*

Monday, 7 January 2013

dugaan!

Assalaam..
Awal tahun 2013 ni mood tak berapa nak elok haih!


 
masaalah bertimpa2 plak..
akk rasa sedih sangat sbb ada orang komplen baju seragam yang akk belikan untuk kumpulan marhaban, dikatakan tidak menepati citarasa ramai. rasanya dia sorang saja yang tak suka. yang lain tak kata apa pun..nampak diaorang happy jer. kain cotton viscose kan sejuk dan lembut.. selesa bila dipakai dalam cuaca panas. Orang yang tak suka tu..sebab m**** ..kain tu jenis nak kena gosokkan..
bukan akk tak boleh terima komplen..tapi biarlah cara berhemah.kita semua kan dah jadi nenek. berjiran..berkawan sudah belasan tahun. takkan tak boleh terima seadanya yang di beri.kalau akk kata.." dasar tak reti bersyukur..bunyi macam kasarlah pulakkan!
tahun depan nak biaq dia pi beli pulak...
baru hang tau susah ka senang ka..nak cari kain pasang berkayu2..

dah puas akk mencari merata tempat..kat mana akk letakkan cincin yang akk selalu pakai. tetiba hilang dalam simpanan. betulke akk simpan atau akk letak merata pastu akk lupa. seingat akk.. waktu akk nak ambil wudu' akk letak kat atas TV. tapi tak ingat.. di mana ye? waktu balik kampung ke..atau kat hotel masa bercuti di Cerating hari tu..huhuh
kalau ada rezeki lagi jumpalah.kalau takde nak buat camna..dah bukan rezeki akk.

kenapa lah cari pasal jiran akk ni. nak renevet rumah..renevetlah..takde sapa nak marah.tapi fikirlah sekali masaalah jiran awak. kalau dah sampai rumah kita banjir bila hujan.. sape tak marah. dah tahu awak simin semua laman rumah awak tu..awak buatlah saluran air hujan kat atap rumah awak tu..taklah air hujan tu melempah kekawasan rumah kita..ggggrrrrrhh
kesian tau pokok2 akk mati, di sebabkan air bertakung. air hujan lambat nak meresap ke bumi di sebabkan kawasan serapan telah di simin. bila hujan air akan melempah kekawasan yang lebih rendah. rumah akklah jadi mangsanya.
apa nak buat.. sabar ajerlah!!! atau akk pun simin semua laman rumah akk..huhuh
dugaan akk di awal tahun..


4 comments :

  1. tarik nafas dalam-dalam. semoga esok lusa lebih baik...

    ReplyDelete
  2. sabar je yang terbaik
    moga2 segalanya berubah menjadi lebih baik nanti

    ReplyDelete
  3. Salam kak, lumrah manusia memang macam tu kak, kita tak akan pernah dapat puaskan hati semua orang..itulah keindahan ciptaan Allah..manusia punya kehendak yang berbeza-beza..tapi betul kata akak, dia tak bersyukur..kerana allah itu menguji dia dengan sesuatu perkara yang dia tidak suka..apakah dia beryukur atau tidak :-)

    kak cuba ingat balik pelan2 mana akak letak cincin tu..sambil salawat banyak2 :-)

    hihihi..sal paahaaam sangat pasal jiran2 renovate nie..pernah masa jiran sal extend belakang atas bawah..contractor dia bukak atap bilik belakang, lepas tu tak tutup properly genting kita orang yang dia angkat tu..sekali hujan lebat sangat..abis air turun mencurah2 macam air terjun dalam bilik anak sal..semua buku2 dia basah..bila kta komplen kat contractor dia..tak mengaku..lepas tu ajak naik sekali kat atap tu..memang betul pun contractor tak buat kerja betul..sabar jer lah :-)

    ReplyDelete
  4. aduhai ... sabar ye kak.. ragam manusia mcm2... moga ada rezeki akak lagi dgn cincin tu

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..