*

Saturday, 12 January 2013

adat orang kita

Assalaam..
lama dah akk tak buat majlis makan2 atau pun kenduri kendara di rumah. Ahli keluarga akk pun dah semangkin membesar dan cucu2 pun dah mangkin besar, jadi anak2 akak pun sibuk dengan urusan keluarga masing masing. Jadi kami sudah jarang dapat berkumpul beramai2 seperti dulu..
InsyaAllah february nanti akk nak buat majlis cukur rambut cucu akk. biasalah adat orang kita, setiap kali ada  baby baru lahir akan di buatkan majlis cukur rambut dan aqikah. akk buat majlis kecil2an sahaja. mengumpul anak2 dan cucu yang sudah jarang dapat bertemu. tiada majlis aqiqah kerana besan akk telah melaksanakan tanggungjawabnya semasa baby baru lepas pantang.
walaupun majlis lambat lagi..akk dah mula membeli serba sedikit keperluan untuk majlis tersebut. akk ni biasa dah suka buat persiapan awal. tak reti nak buat kerja last2 minit..

kalau dulu semasa majlis anak akk kawin..semua bunga akk buat dan gubah sendiri. sekarang ni dah malas nak hasilkan/tunjukan kreativiti sendiri. beli yang dah siap lagi senang. nak dikatakan murah tidak juga..yang penting jimat masa dan tenaga..

akk memang suka bunga telor yang di buat dari  kertas berwarna.ia nampak lembut dan ada gaya kedesaan inggeris di situ.


sebatang bunga telor harganya RM1.80.kalau buat sendiri kos taklah sebanyak itu.ikut pengalaman akk yang dah pernah buat, untuk menghasilkan 100 pcs bunga memerlukan 2 gulung reben yang harganya lebih kurang RM20. gedebuk gedebak campur bahan2 lain tak sampai RM50. kalau di fikirkan memang menguntungkan berniaga barang2 majlis perkahwinan. tapi tiada pula orang melayu yang hendak mengusahakan perniagaan ini. sedangkan kebanyakan pelanggan adalah orang2 melayu ..huhu
kalau ke Nilai 3, cuba perhatikan..rata2 pembelinya adalah orang melayu. bagaikan pesta membeli belah.. orang lain pulak berpesta menambah wang simpanan. apa nak buatkan! dah dikatakan orang melayu ni..biar mati anak asalkan jangan mati adat.tapi adat kita orang lain yang uruskan..
 camne tu!!

dah adat orang kita kan..kena ikutkan juga..hukhukhuk

8 comments :

  1. terfikir la kata-kata akak tu...

    ReplyDelete
  2. ye..kita kena fikir2 kan..Ciklolo :)

    ReplyDelete
  3. moga2 meriah nantinya

    ReplyDelete
  4. betul tu kak yon

    rugi kan kaum kita tak jual benda camni..padahal kitalah pembeli utama...

    jom pakat kongsi buat bisnes ni

    ReplyDelete
  5. salaam kak yon, yer kan kak, sal pun selalu perasan perkara nie, sebab memang selalu gi kedai2 perkahwinan tu cari barang2 jahitan cam riben..baik alatan perkahwinan, barang2 jahit pun semua pun dorang monopoli jugak..bisness nie perlu modal besar..sebab customer kan suka kedai yang banyak pilihan...orang kita mungkin susah sikitlah nak modalkan up to 100K tu..

    ReplyDelete
  6. cantik.. orng kita kuat berpegang dengan adat. banyak duit digunakan.

    ReplyDelete
  7. ramai sekarang nak cepat so kena la cepat jugak keluar lebih duit kan? :)

    ReplyDelete
  8. ehem..betul,kita hanya jadi pembeli !!..termasuk mama jugak kot..bila tak sihat rasa senang beli aja..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..