*

Friday, 16 August 2013

cerita raya

Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..
 Alhamdhulillah semua persiapan raya di kampung akk berjalan lancar. sambutan ala kadar saja. masak nasi impit, rendang ayam, kuah kacang, masak lodeh dan daging goreng satey. kuih2 semuanya tunjuk2 aje. ada juga ihsan dari anak2..huhu
kebetulan anak akk yg sulong tak ikut plan adik2nya. dia dan keluarganya yg akan beraya bersama akk di kampung. nasib baik ada dia..meriahlah sikit rumah nie dengan suara cucu2 akk yang lantang dan bolehlah tolong ringankan kerja2 dapor..hehe

seperti biasa..selepas solat sunat aidullfitri * solat di masjid rawang * kami sekeluarga bermaafan. akk rasa tak macam sambut hari raya jer..mungkin sbb anak2 tak berkumpul semuanya...huhu
acara di nanti cucu2 akk..nak dapat duitraya upah puasa yang  atok mereka janjikan.janjinya kalau puasa sehari atok akan bagi singgit. duit raya dalam sampul lain pula nilainya. atok mereka saja bagi semangat supaya cucu2 boleh berpuasa penuh sebulan..


Cik Pia, puasanya penuh sebulan..dapatlah 30 hinggit. duit raya sampul lain pulak nilainya..hehe
 Cik Aye, puasanya 7 hari jer?i ish..ish..ish..
tahun depan mesti puasa penuh ye!

mesti sedap2 kuih kat rumah Tok Chik tu..sampai berebut2 nak makan..hihi

akk beraya di kampung sampai raya kedua jer..sempatlah beraya dengan sedara2 yang datang kerumah bonda akk. pastu merempit balik Shah Alam sbb anak akk yg lain dah tunggu akk balik nak beraya bersama..

6 comments :

  1. seronok cucu2 dapat duit raya dari atuk..
    acik dulu pun pernah jugak buat janji dengan anak..tapi yang bongsu je..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman anak2 akk tak merasa nk dpt duit raya banyak.dpt singgit pun dah cukup bnyk..

      Delete
  2. senyum lebo yg dpt puasa penuh tu ye...yg x penuh tu x pe thn dpn cuba lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2camtulah. kakak dia 6 tahun dah puasa penuh.yelah lain anak lain keupayaannya..

      Delete
  3. Untunglah yg puasa penuh dapat habuan lebih ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebagai galakan pada adik2 yg lain2 supaya penuh..:)

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..