*

Thursday, 15 August 2013

cerita sambut raya..

Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..

Agak lama akk tak update blog nie..dah nak bersawang dah.. hehe.
dari mula puasa.. sampai dah seminggu raya..akk seperti tak kecukupan masa. sesekali sibuk menjaga Bonda yang tak berapa sihat, kekadang kena menjaga cucunda..belum lagi urusan peribadi yang kena diutamakan..huhu

Ari nie akk nak berkongsi cerita hari raya keluarga akk yang tak berapa happy. Tahun ini anak2 akk dah berpakat mereka beraya di rumah mertua masing-masing. olih kerana akk tinggal berdua saja..kami buat keputusan nak menyambut malam raya di kampung akk. 

jadi pada hari selasa tengahari kami bertolak balik ke Muo. perjalanan lancar aje..tak jem langsung, lebih kurang 3 jam perjalan dah sampai. akk drive antara 100km ke 120km perhour..ikut law laa katakan..hihih. akk bagi en.papa rehat sbb dia kepenatan dan tak cukup tidur. sepanjang akhir ramadhan, en. papa tak pernah missed ke surau berqiamullail..

kebetulan bonda akk yang tak berapa sihat tinggal bersama kami untuk beberapa bulan lalu. jadi rumah di kampung tinggal kosong. biasalah kalau rumah di tinggal kosong, mesti penuh habuk satu rumah, belum lagi dengan lipas, tikus, lipan dan entah apape lagi. sepetang berkemas tetiba kepala paip pulak patah..dahlah banjir satu rumah.  bila paip siap di baiki tetiba air pulak takde..huhuh. nasib baik akk dah siap masak laukpauk dan nasi..kerana dari awal akk berimeginasi akan berlaku sesuatu yang menyebabkan akk akan tak sempat nak  memasak nanti..
rupanya imeginasi akk menjadi kenyataan..* kebetulan saja*

sementara menunggu masuk waktu berbuka..sempatlah akk kebazzar ramadhan di Tanjung Agas. seronoknya..kebazzar ramadhan di kampung sendiri.. membeli juadah masakkan orang negeri sendiri.. semuanya menyelerakan..nyumm..nyumm..nyummy!
sehingga jam 10 air tak keluar lagi..menitik2, tadah sebesen pun tak penuh2..camne nak mandi !
akhirnya keluar juga air..selepas mata  dah tak larat nak bukak. nak tak nak, berkemas juga lah kami hingga larut malam. punyalah penat Tuhan saja yang tahu..huhu..





No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..