*

Thursday, 22 August 2013

cerita raya

salam aidilfitri..

Budaya berkunjung ke rumah saudara mara pada musin perayaan sangat menyeronokkan. kunjungan mereka sentiasa dinanti dan di alu aukan.lebih2 lagi anak2 yang mengharapkan akan dapat sampul duit raya..hehe
sejak bila budaya memberi sampul duit raya bertapak dalam masyarakat Melayu tidaklah pasti. seingat akk, sejak anak akk kecik2 sekitar pertengahan tahun 70an dah mula tersibar budaya ini. dalam masyarakat kaum cina budaya ini jadi milik mereka. tak taulah kalau masyarakat melayu pun terikut2 dgn budaya mereka. apa salahnya kan kalau perkara yang baik menjadi ikutan..
cumanya.. kenalah terangkan pada anak2..supaya tujuan kita beraya kerumah saudara mara bukannya untuk memgumpul duit raya..tapi lebih kepada menziarahi mereka, bertanya khabar dan merapatkan hubungan sillaturrohim..




bila dah berjumpa.. bermain, bergurau senda.. pastu gaduh, menangis..dah jadi perkara biasa. sekejap jer dah bebaik balik..macamtulah mereka. dulu2 akk risau dan runsing juga kalau budak2 kecik bergaduh. tapi larr ni tak heran dah..cara tulah nanti mereka memahami perangai memasing yg boleh merapatkan hubungan mereka nanti.. hehe


 





cucu cucu akk nie..maklong linda dia nak bagi duit raya pun malu2 nak ambik. main tab lagi penting pada dearang..










3 comments :

  1. Zaman kakak kecik dulu org bagi duit raya juga Kak Yon tapi syiling aje tanpa sampul duit pun - memang tak sedar sejak bila dah terikut org bangsa asing ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman akk kecik pulak tak merasa duit raya..orng bagi mercun adalah.mercun papan yg merah tu..kalau beli sekeping 10-20 sen kut..huh

      Delete
  2. Dulu-dulu masa kecik, aruah ba (abah) selalu pesan jangan tadah tangan minta duit raya bila pergi beraya. Nak raya ke nak minta sedekah ? Sinis penuh bermakna nasihat itu.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..