*

Thursday, 7 March 2013

akak dan salam takziah..

Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..
  
diam tak diam dah masuk hari ke7 bulan mac. cepat sangat masa berlalu..dan akk rasa semankin sibuk pulak. ingatkan dah berusia ni bolehlah akk berehat duduk di rumah saja..rupanya makin banyak kerja yang harus di buat..syukur alhamdhulillah. tidak ku mampu menolak  rezeki dan nikmat yang Allah berikan..
dalam sebulan dua ni akk dan en.papa kerap sangat keluar kawasan. ke Penang, keJohor, dan ke Melaka berulang2 kali. kekadang kesihan juga dengan en.papa yang seharian memandu jauh. akk hanya jadi peneman..bukan akk tak boleh memandu..tapi en.papa kata..selagi dia larat..dia boleh lakukannya sendiri..huhu

*******
salam takziah buat ahli keluarga pasukan keselamatan yang terkorban di Lahad Datu Sabah.
berita paling hangat masa kini berkenaan dengan serangan pemberontak di Lahad Datu Sabah. tak tergambar di fikiran akk betapa sedihnya ahli keluarga pasukan keselamatan yang terkorban demi untuk mempertahankan tanah air dari diceroboh. lebih menyedihkan lagi bila mana keadaan cara mereka di bunuh...
astaghfirullahhala'zimm...
kerana KUASA..
manusia sanggup berbuat apa cara..sekalipun membunuh sesama bangsa dan agama.
 semuga Allah mencucuri rahmat keatas pasukan keselamatan yang terkorban demi memastikan keselamatan negara yang berdaulat ini.. Aminn..





6 comments :

  1. Assalam kakyon sedih kan risau pun ada jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut jugakan kalau melarat ke semenanjung. kita sama2 berdoa semuga keamanan terpelihara.amin.

      Delete
  2. Takziah dan Al-Fatihah. Mereka adalah wira yang berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air kita. Doakan semoga Sabah kembali aman Kak yon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..amin.. ya Robbal 'Alamin..

      Delete
  3. assalam..amboi2 selalu out station ek?..berdua ahaha..romantika d`amor gitu..
    Al-Fatihah buat anggota keselamatan yg terkorban.. :(
    akak tak blh tunjuk pic.tu,masa tu kena pakai skirt & tak bertudung..hu2x..

    ReplyDelete
  4. wslm mama..bile tengah kerja..no romantika d'amor..heheh
    amin..ya robbal 'alamin..
    Ooo ye ke mama. akk bayangkan mesti mama cun masa tu :)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..