*

Monday, 19 August 2013

hai cucu cucuku

Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. 
semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..

Sesi terjah raya bersama anak anak dan cucu cucu pun bermula. kami beraya kerumah saudara mara terdekat dulu.. pastu baru rumah kawan terdekat pula. sebenarnya keseronokkan  berhari raya ni lebih untuk kanak kanak. kalau mereka tahu nak pergi beraya..tak sabar2 bersiap dan  terus nak pergi. mereka yang setkan nak pergi kemana dan nak naik kereta siapa. mereka pun pandai berpakat2 macam juga emak2 dan bapa2 mereka..:))
Suka melihat gelagat mereka yg ceria dan melucukan. Kekadang tunjuk juga perangai kenakalan seorang kanak kanak. apa pun kanak2 tetap comel walau pun buat perangai. kalau orang tua yang buat perangai..nahaslah nanti!..hihih
 Itulah hiburan sebenar dunia seorang nenek..kekadang marahkan juga cucu yg nakal, tapi sebenarnya rindukan mereka bila lama tak melihat keletah dan kenakalan mereka..hehe


 tengoklah apa yg mereka buat tu. Sampai saja di rumah seorang kawan akk..mereka pakat2 ambil stool didapur dan duduk keliling akuarium ikan. bukan ada apa pun dalam akuarium tu..cuma beberapa ekor ikan peliharaan..tapi gelagat dan cara mereka macamlah tak pernah nampak ikan..hehe

boleh lagi duduk lama2 bercerita pasal ikan. pendek kata topik perbualan mereka semuanya pasal ikan. hai cucu2 ku yang lucu.. apa apa lah cu..asalkan kamu semua happy,  pakat2 dan tak gaduh2 ye..

1 comment :

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..