*

Friday, 1 March 2013

berangan

Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..

pernah tak masa kecik2 dulu berangan nakkan sesuatu yang di luar jangkaan kita?
akk teringat zaman akk sekolah rendah dulu.. akk ada seorang  kawan baik. kami selalu  bersama tak kira masa..kemana..aktiviti apa..semuanya kami buat bersama..

biasanya kami kesekolah sebelah pagi  berjalan kaki..jauhnya kira2 2 batu. amat jarang kami naik bas * dulu naik bas teng teng..bukan bas sekolah * maklum kami tak mampu nak naik bas kerana duit belanja cukup2 untuk makan waktu rehat dan tambang balik nanti.* kira bernasib baik kalau dapat duit belanja. kalau tak. menapaklah pagi dan petang dengan perut kosong * huhu



sepanjang perjalanan kesekolah banyak benda yang kami borakkan. suatu hari kami berdua mengeloh.. dah terasa bosan nak kesekolah kerana penat berjalan kaki sejauh 4 batu pergi dan balik. kekadang bernasib baik juga ada landrover polis atau askar yang berhenti tumpangkan kami.

mengisi  kebosanan sambil berjalan kami banyak bermain dan berangan * tak pasti berapa lama masa yang kami ambil untuk sampai kesekolah. orang dulu2 mana ada jam kat rumah.kami cuma agak2 aje berpandukan pada kedudukan matahari *
 macam2 angan2 yang kami pasang bila dewasa nanti. tetiba tercetus idea angan2
 " kalaulah aku kaya "..hahaha
akk tak ingat lagi dah apa angan2 kawan akk tu. yang akk ingat apa angan2 akak. nak tahu apa dia?
akk berangan..kalau boleh, bila "akk kaya", akk nak bina satu bangunan..masa tu dalam bayangan akk macam satu jambatan bergerak sepanjang jalan dari rumah akk sampai kesekolah..hahaha
masa tu dalam pada fikiran akk..senang akk nak kesekolah. tidaklah perlu lagi akk berhujan panas dan berjalan jauh..huhu
tak sangka pulak apa yang akk bayangkan dulu..kini tersergam di depan mata akk. itulah dia komuter dan LRT. bila kenang2 balik apa yang akk angan2kan dulu terasa geli hatilah pulak..heheh



14 comments :

  1. suka berangan masa kanak-kanak dahulu.
    tapi tak banyak yang kita capai.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di kenangkan balik..rasa kelakar angan2 masa kecik dulu..

      Delete
  2. ehem..mama pun suka berangan..sampai skrg.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yekan mama..nak masak pun berangan dulu..:)

      Delete
  3. angan2 boleh menjadi hiburan hati
    asal saja tak berlebih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dpt yg realiti..dpt berangan jadilah..hehe

      Delete
  4. hehe...saya pun bnyk angan2 time budak2 dulu. rasa lucu bila ingat balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kekadang angan2 pun boleh jd kenyataan Murni..

      Delete
  5. hehehehe
    tak ada yang mustahil kan sis :)

    ReplyDelete
  6. hahahaa...biasalah, zaman sekolah memang mcm tu, mcm cita2 juga macam2 nak jadi hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY..macam2 angan2 kitakan..last2 jadilah kita ini begini..

      Delete
  7. pernah berangan macam2 sb masa kecik2 hidup susah so susah nak dapat sesuatu..alhamdulillah anak2 skrg rezeki murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua angan2 kita mestilah yg baik2 sajakan.sebb kita susah.tak taulah anak sekarang apa yg diaorng angankan..semuanya tersedia depan mata..

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..