*

Sunday, 20 January 2013

ibu susuan


Assalaam rakan bloggers yang di sayangi..
moga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..

beberapa hari lepas akk ada baca harian metro. curi2 masa sambil jaga cucu..akk dah drafkan nak buat entry. sementara cucu akk tidor bolehlah akk mengupdate blog. takut kalau tunggu lama2 nanti cerita hilang dari ingatan..kalau masih ingat pun dah hilang mood nak menaip..hehe

kisahnya seorang wanita, Nurul Uyun Mazlan mampu pam air susu badannya sebanyak lapan botol sehari. beliau memberikan susunya kepada beberapa orang anak susuan yang mana ibu2 mereka tidak mampu untuk menyusukan mereka di sebabkan menghidap penyakit dan ada baby yang  alahan dengan susu formula. beliau menjadi ibu susuan kepada dua orang baby dan seorang lagi baby yang bakal lahir.
Subhanaallah..murninya hati Nurul Uyun Mazlan.Tidak ramai ibu2 yang sanggup menjadi ibu susuan  kepada anak orang lain..melainkan di kalangan ahli keluarga sendiri.  

******

  Dari segi hukum agama..nak tahu jugakan hukum hakam salasilah keluarga susuan ni..

 di sini akk salin salin info.. 
bahawa haram kahwin bayi susuan..
  • wanita yang menyusukannya
  • anak wanita yang menyusukannya sama ada anak kandungnya atau anak suaminya yang terdahulu
  • cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak lelaki atau anak perempuannya
  • bayi sesusuan,sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi itu menjadi saudara susuan antara mereka
  • ibu kepada wanita yang menyusukan
  • nenek kepada wanita yang menyusukan dan keatas
  • adik beradik wanita yang menyusukannya, tetapi anak kepada adik beradik wanita itu tidak diharamkan berkahwin dengannya
  • wanita yang menyusukan diharamkan berkahwin dengan anak kepada bayi yang di susukan dan kebawah..
********

stock susu ibu untuk cucu akk.susu dari ibunya sendiri. senang sangat menjaga baby yang menyusu susu ibu. tak mudah kena demam atau selsema.



 

10 comments :

  1. assalam KR..ehem..mulianya hati nurul uyun..

    ReplyDelete
  2. w'salam mama..
    ehem..dpt niknem baru..:)

    ReplyDelete
  3. harap2 bayi yang menyusu itu dapat tahu dan kenal
    maklum saja, mereka adalah saudara susuan

    ReplyDelete
  4. tehr..
    tanggung jawab ibu bapa mereka pulak mengiratkan silaturahim.jangan sampai terputus hubungan..

    ReplyDelete
  5. Moga mereka yg menjadi ibu susuan kena inform anak-cucu mereka siapa dia org yg telah menjadi anak-cucu susuan supaya tidak terjadi sesuatu yg tak dijangka.

    ReplyDelete
  6. zaman rasulullah dahulu, ibu susuan adalah perkara biasa..bayi menyusu hingga cukup tempoh 2 tahun. Dan ibu susuan itu diberi upah oleh keluarga bayi..betapa bersungguhnya mereka memastikan bayi mereka itu diberi susu ibu...betul kak, setuju dengan akak, soal salah silah saudara susuan tak ramai yang ambik tahu...terima kasih kerana highlight soal ini. Moga cucu akak dapat menyusu dari susu ibunya dalam tempoh yang lama..anak2 sal cuma sampai setahun ajer :-)

    ReplyDelete
  7. perh, siap ada stok susu dlm peti ais ek...ank belalang 2-2 minum susu formula,x moh minum susu mak dia....

    ReplyDelete
  8. kakzakie..
    betul tu..:)

    ReplyDelete
  9. salmi..
    kalaulah dpt buat macam zaman rasulullah alangkah bahagianya umat nabi zaman ini.
    akk ada kenalan yg adik beradiknya semua jadi ibu susuan kepada anak2 mereka.tak perlu risau tak tutup aurat.lagi pun tak susah kalua nak tinggalkan baby tanpa susu.dia pernah tinggalkan anak keluar negara beberapa bulan kebetulan selepas dia habis pantang adik dia pulak bersalin.
    terimakasih sal..bila baca artikal tu akk teringat yg akk pun ada adik beradik susuan.

    ReplyDelete
  10. Belalang hijau Perisik..
    stok sampai sebulan.anak akk memang dah niat awal2 nak bagi susu badan juga.tapi campur susu fomula juga senang klau nak bawak jalan2..hehe

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..