*

Wednesday, 27 March 2013

WhatsApp

Assalaam.. 
rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan 
Allah swt..
Lama tak bercerita..sampai dah takde idea nak cerita pasal apa. akk mulakan cerita dengan benda2 yang baru berlaku dalam dairi  akk. sementara masih ingat ni.

pagi semalam dan pagi sebelumnya memang rasa seronok sangat dapat berkumpul bersama jiran2 bersarapan pagi di restoran yang berdekatan dengan kawasan kejiranan kami. hubungan kami sesama jiran sangat rapat dan kami selalu berhubung. tambahan pula dengan adanya kemudahan percuma seperti " WhatsApp " memudahkan lagi kami berhubung antara satu sama yang lain. kami cepat dapat tahu apa2 info berkaitan dengan kejiranan kami..seperti keselamatan anak2..kecurian..ancaman binatang seperti ular dan anjing liar. pendekkata kalau ada berlaku apa2 kelainan di persekitaran kejiranan kami..segala maklumat tersebar dengan cepat dan boleh diambil tindakan dengan segera.

contoh baru2 ini..akk nak keluar makan malam..masa tu pulak hujan renyai akk ternampak ular  meliang liuk melintas jalan menuju ke sebuah rumah corner lot yang masih kosong. ular tu agak besar dan panjang. akk terus hantar mesej " WhatsApp " kepada seorang jiran. sepantas kilat berita tu tersebar dan mereka berpakat2 menghubungi jiran2 yang masih belum berpindah supaya membersihkan kawasan masing2.
 bila semua kawasan  sudah bersih..* kesianlah pulak ular tu dah tadak tempat nak tinggal*. merayaulah dia beberapa kali kesana kesini..hinggalah pihak bomba perlu di panggil untuk menangkapnya.

nampak gayanya bertambah sibuklah akk dengan aktiviti melayan " WhatsApp "lah pulak. bukannya  satu group saja nak kena layan.. banyak maa!!.
tidak mengapa lah.. benda percumakan..kita layan ajer lah!!









12 comments :

  1. Salam Kak YOn,
    nisah pun baru menceburi bidang whatsapp ni.
    leka jugaklah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang melekakan.batery pun cpt habis..huhu

      Delete
  2. amboi cik rose...sara pun x de whatsapp ni..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada sara. senang nak wassupnmak n cikrose..free aje..hehe

      Delete
  3. ehem geli & takut dgn ular..untung punya jiran2 yg baik & sporting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok kay tv pun dah geli.alhamdhulillah jiran baik2. jiran kan umpama adik beradik..

      Delete
  4. Whatapp ada kebaikan dan kelemahan...tapi zaman tech nie mmg suma org akan guna kan .....kadang2 dekat opis nak meeting pun guna whatapp hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..apa2 pun kena bujak mengunakan. wah! kalau dah meeting guna whatsapp..bertambah senang kerja..

      Delete
  5. Betul lah tu. senang nak sebarkan berita apa apa. Lgpun kan free..

    ReplyDelete
    Replies
    1. free tu gunakan semaksimum mungkin..hahah

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..