*

Friday, 29 March 2013

majlis Aydin Naufal Ryiz part 2

Assalaam..
rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah SWT..
majlis cukur rambut Aydin Naufal Ryiz di raikan dengan  bacaan yassin,tahlil dan doa selamat, berzanji, marhaban dan berendoi. mereka semua itu ahli kumpulan akklah. membuka majlis dengan bacaan yassin, tahlil dan doa selamat..di ikuti dengan bacaan berzanzi, marhaban/potong jambul dan berendoi. acara majlis  bermula dari jam 10 pagi sampailah jam 4 petang. alhamdhulillah.. semua yang akk jemput kebanyakkannya hadir. terimakasih semua yang sudi hadir dan sayang semuanya..



sedang membaca yassin tahlil dan doa selamat..
  
marhaban.. dan potong jambul..


 
  Aydin redha ajer rambutnya di potong olih nenek nenek..


pastu naik buaian..berendoi. akk suka sangat lagu berendoi ni.bait2 senikata lagu ini penuh dengan makna yang tersirat. sesuai sangat di dengar olih ibu2 muda buat pedoman dalam kehidupan.
entry akan datang akk sharekan senikatanya ye..
 
candy buffet jadi tumpuan kanak2.. coklat fauntain pun sama..tapi lupa nak tangkap gambar.

sebahagian dari hidangan..laksa johor yang mengancam selera.bila teringat jam2 tu rasa nak makan..hehe

kueh muih..nasi impit.. rendang dan kuah kacang..




inilah sebahagian dari lauk pauknya..


2 ekor kambing panggang sebagai pelengkapnya.

okey jumpa lagi nanti..

 



1 comment :

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..