*

Sunday, 20 January 2013

Matching..

Assalaam..
Hahaha..akk gelak dulu..
Tak sangka pulak en. Papa dah pandai komplen pasal akk...
Kisahnya..kami hendak pergi jalan bercuti. Selalunya akk yg berkemas segala keperluan yg hendak dibawa. Kali ini akk minta en.papa sediakan keperluannya sendiri kerana akk tak sempat. Bila en. papa kemas pakaian yg nak di bawa dia siap tanya.. " mama! matching tak baju ni dengan baju awak?
* Apa? Tak kisahlah papa.. baju apa pun..asal cukup untuk bekalan 2 hari!
" nanti tak matching pulak..awak juga yang komplen..abah tak kisah!
* apa apa ajelah papa janji cukup semuanya..


Bila nak balik akk pakai aje baju yg akk bawa. Tak perasan yg akk bawa tu baju kaler lain..tudung kaler lain. Masa packing tak tengok nak matcning2 pun..main ambik aje. Kalau sebelum ni akk memang cerewet bab bab mematchingkan pakaian akk dgn papa..kali ini dah tak kisah..main pakai aje..hehe

Masa bersiap2 nak balik, akk tengok papa pakai baju yg sesuai dan senang di mata akk. Akk pakai aje baju yg akk bawak.tetiba papa kata.." kenapa awak pakai baju tak matching dengan tudung tu?
Hahaha..tergelak akk..
Wahhhhhhhh! Papa dah pandai komplen akk ekk!

Moral of the story..
- bila kita dah selalu amalkan sesuatu perkara akan jadi sebati dalam diri
- bila selalu berpesan2..akan lekat di fikiran
- bila usia meningkat..apa yang selalu kita buat dah tak jadi minat.
- lelaki ni..semangkin dia berusia hati semangkin muda. Sukakan yang selesa dan cantik..huhu. Itu sebab..orang tua2 kata..kalaumencari jodoh..biarlah usia calon siisteri lebih muda dari calon suami. Jarak usia yg terbaik antara 5 - 10 tahun..
- perempuan pulak..bila dah berusia jadi malas semua. Malas nak berias dan berdandan. Alasan..takut di kata dah tua2 masih nak bergaya. Lagipun kalau bergaya serba tak kena. Tak bermakeup dikata pucat..bermakeup kang lain pulak jadinya...hihi. Tapi demi sang suami..berkorban juga apa yg terdaya.. ibarat dalam delima...
Krisis identiti..sama macam zaman remaja umur 13 - 16 tahun. Susah nak menyesuaikan diri..nak masuk group kanak2 ke..nak masuk group dewasa...hehe.
- rupanya orang lelaki ni bila dah berusia..nakkan perhatian. nampak macam biasa jer takde apa. kekadang mengada juga. mengalahkan cucu cucundanya..hehe