*

Wednesday, 1 May 2013

serangan serangga perosak

Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..

entah kenapa dan di mana silapnya rumah akk tetiba di serang serangga perosak. Anai2, semut dan lipas bermaharaja lela di rumah akk. lagak gayanya seolah rumah akk ni seperti tidak berpenghuni..huhu
masaalah anai2  akk dah panggil pemaju perumahan untuk selesaikan masalah ini kerana rumah yang kami diami ini masih dalam tanggungan pemaju jikalau ada apa2 kerosakan termasuk serangan anai2. Serangan anai2 ni bermula dari jiran sebelah rumah akk yang menyimpan suratkhabar dan buku2 lama didalam store. kebetulan dalam store akk pulak ada rak kayu untuk menyimpan alat tukang menukang en. papa. seronok sangatlah si anai2 meredah sempadan mencari port yang lebih selesa..

tak tau berapa lama dia menebuk dinding bertiles ini. kuat sangatkah giginya itu..huhu

*****
semut pula menyerang pokok2 rose di halaman. biasanya akk tabur sahaja ubat semut yg dalam packet kecil rm1 tu. tapi kali ini nampaknya tak berkesan. semut yang datang semua jenis yang besar sebesar kerengga. baru beberapa hari sahaja akk biarkan dia dah bersarang dalam pasu, bertelor dan beranak pinak. kemungkinan juga kedatangan mahklok perosak ini di sebabkan pengunaan baja pokok rose yang akk gunakan.

mintak2lah dia hilang dari halaman akk selepas akk sembur dengan serai wangi ni.selalu akk guna jenama redsect..takpun fumakilla. kali ni akk guna jenama serai wangi pulak. bahan semburannya yg mesra alam dan lebih selamat untuk kita..

*****
lipas pulak ada di mana2..
kebetulan pulak semasa blogwalking tadi..terterjah blog Zamzarina
ada info di sini untuk di kongsi..

Ketahui Bahaya Membunuh Lipas

Bila anda melihat lipas di rumah, jangan memukulnya sampai mati dengan tangan kosong kerana isi perut lipas sangat bahaya. 

Dalam perut lipas terdapat cacing halus/lembut yang akan hidup walaupun diluar tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut), ia akan bergerak untuk mencari tempat baru. 

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut dan hanya akan kelihatan pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm. 

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin. Kita akan melihat cacing lipas akan bergerak-gerak. 

Sangat berbahaya apabila cacing ini menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana cacing ini mampu masuk melalui liang roma kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar. 



6 comments :

  1. Salam KakYon, umah nisah dulu banyak anai-anai.
    geram, bukan ape, dorang makan kayu kat dalam. lama lama reput..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dia dh mula bertapak..susah nak hapuskan.kena buat semburan setiap bulan..sampai dia betul2 hapus..

      Delete
  2. assalam kakyon..kalau musim hujan lagi la serangga perosak ni bermaharalela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrng kan selalu hujan. chance dialah nk bermaharaja..

      Delete
  3. salam kakyon...takut pulak baca pasal info lipas tu...sebab selalu ketuk sampai mati...pastu terus sapu dan buang je huhu

    ReplyDelete
  4. assalam akak..rumah mama pun pernah diserang olih anai..hu2..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..