*

Thursday, 24 January 2013

sagon kelapa

Assalaam rakan blogger yang di kasihi.. 
semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..

selamat menyambut Maulidurrosul..
sama samalah kita selawat dan salam ke atas Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W..  

******

lepas makan kat satu restoran akk nampak ada sagon kelapa kat atas meja casher. rasa teringin pulak nak makan. kalau dulu2 time raya  memang emak akk buat banyak sampai puas makan. lar ni takde siapa nak buat..
akk pun tak berapa reti nak buat. lagi pun kalau buat bukan ada siapa nak makan. akk pun tak pasti cucu-cucu akk makan ke tidak? yang pasti anak akk pun tak berapa suka..sebab emak dia tak pernah buat dan tak pernak ajar dia makan..heheh

akk yang dah biasa makan..bila dah lama tak makan rasa teringin..


sebungkus sagon kelapa harganya RM1.20...agak2 mahal tak?
kalau nak bandingkan harga kelapa dulu2 RM0.20 jer sebijik. sekarang berapa dah..*akk pun tak tahu sekarang harganya berapa sebijik. last yang akk tahu..masa tu masih beli kelapa parut harganya RM1.20 sebijik. sekarang pakai santan kotak aje..kalau nak masak rendang beli santan siap timbang pakai kilo..senang aje kan!!

kalau dulu2 dibungkus dalam kertas suratkhabar yang di bentukkan kon. selepas zaman itu.. dibungkus pulak dalam kertas berwarna warni yang di hias dengan ropol2 diatasnya. lar ni masukkan aje dalam plastik aiskrim malaysia..pastu lebelkan..
jom makan!!

6 comments :

  1. hujung tahun lepas, g kenduri, dapat le sagon malangnya anak2 tak suka, terpaksa dibuang gitu aje, sayangkan..

    ReplyDelete
  2. umi alya..
    tuan rumah tu bagilah benda yg bebudak suka mknkan. takla menbazir makanan tu..sayang..;)

    ReplyDelete
  3. Saya pernah makan ni. Jajan waktu kecik2. Lame dh tak jumpa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu dapat jajan camni pun dah suka sangat..hehe

      Delete
  4. ha ha....makanan dolu2 yg tak lapuk dek zaman. Sis tgk ada gak dijual kat kantin sesetengah sekolah. Banding dgn nugget rasanya lebih baik sagon. Sedara sis ada wat biz sagon ni besar2an..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiranya ini jajan sepanjang zamanlah ye..haha
      betul tu..nugget tu di buat dari lemak ayam. itu sbb anak sekolah ramai yg obes.
      harap sedara sis sukses dlm bisnes sagon.

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..