*

Wednesday, 6 February 2013

Semalam ku bermimpi..

Assalaamu alaikum semua..
Semalam akk tidur awal. Letih sangat dan rasa badan tak berapa sihat..
Sampai ponteng pergi mengajilah..huhu
Lately ni memang akk kerap ponteng..baik mengaji maupun apa2 aktiviti lain. Lepas solat maghrib mata dah nak tertutup. Kerap jugak tertidur sampai tengah malam baru terjaga.huhu
Tengah malam baru nak solat isyak..huuuu. Dan banyak lagi solat yg boleh di lakukan...:-)
Semalam  akk tertidur awal, bila terjaga jam 2.40 am. Lepas solat baru akk teringat yang akk bermimpi masa akk tidur.
Dalam mimpi akk..seseorang telah memulangkan kain batik dan baju akk yang telah di ambil/ pinjamnya. Dalam mimpi akk tu..akk kata " patutlah dah lama aku tak pakai/nampak kain ni..rupanya engkau yang ambik!
Bila teringat mimpi tu..akk teringat pesan emak akk. Kalau bermimpi pakaian kita di ambil/pinjam atau yang seangkatan dengannya...mermaksud ada orang berminat  dengan suami kita..haha..rasa kelakar laks!
Tapi? nauzubillah...ya Allah mohon jauhkanlah..
Masaalahnya..dalam mimpi akk tu..orang yang ambil kain akk tu ialah orang yang akk kenal bertahun lamanya dan sangat rapat..macam tak logiks!
Apa pun kemungkinan boleh berlaku. Kata orang..mimpi mainan tidur dan tak boleh percaya sangat. Tapi tak salah kan kalau kita lebih berhati2..
Semoga Allah memelihara perhubungan kami suami isteri dan perhubungan saudara sesama islam dan jauhkanlah kami dari hasutan manusia dan syaiton yang di rejam..Amin.

16 comments :

  1. Mainan tidur je tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapan hanya mainan tidur saja kakchik..:)

      Delete
  2. Mimpi... walaupun sekadar mainan tidur, tapi ada mimpi yang punya tafsiran tersendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah mentafsir mimpi seumpama menelek nasib? Takut juga jadi syirik nanti..

      Delete
  3. Oh ye ke tak pernah tau... mungin penat sangat kot

    ReplyDelete
  4. Mungkin juga hainom :)

    ReplyDelete
  5. pulak?

    takutnye mimpi mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..
      takde apepe..cuma kata org tua2..

      Delete
  6. Salam..mimpikan kadang indah..kadang tu ngeri,...support saya blogger baru..follow me back
    http://nazsue1983.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. betul tu kak yon... walaupun mainan tidur... eloklah kita berhati2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah kan muna kita berhati2 sebelum terkena bukan nak percaya sangat..

      Delete
  8. mimpi memang mainan tidur..bila bermimpi yg buruk2 hati tetap juga tertanya2..he2..

    ReplyDelete
  9. memang mengangu fikiran.tak senang hati di buatnya..huhu

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..