu melindungi tubuh terhadap serangan kanser.

Hasil Kajian epidemiologi menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan (antaranya buah limau) dan sayuran yang tinggi, memiliki kesan perlindungan terhadap kanser yang lebih baik berbanding dengan pengambilan vitamin C dalam bentuk suplemen mahupun tablet.

Disebabkan lensa mata memainkan peranan penting pada pembentukan penyakit katarak, peranan antioksidan (termasuk vitamin C) menjadi penting. Hasil kajian juga telah membuktikan bahawa individu yang mempunyai kandungan vitamin C dan karotenoid yang tinggi di dalam darah mempunyai risiko yang rendah untuk terkena penyakit katarak.
Limau, sebagai sumber vitamin C juga memberikan kesan pencegahan dan penyembuhan terhadap penyakit seperti pereputan tulang (osteoporosis), batu karang , gangguan fungsi kognitif dan asma.

Selain sebagai sumber vitamin C, buah limau juga merupakan sumber asid folat yang berpotensi. Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folat setiap hari. Kadar pengambilan makanan dengan kandungan asid folat yang tinggi seperti buah limau segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar asid folat.

Peningkatan kadar asid folat akan menurunkan kadar homosistein, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar homosistein, risiko penyakit kardiovaskular juga berkurang.

Komposisi gizi di dalam buah limau manis ialah: tenaga 45 kkal, protein 0.9 g, lemak 0.2 g, karbohidrat 11.2 g, fosfor 23 mg, kalsium 33 mg, zat besi 0.4 mg, vitamin A 190 IU, vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 49 mg, serta air 87.2 g (per 100 gram buah limau).

Karbohidrat di dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula di dalam buah ini semakin bertambah apabila buahnya semakin tua, tetapi kandungan asamnya pula semakin berkurang. Buah yang mendapat sinar matahari secara terus akan mengandungi gula lebih banyak, termasuk vitamin C yang banyak juga.

Jadi, berbanding mengambil vitamin C dalam bentuk tablet, lebih baik amalkan memakan buah limau yang sememangnya kaya dengan kandungan vitamin C dan khasiat-khasiat lain yang baik untuk kesihatan tubuh badan. 
* sumber media kini

3. buah tomato
TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya? Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.
Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos.
Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.
Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.
Antara kelebihan dan kebaikan tomato ialah….

1. Baik Untuk Kencing Manis
Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.
2. Baik Untuk Mata
Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.
3. Baik Untuk Obesiti
Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.
4. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati
Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.
5. Baik Untuk Gangguan Pernafasan
Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.
6. Baik Untuk Ibu yang Menyusu
Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.
Tip Memilih TOMATO…
Untuk yang paling berkhasiat, pilihlah tomato yang paling merah ranum.
Untuk yang lebih sedap pula, rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung. Ini kerana yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula.
 * sumber my meraban portal

panjang sangat pulak n3 nie..nanti sambung di n3 seterusnya..sekamat menukmati buahan tempatan ye..:))

4 comments :

  1. Hai..dah berbulan dlm peti ais! Harus di makan cepat, sayang kalau dh rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buahnya dah lama jadi baja..gambarnya aje yg berbulan..hehe

      Delete
  2. nangka tu memang sedap
    dah lama juga tak makan nangka

    ReplyDelete
  3. rumah munna ni mmg wajib ada je stock buah dlm peti ais tu en abg dan anak2 mmg suka makan buah.... skrg ni musim buah tempatan hari2 kait buah rambutan belakang rumah ni...

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..