*

Sunday, 28 April 2013

blog decor di harian metro

Assalaam rakan bloggers yang di kasihi..
 semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..
lamanya tak mengemas kini catitan di blog ini. seakan hampir terlupa akan kewujudan blog ini.
baru2 ini akk dapat panggilan talipon dari harian metro..mengatakan mereka berminat hendak menemu ramah akk berkaitan dengan blog jualan barangan dekor yang akk usahakan.


akk pun sebenarnya malu dengan blog yang dah berapa lama tidak berupdate dan aktiviti jualan pun sudah terhenti. cuma sekali sekala sahaja ada permintaan dari pelanggan yang dah biasa berurusan dgn akk. 
memandangkan trend sekarang ramai peniaga beralih ke Fb yg lebih cepat dan pantas mendapat respond dan memerlukan kita sentiasa lekat dengan gaget di tangan, akk membuat keputusan menghentikan aktiviti jualan secara online di blog. tidak mampu untuk akk sentiasa bermain dengan gajet di tangan. banyak lagi urusan lain yang memerlukan akk dari sentiasa beronline..huhu
telah akk terangkan semuanya kepada penemuramah..tapi dia hendak datang juga menemu ramah akk. apakah mampu untuk akk menolaknya? oh tidak! peluang hanya datang sekali saja. jadi akk layankan sajalah..
tidak pulak di beritahu bila akan diterbitkannya. akk pula  tidak bertanya..rasa segan pun ada..takut pula di kata..macam ye ye aje..hehe
tarikh temuramah pada 17 april lepas. tak sempat pulak akk nak merakam gambar bila dah gabrah dan tak tentu arah..hahaha
kalau ada tersiar nanti..alhamdhulillah..

14 comments :

  1. salam kakyon@ros
    Lawatan tirana aduka di pg ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih lawatan ini..

      Delete
  2. Tahniah akak.
    hebat-hebat. selamat maju jaya yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih.
      belum keluar lagi..malu pulak rasanya..

      Delete
  3. Alhamdulillah Kak Yon.
    suami nisah hari2 beli harian deko.
    Nisah tak rajin menengoknya.
    tetapi mulai arini Nisah aware ye.
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tau tetiba muncul muka akk kat page itu..huhu

      Delete
  4. wahh2, jarang2 peluang dtg tuk ditemuramah tuu... hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mulanya rasa terkejut juga Chipsmore.apalah sangat blog akk tu..hihi

      Delete
  5. mereka sedang pilih masa sesuai tu
    tahniah dan moga2 terus bersemangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya betulla tu..
      tengah musim demam ni tehr..semangat berblog menyusut

      Delete
  6. tahniah akak..nanti mama beli HM tu ya..

    ReplyDelete
  7. Tanniah. Rezeki jangan ditolak. Salah satu peluang penjenamaan untuk peluang yang tidak disangka.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..