*

Tuesday, 2 April 2013

merenung sejenak..

Assalaam..
 rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..

entah kenapa tetiba akk rasa sedih mengenangkan perkara2 yang tidak sepatutnya akk fikirkan sangat. sebagai maknusia biasa akk pun ada perasaan geram dan sedih dengan apa yang berlaku ..
yang sudah tu sudahlah. tak bolehke salah seorang beralah..
kitakan bagai adik beradik..sebangsa..seagama..
kata pepatah cubit peha kanan ..peha kiri sakit juga..
seperti meludah kelangit..
tepuk air di dulang..
bila gajah dengan gajah bertempur..
jadilah padang jarak padang tekukur..
yang menang jadi arang..
yang kalah jadi abu..
 
rasanya malu kat bangsa lain..huhu
rasanya semua dah jadi bijak pandai..
rasanya..tentu semuanya akan bijak menilai..
cubalah buka hati dan beri sedikit ruang untuk bertenang dan berfikir dengan dada yang lapang..
dengan sedikit kekurangan yang di terima..
menafikan kebaikan yang telah banyak dirasa..

akk pun tak perasan sejak bila pulak lirik lagu ini berubah..
 
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara


Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


akk lebih sukakan lirik lama..lebih menusuk ke jiwa dan berkobar semangat..

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta Benda
Akibat sengkita sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lama-nya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang

Kini kita hanya tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara (3X)



4 comments :

  1. kesenangan dan keselesaan menjadikan kita mudah lupa. generasi muda skrg dah la tak minat sejarah apa lg la nak ada semangat patriotik.

    ReplyDelete
  2. kesenangan dan keselesaan menjadikan kita mudah lupa. generasi muda skrg dah la tak minat sejarah apa lg la nak ada semangat patriotik.

    ReplyDelete
  3. kalau kita x harga, siapa lg yg boleh kita harapkan?

    ReplyDelete
  4. ehem..bila kita yg sebangsa & seagama bersengketa..siapalah yg untung?..hu2x..kita semakin hilang pertimbangan.. :(

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..