*

Monday, 1 July 2013

ladies morning coffee

Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..
salam pagi isnin..rasa  lemau pagi ni, setelah beberapa minggu direct berhempas pulas menguruskan urusan peribadi..baru hari ni bernafas lega dalam kesesakan bernafas dalam jerebu kenangan...huhhuu

"ladies morning coffee" di rumah jiran akk.
kenangan berlaku beberapa minggu lalu, *lupa tarikh sebenar* lama kami merancang..baru kali ini dapat di laksanakan..
Cikgu Naz, Puan Tina *tuan rumah*,datin Ani,Datin Rose, Puan Ana dan Puan Nor ialah jiran setaman akk..
peramah, baik hati, berbudi bahasa dan pemurah orangnya..
 




 walaupun mereka semuanya sibuk dengan kerjaya memasing, tapi mereka tetap meluangkan masa bersama demi hubungan silaturrohim kami sesama jiran setaman..

hidangan hasil airtangan Puan Tina memang sangat sedap. teringat2 moi yg memang menjadi kegemaran akk..

 sambil makan2..biasalah bila ibu2 dah berjumpa..hal keluarga jadi topik utama perbualan yang di bincangkan..termasuk juga soal keselamatan setempat. 



akk tertarik dengan satu barang hiasan dirumah Tina. menurut kata Tina..mengikut sejarahnya botol kaca ini di hasilkan,tujuannya untuk di gunakan olih  isteri yang di tinggalkan suami semasa pergi merantau atau berperang untuk menyimpan airmata sepanjang tempoh kepergian suami. bila suaminya pulang di tunjukanlah berapa banyak sudah air matanaya yang keluar semasa di tinggalkan. setiap kali menangis menahan rindu atau kesusahan yang di hadapi ditadahnyalah airmatanya kedalam botol kaca tersebut..huhuh.
macam2 cara nak buktikan betapa cinta dan setianya siisteri kepada suaminya.si suami pulak macamana nak buktikan kesetiaannya..hehe

2 comments :

  1. amboiiii best nyer....unik la botol tu...simpan air mata? baik sy simpan air mata air hehehe

    ReplyDelete
  2. simpan air mata? 1st time dengar..hehe,

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..