Assalaam.. rakan blogger yang di kasihi..
semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..
sejak akk bercucuk tanam , membela pokok rose..akk lebih banyak tahu kegunaan bahan terbuang yang ada di rumah. kalau dulu semua bahan yang tak habis di guna atau sisa buangan makanan akk buang begitu sahaja, kini akk dah tahu nak menfaatkannya..
kulit udang, kulit kerang, kulit ketam, kulit bawang, kulit pisang, kulit telor semuanya berguna..menjadi makanan pokok rose.bukan takde jual baja khas untuk pokok rose..tapi akk lebih suka mengunakan bahan semula jadi yang ada didalam rumah dan yang organik.
akk hanya sekali sekala mengunakan racun kimia untuk menghalang pokok dari serangan serangga dan penyakit.
terkini akk dapat tahu yang tembakau pun boleh dijadikan sebagai bahan menghalang pokok dari serangan penyakit dan serangga.
diresepikan * akk belum guna lagi * caranya dengan merebus tembakau untuk mengeluarkan rasa pahitnya dan 1/2 cawan air rebusan tersebut di campurkan bersama 1 liter air. semburkan pada keseluruhan pokok rose.
yang nak berjinak2 menanam rose bolehlah mencuba kaedah ini..
teringat jaman dulu2..orang kampung akk merokok guna tembakau yang dibalut dengan kertas suratkhabar semasa menoreh getah..semata2 nak menghalau nyamuk/agas yang berkerumun dimuka dan kepala..hihihi
jangan mencuba!

Serangga pun tak suka dgn tembakau ye? Baru saya tau. Selama ni yang saya tau tak suka tembakau hanya khinzir. Tapi tu la... haiwan tak suka tembakau, manusia je yg suka sgt dgn tembakau.
ReplyDeleteOrg kg akak gulung tembakau guna surat kabar ke? Tak cepat terbakar ke?
Haahkan..baru akk tau yg babi tak suka tembakau.yg akk tau lintah jer.
DeleteSeingat akk masa tu akk kecik lagi sekitar tahun 60an. Agakny atok akk susah nk cari daun nipah..jadi dia guna kertas..akk selalu tolong gulungkn rokok tu..
jenuh le akak nak membeli tembakau pasni
ReplyDeleteGuna bila perlu jer umi..
DeleteTerima kasih bebanyak Kak Ros. Pokok bunga ros kakak yg baru dibeli satu pasu habis kena makan semut. Konon kakak sembur dgn ridsect sebab nak bunuh semut yg banyak akibatnya bukan semut aje yg mati tapi pokok pun mati sekali. Nasib baik sepasu aje.
ReplyDeleteKakak nak beli tembakaulah Kak Ros.. nak cuba.
sama2 zakie.pokok bunga ros kena perhatian lebih. nak cukup matahari, cukup air, terlebih tak boleh pulak.. nak cukup makan.pendek kata semua nak cukup..hehe
ReplyDeletecubalah zakie..akk tak pasti pulak bolehke utk bunuh semut.yang kami bincangkan kat satu forum hanya untuk mahlok perosak pokok bunga rose saje..:)
banyak juga khasiat tembakau ni yea. terima kasih akak kongsi ini.
ReplyDeletekekadang kita tak tahu khasiat bahan yg ada dekat kitakan.akk pun share dr orang lain..
Deletehehe
ReplyDeletemolek sangat
gunakan tembakau untuk tanaman
bukan untuk merokok
binatang pun takutkan tembakau..orang pulak sukakannya..memang tak sayang nyawa..huh
Delete